Luluh hati suami ketika cekup isteri berkhalwat dengan lelaki lain

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Akibat ditangkap khalwat dengan lelaki lain oleh suami sendiri, seorang ibu anak tiga diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu, hari ini.

Perceraian di antara pasangan berusia 32 dan 23 tahun itu dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47

Permohonan Perceraian Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

Luluh hati suami ketika cekup isteri berkhalwat dengan lelaki lain

Sebaik sahaja keluar dari mahkamah suasana kecoh apabila berlaku perbalahan di antara pasangan berkenaan dan ditenangkan oleh pihak polis serta ahli keluarga.

Bapa tiga anak yang mahu dikenali sebagai Atiq, 32 tahun, berkata dia sendiri yang menangkap isterinya sedang berkhalwat dengan lelaki lain di sebuah hotel di utara tanah air pada 25 Oktober lalu dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, luluh hati apabila melihat isteri yang dikahwini selama tujuh tahun sanggup menduakannnya walaupun sudah mempunyai tiga anak berusia antara setahun hingga enam tahun.

Dia bersama rakan, pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.

Jelasnya, sebaik sahaja masuk ke sebuah bilik, dia melihat isterinya bersama dengan lelaki lain.

Dia kemudian tekad membawa pulang anak ke Kota Bharu dan melafazkan cerai kerana tidak sanggup melihat kecurangan isteri daripada terus berlaku.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui di luar Mahkamah Syariah di Tunjong, Kota Bharu.

BACA: “Anak ini bawa malapetaka dalam hidup aku..disangka jadi penyejuk hati dan jiwa rupanya berjiwa iblis, tergamak buat projek dengan bapa sendiri”