Kos sara hidup mendorong pelbagai ‘kerjaya aneh’ wujud pada zaman ini.
Jika dilihat di aplikasi TikTok, kebanyakan pelayar sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan ‘coin’ atau ‘gift’ selain menjadikan platform itu sebagai punca pendapatan.
Selain meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai non-player character (NPC) ada yang bertindak mengiklankan diri menjadi pekerja ala ‘teleprompter’..
Seperti video tular baru-baru ini, seorang lelaki mengetengahkan perkhidmatan yang ditawarkannya termasuk menjadi teman lelaki dalam talian (online).
Antara pakej yang disediakan adalah bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki motosikal jenis Yamaha NVX dengan harga RM169, menghantar bunga pada hari graduasi (RM139), hantar makanan (RM89), panggilan video (RM6) dan banyak lagi.
Malah dia turut menyenaraikan ciri-ciri dirinya yang mempunyai ketinggian 168 sentimeter, berkulit cerah serta tinggal di sekitar Lembah Klang dengan berlatar belakangkan gambar-gambar separuh badannya.
Meskipun menawarkan perkhidmatan seumpama itu dengan tagline ‘privasi anda, keutamaan saya’, dia menegaskan bahawa dirinya dan adik kembar tidak berminat dalam unsur-unsur seksual dan pornografi.
Tangkap layar transaksi bayaran perkhidmatan yang diterimanya.
Menyusuri video yang dikongsikan, dia turut memaparkan tangkap layar perbualan dengan beberapa pelanggan di samping maklum balas perkhidmatan yang diterima.
Ketika dihubungi mStar, dia yang dikenali sebagai Haziq mengakui menjalankan bisnes seperti itu bagi mendapatkan sumber kewangan untuk menanggung kos pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta, perbelanjaan harian, sewa rumah dan sebagainya.
Antara pelanggan yang pernah menghubunginya.
Katanya, ia berikutan percubaan melakukan affiliate (jenis bisnes) di TikTok tidak mendatangkan hasil walaupun sudah melakukannya selama dua bulan.
“Saya cuba buat affiliate selama dua bulan tapi tak dapat hasil… langsung tak dapat, mungkin salah marketing,” luahnya.
Malah katanya, perkhidmatan tersebut ditawarkan selepas mendapati dirinya sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk pelajar di kolej dan tempat awam.
Lain macam survival mode untuk hidup zaman sekarang ni.
Amtara komentar warga maya pada videonya.
WARGA MAYA
“Jadi saya bertukar kepada tawaran servis teman lelaki online dan idea ni secara tiba-tiba sebab saya masih belajar dan antara yang popular di kolej.
“Kalau pergi mana-mana memang ramai peminat, dalam masa yang sama sebelum buat TikTok memang sentiasa ada orang minat dan ingin berhubung dengan saya. Penat juga nak layan.
“Apabila saya fikir semula, kalau sorang bagi RM1, contact (kenalan) ada 8k (8,000) lebih… dah boleh buat duit,” ujarnya yang baru berusia 23 tahun.
Pun begitu, dia menyatakan bahawa servis yang dijalankan itu adalah berdasarkan sistem komunikasi sama ada menerusi perbualan telefon mahupun panggilan video.
Malah sesiapa sahaja boleh menjadi pelanggannya sama ada lelaki atau perempuan.
Tangkap layar transaksi bayaran perkhidmatan yang diterimanya.
Tangkap layar transaksi bayaran perkhidmatan yang diterimanya.
“Baik muda, tua, lelaki atau perempuan. Mereka lebih kepada minta Instagram, tak bagi nombor telefon.
“Kalau selepas buat video baru, memang ramai. Macam video tular sehingga dapat 1.3 juta tontonan tu, hampir 11,000 yang WhatsApp dan buat payment. Tapi ada juga yang main-main.
“Saya okay saja selagi mereka tidak melebihi batas dan seperti kawan-kawan,” tambahnya lagi yang memulakan perkhidmatannya sejak tahun lepas.
Menurutnya lagi, apa yang dilakukan itu lebih berbaloi kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi selain mampu memperoleh lebih RM50,000 dalam masa dua bulan.
Tambahnya, perbelanjaan bulanannya adalah sekitar RM7,000 kerana lebih gemarkan gaya hidup mewah dan berbelanja untuk makanan.
Mengakui turut mengalami tekanan dan stres disebabkan servis yang ditawarkan, dia berhasrat untuk berhenti selepas berjaya membina perniagaan baharu.
“Saya pun lepas ni last buat… nak buka real business. Orang bank pun dah tawarkan pinjaman, saya cuma perlukan RM100,000 lagi untuk mulakan bisnes baharu.
“Tapi masih belum tetapkan nak ceburi bidang apa. Nak cari consultant untuk saya dulu selepas saya dah ‘selesaikan’ client yang belum dapat panggilan,” katanya yang akan mendedahkan wajah di TikTok apabila ‘cuci tangan’.
Video yang dikongsikannya itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dan kebanyakannya memberi komen negatif serta mempersoalkan status halal pendapatan yang diperoleh.
“Mudahnya buat duit, carilah rezeki yang halal… muda lagi.
“Dik, untuk long term kamu akan rasa tiada apa-apa melainkan menjadi mainan orang. Kamu lebih baik daripada buat macam ni.
“Lain macam survival mode untuk hidup zaman sekarang ni,” ujar beberapa warga maya.
BACA: ‘Tolak duit kopi’, Pegawai Polis dedah cara raih pendapatan ‘tepi’ yang halal