Hati seorang suami hancur apabila dia secara langsung menyaksikan kecurangan isterinya dengan seorang lelaki di sebuah hotel.
Lelaki yang dikenali sebagai Rikza Firman Santoso, 30 tahun, dari Bangkalan, Jawa Timur, Indonesia, pada awalnya mengekori isterinya yang berusia 29 tahun itu dari tempat kerjanya.
Rikza tidak langsung menyangka bahawa isterinya menuju ke sebuah hotel di Surabaya.
Dia kemudian meminta bantuan pihak pengurusan hotel untuk membuka pintu bilik yang diduduki oleh isterinya, sebelum menemui wanita tersebut bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga merupakan suami orang.
Dia sempat merekodkan kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit semasa serbuan dilakukan.
Difahami, Rikza dan isterinya berkahwin pada tahun 2020 dan sehingga kini belum dikurniakan zuriat.
Menurut Rikza, dia mula mengesan perubahan tingkah laku isterinya pada bulan September yang lalu.
Pada bulan Disember tahun yang sama, isterinya memutuskan untuk pulang ke rumah ibu bapanya.
“Saya cuba memujuk tetapi dia tidak mahu, sejak itu kami berpisah rumah,” jelas Rikza.
Mengenai kes khalwat yang melibatkan isterinya, Rikza menyatakan bahawa dia telah membuat laporan kepada pihak polis dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap kedua-duanya.