Majikan non muslim puas hati dengan perawat islam, kilang bebas gangguan makhluk halus

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Salah satu pusat rawatan Islam berkongsi pengalaman mereka apabila seorang bos kilang berbangsa Cina yang bukan Islam

Dia meminta bantuan untuk menghilangkan gangguan makhluk halus di sekitar kawasan kilangnya.

Perkongsian menarik ini tular di TikTok, di mana Pusat Rawatan Nur Zikir menarik perhatian ramai

apabila seorang majikan bukan Islam memilih untuk melakukan ‘ritual pembersihan’ menggunakan kaedah Islam,

termasuk melaungkan azan di sudut-sudut parkir kilang tersebut.

Majikan non muslim puas hati dengan perawat islam, kilang bebas gangguan makhluk halus

Permintaan ini dibuat setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kilang sebelum ini gagal menghentikan gangguan yang melibatkan kelibat seorang nenek tua berambut panjang.

Menurut video yang dimuat naik oleh Pusat Rawatan Nur Zikir, gangguan di kilang itu sudah berlarutan lama, menyebabkan para pekerja merasa resah.

Bos kilang, seorang lelaki Cina yang bukan beragama Islam, akhirnya memutuskan untuk mendapatkan bantuan pusat rawatan Islam setelah gagal mencari penyelesaian melalui cara lain.

@pusatrawatannurzikirhq boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur🤲🏼. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾 ♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ

Dalam video tersebut, beberapa perawat dari Pusat Rawatan Nur Zikir dapat dilihat melaungkan azan di kawasan parkir kilang.

Laungan azan yang berkumandang dari setiap penjuru kilang itu bertujuan bukan sahaja untuk menghalau makhluk halus tetapi juga untuk memagar kawasan tersebut.

Menurut pihak pusat rawatan, selepas pembersihan dilakukan, gangguan tersebut beransur hilang. Malah, bos kilang turut berpuas hati dengan hasilnya dan meminta agar pusat rawatan itu melakukan pemagaran di beberapa lokasi lain di kilangnya.

Perkongsian video ini menerima pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok, di mana ramai memuji usaha tersebut.

Pengguna lain juga turut berkongsi pengalaman serupa, di mana tempat kerja mereka yang diketuai oleh individu buka

n Islam juga menggunakan khidmat ustaz atau pusat rawatan Islam untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus.

BACA:Boleh rosak akidah, Timbalan Mufti Kelantan minta hentikan nyanyi lagu GISBH