Mahasiswa IPT wajar dibenarkan pulang ke kampung

Mahasiswa IPT wajar dibenarkan pulang ke kampung

Kata Sabri yakub..dia akan pertimbangkan benarkan Pelajar Balik Kampung.. lembab betul..aku dah lama suruh benarkan Pelajar Balik ke Kampung.. Sepatutnya Sebelum ramadhan..Mereka semua sepatutnya sudah berada dirumah Keluarga Masing-masing..

Sepatutnya selepas sebulan tempoh PKP..Pemutusan rantaian Covid-19 hampir sempurna bagi depa.. Tak perlu retorik kononnya nak kata Pelajar IPT tak bersyukur..tak kisah pasal kesan Covid-19.. sebarkan wabak..

lain kali nak komen jangan ikut Emosi.. sentimen ketakutan yg dicipta pak menteri tebuk Atap.. Selesai tempoh sebulan..Putuslah rantaian.. boleh hantar depa secara berperingkat..sepatutnya dah start sejak seminggu lepas..nanti dekat bulan puasa lagi kelam kabut..

peliknya orang balik dari luar negara, Pelajar luar negara cuma kuarantin 14 hari..lagi teruk dilepaskan untuk kuarantin sendiri..pelajar IPT dalam negara dikurung lebih sebulan..

Apa yang sayang sangat nak lepas student IPT..sayang takda dah kontrak makan… Kat Malaysia ini bukan jenis ikut fakta dan Sains..tapi emosi.. masing2 terlampau kuat main media sosial sampai terpengaruh dengan orang mcm Azwan Ali..

Sampaikan Rakyat nak beli maggie tak boleh..main HP depan rumah kena tangkap..kena jerit.. hat minum sorang2 kena tangkap.. hat Menteri relax jer makan sekali.. berkumpul.. lepas tu Selfie pulak..dah mcm ada dua set Undang2 disebabkan perangai Menteri tebuk atap.

Sumber :