M Daud Kilau kini kritikal di hospital, ‘mohon doakan’

M Daud Kilau kini kritikal di hospital mohon doakan

M Daud Kilau kini kritikal di hospital, ‘mohon doakan’. Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, selepas mengadu sesak nafas, tengah malam tadi.

Anaknya, Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada jam 12 tengah malam tadi dan doktor mengesahkan M Daud dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Ahmad Zaini berkata, bapanya dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Doktor mengesahkan kepada keluarga bahawa ayah kritikal akibat paru paru berair pada jam 2 pagi.

“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan dan memasukkan tiub bagi membantu bernafas apabila jantung terhenti.

M Daud Kilau kini kritikal di hospital'mohon doakan'

“Ayah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

M Daud kemudian ditawarkan menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut.

Pada 1985, M Daud menjuarai pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli.

Aksi M Daud bergelek selain kecenderungan melaram di pentas sambil menukar persalinan secara spontan, mengumpan peminat sejak era 1980-an.

Selain Cek Mek Molek dan Sirih Pinang, M Daud popular dengan lagu Anak Derhaka, Gila Judi dan Pening yang dirakam bersama Ezlynn pada 2003.

Februari lalu, BH Online melaporkan tidak segagah dahulu selepas kesihatannya terjejas enam tahun lalu.

Ketika artikel disiarkan BH Online, M Daud yang menghidap penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama selain kebas kaki, tangan dan sakit pinggang.

Selain itu, daya pendengarannya semakin kurang.

M Daud dilaporkan berkata, beliau banyak bergantung kepada ubat-ubatan.

Malah, beliau perlu ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan HTI untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.

BACA:

OPR naik lagi, orang ramai mula bimbang ‘makanan atas meja’

Risalah “Undi PAS masuk syurga”, ini respon Fadhli

Kerajaan jatuh hukuman mati kepada aktivis LGBT

CATEGORIES