Aku baru berkahwin 10 tahun, tapi aku selalu perhatikan pengorbanan ibu mertua aku nak jaga hati anak-anak lelaki dan menantunya.
Suami hanya ada seorang adik perempuan bongsu yang lain semuanya 7 orang lelaki termasuk suami aku.
Baru-baru ni ibu mertua datang ziarah jauh dari kampung naik bas dengan adik ipar perempuan yang bongsu.
Suami jemput di stesen bas. Kebetulan anak-anak aku tengah diuji kesihatan jadi aku memang tak sempat nak memasak nak jamu ibu mertua makan.
Suami aku tolong masak nasi dan belikan lauk.
Tapi aku tengok Mama dan Adik makan bertambah, aku rasa kurang bersalah sikit sebab Mama bukan jenis yang makan banyak.
Keesokannya suami bawa Mama pergi rumah abangnya, Mama siap bawa beg nak tidur rumah anaknya tapi masa sampai tu suami aku tak keluarkan lagi beg. Semua dalam kereta.
Biras aku jenis tak berapa nak mesra, dulu rajin juga kami nak ziarah tapi setiap kali ziarah terasa tak diraikan, lama-lama suami aku pun tak beria nak ke sana.
Tapi bila mereka datang ke rumah, suami akan bersungguh masak yang sedap-sedap dan bekalkan mereka bawa balik. Nak pergi pun akan bawa makanan siap-siap.
Pernah juga bagitahu nak pergi rumah mereka. Masa pergi mereka jamu dengan Teh O dan pisang goreng yang suami beli, dah nak maghrib mereka siap-siap nak makan di luar tapi tak pelawa kami pun. Masa tu Mama pun ada sekali.
Sudahnya suami ajak Mama tidur rumah kami, sampai rumah Mama kata Mama lapar. Jadi suami masak nasi dan telur dadar, makanlah kami nasi panas dan telur dadar dengan kicap.
Baru-baru ni bila Mama kata nak tidur terus biras aku kata esok anaknya ada kelas tambahan. Aku perasan muka Mama berubah tapi Mama cuba buat rilek. Mama pun cakap.
“Mama tidur rumah Alang lah.” Alang ni adik suami juga, sebab Mama tak pernah pergi rumah Alang jadi etakcited juga.
Sampai rumah bujang Alang, Mama tak tergamak nak tumpang tidur. Berselerak. Baju bergantung penuh rumah. Walau rumah bujang, Alang hanya duduk seorang di rumah sewa. Sebab tu Mama berangan nak tidur rumah Alang.
Sudahnya Mama cakap.. “Mama ikut balik tidur rumah Ateh lah.” Iaitu rumah kami. Masa nak pergi kereta aku dengar Mama cakap dengan Adik.
“Mama ingat nak tidur rumah Angah tapi dah Kak Ngah cakap anak dia nak kelas, nanti menyusahkan dia pula nak hantar kita pergi rumah Alang. Nak tidur rumah Alang, bantal pun tak ada. Kesian Ateh anaknya tak sihat, tapi Ateh je yang nak layan kita.”
Aku rasa nak meraung. Aku tahu mak mertua aku sedih gil4. Bayangkan seorang ibu datang dari jauh nak tidur rumah anak lelaki, nak tengok cucu tapi tak diraikan. Tapi mak mertua aku baaaaaaik gil4.
Bila masuk kereta. Mama cakap pada suami aku. “Mama tidur rumah Ateh ya! Nanti senang Ateh nak hantar Mama balik tak payah ambil Mama kat rumah Alang dah.”
Suami aku okay je. Sebab aku awal-awal dah sound, Mama bukan selalu datang, skip je lah apa-apa kerja pun untuk Mama. Sementara Mama ada je nak layan Mama… Aku ada anak-anak lelaki, aku pun bukan menantu yang baik tapi aku betul-betul sedih bila tengok Mama sedih.
Untuk pembaca wanita yang bergelar MENANTU, ibu mertua adalah ibu kepada suami kita. Buatlah baik, raikanlah mereka dan kalau tak mampu nak sayang mereka seperti ibu kandung sekalipun jangan kita bina tembok antara suami dengan ibu mereka. Bukan menantu terbaik
Ini pula kisah ke dua yang lebih mendebarkan. Saya tengok, abang dan kak ipar selalu belikan benda yg sama untuk mak ayah dna mertua. Tidak mbezakan
Salam semua. Dua tiga hari ni asyik terbaca cerita sedih je mengenai konflik keluarga. Saya pum nak kongsi cerita mengenai abang saya juga. Harap kite semua dapat ambil iktibar dan contoh.
Abang saya abang sulung. Banyak tanggungan adik adik yang masih belajar (satu ketika dahulu waktu mula mula kahwin dengan kakak ipar saya).
