Selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1700,
Ramai pemain industri dan pemilik perniagaan menyuarakan kebimbangan terhadap kesan kenaikan tersebut.
Difahamkan, negeri Kelantan, Perlis, dan Sabah dijangka menghadapi kesukaran
untuk memenuhi tuntutan Belanjawan 2025 yang menetapkan kenaikan gaji minimum kepada RM1700.
Menurut laporan Utusan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustrian, negeri-negeri ini mempunyai saiz pasaran ekonomi yang lebih kecil serta kos sara hidup yang lebih rendah.
Selain itu, di Sabah, terdapat isu kos bahan mentah yang tinggi. Secara purata, negeri Kelantan hanya menawarkan gaji minimum sekitar RM1645, diikuti Perlis dengan RM1682, manakala Sabah berada pada paras RM1882.
Dengan tekanan ini, dijangka pelaksanaan penuh kenaikan gaji minimum tersebut akan mengambil masa, meskipun ia telah dirangka untuk Belanjawan 2025.
BACA: Gara-gara jemput bekas banduan ‘kerat 8’, netizen pertikai tindakan Shuib