Majlis Presiden PN pening kepala untuk lantik pengerusi nanti

Majlis Presiden PN pening kepala untuk lantik pengerusi nanti

Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man (Tuituman), Perikatan Nasional (PN) akan mempunyai apa dinamakan Majlis Presiden seperti mana PH yang mana ia akan dianggotai oleh presiden parti-parti yang bersekutu dengannya. Hal itu sedang dirancang, katanya seperti dilapor.

PN hari ini dengan mengambil kira kepada status kerajaan, ia terdiri daripada beberapa buah parti yang bergabung belum secara rasmi. Kerajaan PN kini diwujudkan dengan kerjasama, Pas, Umno, Bersatu, GPS, MCA dan MIC. Ertinya kesemua presiden parti-parti itu akan berada dalam majlis itu kelak.

Yang menjadi kemusykilan kini dan ini mungkin masalah buat PN, siapakah yang akan menjadi pengerusi majlis itu nanti. Apakah ia dipilih dari kalangan pemimpin (presiden) yang mempunyai jawatan tertinggi dalam kerajaan, atau bagaimana?

Kalau pilihan berasaskan itu dibuat tentulah presidennya Muhyiddin Yassin sebab dia adalah perdana menteri. Ataupun dipilih berdasarkan kepada parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak. Bolehkan anggota pakatan bersetuju menerima Muhyiddin?

Sementara kalau berasaskan kepada parti mempunyai jumlah kerusi terbanyak bermakna presiden Umno Zahid Hamidi berhak untuk jadi pengerusi majlis berkenaan? Atau macam mana? Bolehkah Zahid diterima untuk jadi pengerusi dengan kes mahkamahnya hampir 101 kes?

Atau pun sebagai jalan selamat, ia akan diambil dari parti agama untuk jadi pengerusinya? Begitukah?

Nampak ada sedikit kerumitan dalam menentukan pengerusi majlis presiden PN ini. Apapun tentu mereka ada mekanisme tersendiri untuk mengatasinya. Yang jelasnya nanti dalam majlis itu ada Cina dan India sama. Trims.

Sumber: