Luna Maya lakukan babak intim dalam ‘Main Api’, semua di set penggambaran macam tak percaya

Oleh NADIA HARON

Luna mengakui rasa risau untuk melakonkan babak panas kerana dianggap sensitif dan berisiko tinggi.

Namun, dia menjelaskan bahawa adegan tersebut dirancang dengan teliti menggunakan teknik tertentu untuk memastikan semuanya berjalan lancar.

“Semua itu perlu saya fikirkan kesannya. Adegan itu dilakukan dengan berhati-hati,

Menentukan bahagian mana yang boleh disentuh dan mana yang tidak,” katanya.

Luna turut memaklumkan bahawa lokasi penggambaran babak intim itu dikawal ketat dan hanya boleh diakses oleh individu tertentu sahaja.

Luna Maya lakukan babak intim dalam ‘Main Api’, semua di set penggambaran macam tak percaya

“Lokasi penggambaran ditutup, dan hanya sekitar enam orang dibenarkan berada di situ. Mereka juga sudah diberi peringatan sebelum penggambaran bermula.”

Selain itu, kad memori yang menyimpan rakaman adegan tersebut dijaga dengan penuh ketelitian. Hanya segelintir individu yang diberi akses untuk membawanya ke bilik suntingan.

“Kad memori itu dijaga rapi dari set penggambaran hingga ke ruang suntingan. Proses ini turut melibatkan tandatangan sebagai langkah keselamatan. Jadi, jika ia bocor, pihak produksi akan tahu siapa yang bertanggungjawab,” jelas Luna.

Dengan adanya peraturan ketat ini, Luna merasa lebih selesa untuk melakonkan adegan intim bersama pelakon gandingannya, Darius Sinathrya.

BACA: Tular video Proton Saga dilanggar kereta pengiring VIP, ramai nak tahu boleh ke claim insurans?