Mahir dengan adat-istiadat perpatih Negeri Sembilan, Exco Pelancongan dari DAP undang pujian netizen

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Satu sesi podcast yang dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, telah menarik perhatian netizen di media sosial.

Dalam sesi tersebut, Nicole Tan Lee Koon membincangkan sembilan identiti adat Negeri Sembilan, yang memukau ramai netizen dari pelbagai aspek.

Beliau menerangkan dengan lebih mendalam mengenai adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, termasuk masakan lemak cili api,

tarian piring, rumah bumbung panjang, dan lagu tradisional. Namun, apa yang paling menarik perhatian di TikTok adalah baju tradisi yang dikenali sebagai Baju Setengah Tiang.

Ramai rakyat Malaysia tidak pernah mengenali jenis busana ini dan merasa tertarik, sehingga ada yang bercadang untuk menjadikannya busana utama mereka pada musim perayaan tahun depan.

Mahir dengan adat-istiadat perpatih Negeri Sembilan, Exco Pelancongan dari DAP undang pujian netizen

Selain itu, banyak pujian diberikan kepada kefasihan Nicole Tan Lee Koon dalam berbahasa Melayu serta pengetahuan mendalamnya mengenai adat perpatih.

@dap_tikthetokMoh dogheh! Sdri Nicole Tan Lee Koon berkongsi 9 identiti Negeri Sembilan yang sentiasa beliau promosikan setiap hari. #RoketSembangSantai #DAPMalaysia

♬ suara asli – jaslan Alwi Ja’far – Jaslan Alwy Jafar

“Min pun baru tahu tentang Kebaya Separuh Tiang ni, memang cantik. Kalau ada yang jual, pasti laku keras lepas ni dan ramai yang akan cari,” kata seorang netizen.

BACA: “Aku dipaksa gadai rantai emas yang mak beli, buat pinjaman kahwin, bila dah kahwin baru aku sedar suami sebenarnya pemalas”