Majoriti orang ramai tolak Tok Mat, Hishamuddin jadi TPM. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein antara nama yang menjadi pilihan paling ramai warganet untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.
Berdasarkan respons warganet di Instagram dan Facebook Sinar Harian, antara nama lain yang disebut adalah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.
Salah seorang warganet bernama aleef_21 berkata, Tok Mat antara calon terbaik yang boleh memegang portfolio TPM setakat ini.
“Kalau ikutkan hendak Rafizi, tetapi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kata (jawatan tersebut) bukan dari Pakatan Harapan (PH), jadi Tok Mat calon terbaik setakat ini,” katanya dalam ruangan komen di Instagram pada Jumaat.
Selain itu, seorang lagi warganet bernama khalil.hambaallah berkata, jawatan TPM perlu diberikan kepada Hishammuddin.
“Baik bagi (jawatan TPM pada) Datuk Hishammuddin, lagi bagus,” ujarnya.
Sementara itu, Rafizi pula menjadi pilihan warganet bagi memegang portfolio Menteri Kewangan baharu.
Netizen turut mencadangkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Abang Johari dan Guan Eng sebagai pilihan bagi jawatan tersebut.
Dalam pada itu, Rafizi dan Abang Johari sekali lagi menjadi pilihan warganet sebagai individu sesuai untuk memegang jawatan Menteri Ekonomi.
Di samping itu, antara nama-nama lain juga termasuk Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengarah Strategi Amanah, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad; Anwar dan Mohamad Sabu.
Bagi jawatan Menteri Agama pula, kebanyakan warganet mencadangkan nama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan bekas Ketua Penerangan PKR, Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Nama seperti Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menjadi pilihan warganet bagi jawatan berkenaan.
Jawatan Menteri Dalam Negeri pula memperlihatkan nama Rafizi sebagai pilihan kebanyakan warganet dalam media sosial.
Netizen juga menyarankan beberapa nama lain seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Mohamad Sabu dan Mohamad Hasan.
Selain daripada itu, Menteri Kesihatan pula menyaksikan nama Dr Dzulkefly dan Mohamad Sabu sebagai calon pilihan warganet bagi jawatan berkenaan.
Perdana Menteri, @anwaribrahim berikrar Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya akan lebih kecil berbanding sebelum ini.
Pada pandangan anda, siapakah individu paling layak mengetuai portfolio kementerian-kementerian ini?
Komen cepat!#SinarHarian #PascaPru15 pic.twitter.com/8rb13wfKoa
— SinarHarian (@SinarOnline) November 25, 2022
BACA:
Budak ni mandi dalam periuk besar buat orang tua terkenang zaman mereka
Azal terkentut masa tengah buat ‘scene’ sedih buat penonton berdekah
Bos pelik staff dia tak happy setiap kali dapat gaji, setiap hari bawa bekal nasi telur, bila siasat rupanya..
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio