Linda Rafar diserang ‘anxiety’ di set pengembaraan, alami sesak nafas

Linda Rafar diserang ‘anxiety’ di set pengembaraan, alami sesak nafas

Linda Rafar diserang ‘anxiety’ di set pengembaraan, alamai sesak nafas

Pelakon Liza Rafar dikejarkan ke hospital Putrajaya pada Rabu selepas mengadu sesak nafas ketika menjalani penggambaran drama berjudul Amanat Wasiat Sumayah.

Menurut adiknya iaitu Diana Rafar, Liza baru sahaja pulih daripada Covid-19 dan turut mengalami masalah anxiety.

[bg_collapse view=”button-green” color=”#4a4949″ expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Kak Liza memang ada anxiety dan dia baru sahaja pulih daripada Covid-19.

“Mungkin disebabkan long Covid dan penggambaran yang terlalu lama menyebabkan dia sesak nafas di lokasi penggambaran.

“Saya pun dapat tahu daripada kru produksi yang menghubungi saya memberitahu hal tersebut.

“Mereka kata Kak Liza terlalu lemah dan tidak boleh bernafas,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Bagaimanapun Diana berkata, kakaknya itu kini sudah berada di rumah dan sedang berehat.

Tambahnya, doktor menasihatkan supaya Liza diberi pemantauan rapi dan dibawa semula ke hospital jika keadaan menjadi serius.

“Selepas menerima rawatan di unit kecemasan, Kak Liza dibenarkan pulang dan dia sedang berehat di rumah.

“Saya sendiri belum bercakap dengan dia. Biarlah berehat dahulu.

“Dah lama juga dia tidak diserang anxiety yang teruk begini. Saya juga sangat risau sehingga tidak boleh tidur semalam,” ujarnya.

Linda Rafar diserang 'anxiety' di set pengembaraan, alamai sesak nafas

Dalam masa sama, Diana turut berkongsi dia dan keluarga baru sahaja selesai menjalani tempoh kuarantin selepas dijangkiti Covid-19.

Katanya, dia juga mengalami simptom sukar bernafas dan hilang selera makan.

“Saya pun baru tamat kuarantin. Memang terasa sukar bernafas sekarang ini. Nak makan pun tidak ada selera dan asyik muntah.

“Semoga kita semua dijauhkan dari virus ini,” ujar isteri kepada pelakon Zamarul Hisham ini.

Berita Lain:

Kini rakyat Malaysia boleh beli rumah tanpa slip gaji

Dari ‘wartawan amat dasyat’, kini adik Haziq dah jadi pelakon TV

Bapa luah rasa sedih, “anak ada 8 orang tapi tak ada yang datang melawat..”

[/bg_collapse]

 

CATEGORIES