“Mak abah cerai bulan Feb, lepas tu mak kahwin dengan ‘suami orang’ yang dia chat kat FB. Aku sebagai anak, menyesal tak bagitahu password kat abah..”

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Masa ibu nak kahwin lain, ibu larikan kami adik beradik dari ayah. Kami lost contact dengan ayah.

Habis PMR aku nekad lari, aku mesej ayah, tolong ambil aku dan nak hidup dengan ayah.

Rupanya ayah pun dah kahwin lain dan mak tiri aku baik sangat. MaIangnya..

"Mak abah cerai bulan Feb, lepas tu mak kahwin dengan ‘suami orang’ yang dia chat kat FB. Aku sebagai anak, menyesal tak bagitahu password kat abah.."

Nama aku Nuha (nama sandaran) berumur 25 tahun pada tahun ini. Pertama sekali, aku minta maaf jika ayat aku ini berterabur sedikit. Harap korang yang dapat faham apa yang aku cuba sampaikan.

Confession ini adalah jalan cerita hidup aku yang berliku-liku hingga kini. Permulaan keluarga aku ni berkecai saat aku berumur 7 tahun. Dulu keluarga aku hidup senang. Ayah aku kerja di kilang sebagai supervisor dan ibu aku ada business menjahit.

Keluarga kami memang bahagia, walaupun tak kaya tapi cukup. Tiba-tiba, ada suatu hari, ayah aku datang ke sekolah aku, ayah aku suruh aku bersalaman dengan kawan kelas dan guru. On the spot, ayah bawa aku pulang dari sekolah suruh kemas baju.

Malam tu juga, ada lori datang dan mengangkut semua barang kami ke Perak. Tahun 2005. Bermula lah kehidupan keluarga kami kucar kacir. Ayah telah berhenti kerja di kilang dan ibu pula start balik mencari tapak business baru di Perak.

Alhamdulillah ayah aku dapat kerja kilang lain cuma kilang tu jauh dengan rumah sewa kami. Mula-mula tu ayah aku mampu la ulang alik naik motor. Akhirnya dia ambik keputvsan untuk menyewa bilik dekat dengan kilang dia.

Terp4ksa la sabtu ahad begitu je ayah balik. Tinggallah aku, adik-adik dan ibu. Tahun 2010. Zaman itu, Facebook baru nak diperkenalkan. Ibu aku pun ada create akaun FB. Mula lah, ibu aku berkenalan dengan ‘suami orang’ melalui chat FB.

Ayah aku secara senyap balik ke rumah, dia mem4ksa aku untuk buka akaun FB ibu aku tapi aku buat buat tak tahu password akaun ibu (padahal aku tahu). Aku takut ayah marah ibu aku tu yang aku bohong. Tahun 2012. Ibu aku minta diceraikan.

Aku tak tahu sebab apa sebab aku budak mentah lagi. Yang pasti ibu ayah aku cerai bulan Februari, lepas tu ibu aku berkawin dengan ‘suami orang’ yang di chat kat FB tu. Aku sebagai anak, menyesal tak bagitahu password kat ayah aku, kalau tak, mesti ibu ayah aku tak cerai.

Hari yang ibu aku kahwin tu, aku dan adik beradik dilarikan. Ibu aku suruh aku tutup telefon. Aku lost contact dengan ayah. Tahun 2013. Aku dan ibu aku ni memang tak bersefahaman. Macam kucing dan anjing. Ibu aku balik je kerja, mesti dim4kinya aku.

Dikongkong tak boleh berkawan. Bayangkan lah, aku berkawan dengan seorang ustazah. Aku ada mesej kadang-kadang call ustazah tu tanya bab agama, ibu aku boleh cakap macam ni, “ko ni Iesbi4n ke dok kawan dengan perempuan?”.

Aku rapat dengan seorang guru, dia boleh contact cikgu tu, burukkan aku kat cikgu tu. Malunya aku ya rabb. Habis je PMR, aku nekad lari rumah sebab dah tak tahan kena m4kian. Aku mesej ayah, tolong ambil aku dan nak hidup dengan ayah.

Tahun 2014. Aku duduk dengan ayah dan opah aku. Sekolah baru. Ayah aku pun dah kahwin lain. Umi. Baik orangnya. Tapi dia tak beberapa sihat orangnya. Masa ini lah, ayah aku pula ada contact dengan seorang budak, umur sebaya aku.

Rupa-rupanya awek ayah aku. Hmm mengucap aku. Aku tak boleh focus belajar masa tu, nak SPM tahun depan. Aku apply asrama. Alhamdulillah, dapat.. Bila aku habis sekolah habis SPM, aku duduk semula dengan ayah dan opah aku.

