Sekarang sudah tahun 2024, masih terdapat majikan yang enggan mematuhi perintah gaji minimum RM1,500 yang dikenakan beberapa tahun lalu.
Baru-baru ini, seorang pengasas produk kecantikan dari Kulim mendapat kritikan hebat daripada netizen kerana terlibat dalam penganiayaan
pekerja dengan membayar gaji rendah. Pengasas ini juga didakwa tidak memotong caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerjanya.
Ketua pengasas ini tiba-tiba menjadi tumpuan selepas tangkapan skrin yang dikongsi semula
oleh Muhammad Musoddiq Bin Jaafar mengungkapkan perilaku tidak bermoral majikan tersebut di media sosial.
“Majikan macam ini sangat meragukan. Dia sedang mengeksploitasi dan menindas pekerja. Bila pekerja menolak eksploitasi, dia tuduh mereka manja.
Gaji asas RM5 sejam sedangkan undang-undang buruh menetapkan minimum RM7.21 sejam atau RM1,500 sebulan. Pekerja bekerja 11 jam sehari, tetapi gaji untuk kerja lebih masa hanya RM6.
“Walaupun pekerja mencapai RM7 sejam, ini masih di bawah gaji minimum dan tanpa caruman KWSP dan gaji yang setimpal,” tulisnya dalam statusnya.
Menurut Musoddiq, pengasas tersebut juga bersikap angkuh terhadap pekerjanya.
“Dia juga mengancam untuk tidak mengambil pekerja tempatan lagi dan mungkin akan menggunakan pekerja warga asing yang boleh ditawarkan gaji yang lebih rendah,” tambahnya.
Dalam tangkapan skrin dari status Facebook wanita tersebut, jelas bahawa gaji yang dibayar hanya RM5 sejam kerana pekerja tidak dianggap pekerja tetap dan hanya bekerja separuh masa di kedainya.
Selain daripada memanggil orang lain manja, dia juga mengkritik pekerja yang menuntut gaji setimpal dengan ancaman untuk mengambil pekerja asing dengan gaji yang lebih rendah.