Mahkamah Russia denda Google RM8.73 decillion, berapa 0 dalam decillion

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sebuah mahkamah di Russia telah mendenda syarikat Google yang beribu pejabat di Menlo Park, California sebanyak AS$2 ‘decillion’

(RM8.73 ‘decillion’) kerana memadamkan beberapa saluran di platform YouTube miliknya, lapor portal berita Fox News semalam.

Menurut agensi berita negara Tass, Google kini berhutang kepada kerajaan Russia

sebanyak AS$2 ‘decillion,’ yang mengandungi 33 angka sifar.

Sebagai perbandingan, jumlah keseluruhan ekonomi dunia dianggarkan sekitar AS$110 trilion (RM480.67 trilion).

Mahkamah Russia denda Google RM8.73 decillion, berapa 0 dalam decillion

“Google telah dibicarakan oleh sebuah mahkamah di Russia atas liabiliti pentadbiran di bawah Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran kerana memadamkan saluran pada platform YouTube,” kata seorang peguam, Ivan Morozov kepada Tass.

Beliau menjelaskan bahawa mahkamah di Russia mengarahkan Google untuk memulihkan semua kandungan tersebut.

Tambah Morozov, keputusan itu menetapkan bahawa jika Google gagal membayar denda dalam tempoh sembilan bulan, jumlah denda tersebut akan berganda setiap hari.

Keputusan itu juga menyatakan bahawa Google hanya akan dibenarkan kembali beroperasi di Russia setelah mematuhi keputusan mahkamah.

Google tidak memberikan sebarang komen berhubung keputusan tersebut.

Satu decillion mempunyai 33 angka sifar dalam sistem nombor Amerika. Ini bermaksud satu decillion adalah:

1,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000