Lizzy belanja gambar ‘panas’ dengan suami, sekali netizen perasan sesuatu

Lizzy belanja gambar ‘panas’ dengan suami, sekali netizen perasan sesuatu. Seperti yang ramai tahu, penyanyi tanah air iaitu Elizabeth Tan telah pun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Siew Jim pada tahun 2021.

Muat naik gambar ‘post wedding’

Terbaharu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Knock Knock’ itu memuat naik beberapa gambar ‘post wedding’ dengan aksi mesra bersama suaminya di Instagram.

Kali ini Elizabeth yang lebih mesra dipanggil Lizzy, menarik perhatian peminat apabila turut sertakan gambar aksi bercumbu bersama suami dalam hantaran yang sama.

Agak keterlaluan

Lizzy belanja gambar 'panas' dengan suami, sekali netizen perasan sesuatu

Aksi ‘panas’ dalam gambar itu menjadi bualan netizen di bahagian komen apabila mereka mengatakan ianya agak keterlaluan dengan Lizzy pulak mengenakan dres hitam potongan seksi.

Ramai ‘patah hati’

Tak kurang juga yang memuji kecantikan Elizabeth walaupun tidak lagi bujang dan ada yang menyuarakan rasa cemburu mereka melihat gambar bahagia pasangan suami isteri itu.

“Harap semua bertenang ya. Jangan makan hati.”

“Murung lah macam ni. Mak nak kahwin!”

Sebelum ini, pelakon Abang Long Fadil 3 sering menerima kecaman orang ramai kerana kerap memuat naik gambar berpakaian seksi sehingga menjadi bahan gurauan ‘nakal’ dari kaum lelaki.

BACA:

Kejam..Scammer hanya tinggal baki dalam bank RM1.97

Hotel konsep penjara di Johor jadi bahan ketawa, “nak merasa feel penjara boleh check-in sini”

Pegawai khas MB didakwa menipu palsukan slip gaji