Awek ayah aku pun ada dalam rumah tu. Hmm.. kesian umi aku terp4ksa hadap suami macam ayah aku. Tak bertanggungjawab, dan tak ada perasaan malu dekat mak (opah aku). Aku cari langkah lain, sambung STPM jauh dari rumah.

Alhamdulillah dapat la menyewa rumah masa STPM tu. Lupa aku nak cerita, masa aku SPM dulu, aku rapat dengan seorang cikgu perempuan, namanya cikgu Bulan (nama sand4ran). Cikgu Bulan tu banyak ajar aku erti kehidupan.

Dia memang banyak bantu aku, sentiasa ada jatuh bangun aku. Rumah sewa dan duit belanja, dia tolong bayarkan. Ibu ayah aku tak kesah dengan aku. Tahun 2018. Tup-tup, habis stpm, kerja sementara di Penang dalam beberapa bulan.

Alhamdulillah dengan result STPM aku, aku dapat sambung pengajian di sebuah universiti di Terengganu. Still, cikgu Bulan ada dengan aku, mengambil berat pasal aku. Dia yang hantar dan ambil aku ke bas station (nak balik atau pulang dari U).

Pada saat ini, aku memang ada berkenalan dengan seorang lelaki. Pangkat abang jer, kami tak bercinta. Ibu aku tahu aku berkawan dengan lelaki ini. Aku panggil dia Khai je la. Tahun 2020. Opah aku dah meninggaI dunia kerana str0k.

Ayah aku pula duduk rumah sewa. Jadi rumah opah aku tu tinggal la kosong. Masa ni, aku masih study, tengah sem 4. Ibu aku tiba-tiba gatal call Khai, suruh Khai ini datang jumpa dia. Khai ni apa lagi, dia macam nak marah aku, macam mana ibu aku dapat nombor telefon dia kan.

Aku pun tak tahu siapa yang bagi. Rupanya kenalan ibu aku bagi. Malam tu juga Khai tu datang ke rumah ibu aku dengan ibu dan bapanya. Kesudahannya malam tu jadi HARI MERISIK. HAHAHAHA. Aku masa tu gelabah la oii.. aku dah la kat Terengganu.

Aku sumpah blur giIa, apa dah jadi malam tu. Ibu aku dok p4ksa bila nak tunang la nak kawin la. Akhirnya, Khai buat langkah meng3jut, nak tunang cepat. Tunang la awal bulan feb. Ibu suruh aku contact ayah, suruh bagitahu dan jadi la wali.

Tapi bila aku cari ayah, dia lari dari aku. Ayah aku masa ni dia dah duduk rumah lain sebelum opah aku meninggaI lagi. Aku dan Khai naik pejabat mahkamah nak tahu prosedur jika ayah aku tak nak jadi wali. Kesudahannya, kami buat surat arahan dari mahkamah hantar kat rumah ayah aku.

Aku pun pulang semula ke Terengganu. Beberapa hari selepas itu, hari Khamis. Ayah aku call Khai, jika nak ayah jadi wali, dia suruh kami kahwin esok (jumaat). Bayangkan aku baru balik Terengganu, kena balik on the spot ke Perak.

Nasib baik ada tiket malam hari Khamis tu. Aku masa ni redha sungguh, minta tolong Allah kuatkan hati aku lalui detik-detik ini. Khai pula, kelam kabut hantar dokumen ke pejabat agama. Nasib baik orang pejabat agama terima dokumen kami (sepatutnya paling lewat kena hantar adalah seminggu sebelum akad nikah).

Alhamdulillah, selamat diijab kabul petang Jumaat tu. Aku sangat syukur bernikah dengan jejaka ini. Suami aku dan keluarganya sangat baik dan terima aku seadaanya. Perkahwinan aku dan suami aku sedikit sebanyak bantu aku untuk melupakan kisah silam perit aku.

Kini, aku dah ada seorang anak. InsyaAllah aku akan didik dia sebaik mungkin. Aku tak nak anak-anak aku jadi macam aku. – Nuha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Alex Khai : Allah SWT itu Maha Adil. Ujian membuatkam kita jadi lebih manusia .Ujian mematangkan kita untuk jadi lebih baik. Ujian membuatkan kita dekat dengan Allah SWT. Alhumdulillah..

BACA: Kegiatan rasuah terbongkar, Menteri dan isteri ditahan di Lapangan Terbang Soekarno

PANAS!!! Adik Shila Amzah Marah Buat Pendedahan Isu Rumah