Walaupun bukan abang yang tanggung kami adik beradik secata total, tapi abang sentiasa membantu abah. Kadang kadang terfikir juga mesti kakak ipar dulu terkejut masuk family kiteorang yang ya ampun ramai ni.
Waktu raya, abang dan kakak ipar tak pernah lupa belikan baju raya untuk adik adik dia. Setiap sorang dapat baju baru. Walhal time tu ingat lagi gaji abang tak lah besar mana.
Orang kata baru nak hidup. Tapi yang kami semua respect dengan dua dua ni adalah disebabkan karakter mereka yang saling melengkapi satu sama lain.
Apa yang abang dan kak ipar saya beli untuk mak dan abah, benda yang sama juga lah dibelikan untuk mak dan pak mentua dia. Sama like sama brand, sama warna. Size je tak sama.
Pernah dulu pergi ziarah rumah mak mentua, mengekek mak saya ketawa bila tengok kasut dan handbag besan dia sama dengan dia punya.
Kak ipar saya pulak, pantang belikan set pinggan mangkuk baru untuk mak dia pasti terselit satu set yang sama untuk mak saya. Bukan setakat tu, setiap kali belikan baju untuk mak dia pasti ade satu bag juga untuk mak saya.
Kalau bulan ni dah bawak mak abah saya makan luar jalan jalan, bulan depan pasti giliran mak dan pak mentua. Dah lebih 20 tahun berkahwin, tak pernah saya nampak dua dua ni berkasar dengan orang tua.
Cara dorang memuliakan ibu bapa masing2 masing sangatlah saya kagumi. Dari gaji yang cukup cukup makan sampai lah hidup senang lenang.
Adik beradik semua alhamdulillah selamat habis belajar dan mula berkerja dan membina rumahtangga masing masing walaupun ada yang belum bertemu jodoh tapi alhamdulillah semua bekerjaya.
Pernah saya tanya abang saya apa rahsia hidup dia bahagia dan mewah. Jawab dia: “Pegang hati orang tua, doa dorang takde tandingannya. Bahagia kan mak abah dan mak ayah mertua.
Jangan lokek dengan adik beradik dan ipar duai. Harta kita ni pinjaman dunia je. Ingat Allah ingat tanggungjawab. Priorities.” Bila saya tanya kat kak ipar soalan yang sama, jawapan yang saya dapat pun sama. Dia kata:
“Sejak akak kahwin, keluarga abang dah jadi keluarga akak. Akak tak pernah nampak awak semua sebagai ‘alah just adik ipar’.
Tapi akak anggap awak semua adik akak tak kurang tak lebih macam adik-adik kandung. Kalau abang boleh sayangkan mak ayah akak dan keluarga akak macam mana dia sayangkan mak abah dia dan awak semua, kenapa pulak akak tak boleh buat benda yang sama? Bahagia tu bukan kita aje rasa.
Bahagia tu tengok orang lain bahagia dengan kehadiran kita.” Saya terdiam. Betul apa yang dia kata. Saya nampak kehidupan mereka. Saya nampak jatuh bangun mereka. Saya nampak apa yang mereka buat untuk sampai ke tahap hidup yang sekarang.
Apa yang saya tahu dua dua berhak untuk hidup bahagia dan mewah begitu. Sifat abang dan kakak ipar yang saling bertolak ansur dan menghormati orang tua. Dua dua tahu tanggungjawab masing masing.
Yang paling saya kagum, walaupun sudah lebih 20 tahun berkahwin, perangai mereka masih tak berubah. Waktu pulang ziarah mak abah, abang pasti menghulurkan duit saku untuk mak abah. Dan kemudiannya akak ipar akan hulur juga sampul lain. Mak akan tanya
“Ehhh tadi abang dah kasi. Awak tak payah lah kasi.” Nak tau apa akak ipar saya jawab? “Itu duit abang. Memang tanggungjawab dia. Ni duit saya. Mak boleh shopping extra sikit bulan ni hehe.”
When i look at her, i pray to allah if one day i were to be blessed with marriage and parents in laws, saya berdoa saya boleh mencontohi mereka dan saya boleh mengasihi orang tua suami saya sepenuh hati seperti mana saya mengasihi mak abah saya.
Kunci hidup ni senang. Yang suami perlu tahu tanggungjawab dia. Memang betul tanggungjawab suami lebih kepada kedua orang tuanya.
Tapi kalau suami tahu kalau dengan memualikan orang tua tu kunci rezeki yang besar, pasti suami takkan mengabaikan keluarga isteri juga. Ada empat mak ayah kan lagi untung sebenarnya. Ada empat doa AT LEAST yang sentiasa follow kita.
Untuk hati hati yang terluka sebab k0nflik keluarga, saya doakan semoga Allah sembuhkan hati hati yang terluka. Moga Allah gantikan dengan orang yang lebih memahami dan menyayangi. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!
BACA: Kecoh ‘Duitnow’ bakal kenakan caj, ini cara kira caj yang bakal dikenakan ramai tak tahu