Mahathir Akan Terus Kritik Pentadbiran Muhyiddin

Pentadbiran Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang baru bermula awal minggu lalu dijangka akan terus dibayangi dengan bekas penyandang jawatan itu, Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis politik.

Apatah lagi bekas perdana menteri itu kini berada di blok pembangkang, yang turut dianggotai oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kata Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani.

“Nak tenggelamkan (pengaruh) Mahathir itu agak susah. Sebab, satunya Mahathir ada dipihak pembangkang dan satu lagi Anwar pun ada. Maksudnya ada dua tokoh yang sangat signifikan dalam politik Malaysia, yang dominan di pihak pembangkang.

“Dan sudah pastinya, apa sahaja yang dibuat oleh Muhyiddin akan dikritik oleh dua orang ini dan parti yang mereka wakili,”

Bacaan Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/514138