Mak Jah terus berlakon selagi boleh bergerak, sempat beri nasihat padu kepada pelakon muda

Oleh GEMILANGDAILY

Mak Jah terus berlakon selagi boleh bergerak, sempat beri nasihat padu kepada pelakon muda. PELAKON veteran Mak Jah meluahkan rasa syukur masih menerima tawaran lakonan meskipun usia semakin meningkat.

Kata Mak Jah atau Maimunah Ahmad, 74, bayaran yang diterima daripada pihak produksi masih munasabah dan masuk akal.

“Kalau soal bayaran tu setakat ni bagi Mak Jah belum ada kurangnya.

Mak Jah terus berlakon selagi boleh bergerak, sempat beri nasihat padu kepada pelakon muda

“Syukur Alhamdulillah terutama kepada penerbit Haji Zil… saya tidak pernah bertanya soal bayaran.

“Tapi duit saya tetap ada dan memuaskan,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan terbaharu, Mak Jah merupakan antara pelakon yang terlibat dalam drama Jesnita, pelakon lain yang terlibat adalah seperti Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Nasha Aziz dan Malek McCrone.

BACA:

Calon BN pakai doktor palsu? Habis individu ini ‘londeh’, siap tunjuk bukti

Dina kecil hati dengan komen keras Tok Ram?

‘Rindu panggilan Abang’ – Kasih suami tetap setia jaga 18 tahun isteri dalam koma