Sepanjang anak aku nangis mesti suami akan sibuk nak video call mak mertua aku tanya itu ini pasal anak, padahal yang hadap anak hari-hari tu aku.
Yang pelik dia buat masa anak tengah nangis. Suami atau mak mertua, dua-dua sama. Terasa terpaling arif bab anak.
Aku Natrah, umur 26 tahun, seorang isteri dan seorang ibu baru yang tak baru sangatlah, anak baru sorang but bukan newborn lah, dah nak masuk 1 tahun setengah pun.
Aku nak buat confession about parentinghood yang selalu dikaitkan dengan mak-mak ni, lagi-lagi kalau mak-mak ni suri rumah yang sepenuh masa dekat rumah and dengan anak.
Kadang-kadang stress kan, anak tak sihat mesti ibu yang kena kondem. Anak degil, kata ibu pulak yang tak pandai didik instead of salahkan kedua orang tua. Jujur penat ye jadi mak ni. Adanya yang tak kena. I start my story with masa pregnant.
Masa pregnant kan anak aku tu, aku selalu depr3ssed. Ye depr3ss. Ibu pregnant ni memang ye em0si diorang mudah terganggu, kerap overthinking and bukan penat mental jer, badan pun penat. Nak jadikan cerita husband aku ni sebelum kahwin memang kaki game, but aku pernah slow talk about that.
Aku cakap kat dia “yang, kalau dah kahwin nanti jangan kerap main game tau sebab i ni jenis yang pentingkan kualiti time nak-nak if i pregnant nanti”. Dan sebulan dua bulan lepas kahwin tu dia memang jaga kualiti time. Dia akan main game after i dah masuk tidur.
Sebelum tidur kita orang akan berborak, orang kata pillow talk lah. Pillow talk ni bagi aku penting sebab benda tu walaupun nampak remeh tapi tu lah masa berkualiti untuk luah apa yang terbuka di hati, apa masalah kita, apa yang kita rasa and untuk baiki hubungan suami isteri ni.
Aku harap benda tu lama tau. Rupanya sebulan dua jer. Sebulan dua jer lah ada kualiti time together. Aku dari awal kahwin memang aku tak kerja sebabkan masa tu kan PKP dan aku antara orang yang dibuang dari company atas alasan company nak tanggung ramai pekerja. Kerja aku time tu pulak kerja kilang.
Dua bulan after kahwin tu aku disahkan hamil. Start aku hamil lah no quality time. Suami kerja masuk pagi balik malam, masuk pukuI 9 pagi balik pukuI 8 malam. Tempat kerja tak jauh dari rumah, dan dia selalu settlekan kerja secepat mungkin atas alasan konon takut tinggal aku yang pregnant sorang-sorang kat rumah padahal bila balik benda first yang dia buat after mandi, solat, dan makan is main game.
Sumpah terasa hati bila mana sebumbung tapi rasa macam duduk berbatu-batu jauh. No communication time tu sebab suami aku kata aku ni cakap ikut emosi, kang ada tak kena aku nangis and merajuk tak tentu pasal.
Jadinya dia akan elak untuk cakap dengan aku. Aku bengang giIa time tu. Dah lah tengah pregnant, boleh pulak dia buat perangai bujang dia yang asyik game. Aku pernah luahkan masalah ni dekat mak mertua aku, terluah tanpa sengaja. Biasalah time pregnantkan.
Kadang-kadang yak dapat nak hold. mak mertua aku pun ada slow talk kat suami about main game tu kalau boleh berpada-pada lah, isteri tengah pregnant. And you know what him do? Dia marah aku kata aku ni sibuk nak cerita itu ini kat mak dia.
Dia main game jer kot bukan chat awek or cari pompuan lain. Menyirap tapi aku diam jer. Sepanjang pregnant tu lah aku belajar pujuk diri sendiri. Marah, merajuk, sakit hati, semua pendam and bila dah tiba masa aku meIetup, aku akan nangis dan kurung diri dalam bilik.
Bila husband tanya kenapa, aku buat donno jer. Macam lah sebelum ni aku tak ada bagi tahu yang pentingnya jaga emosi isteri time hamil, tapi dah tahu pun dia buat donno. Bab lain dia okay cuma bab game tu lah yang tak okay.
Aku bukan tak bagi dia lepak dengan kawan-kawan ke apa, dan aku bukan lah sejenis queen control. Dia yang pilih tak nak lepak dengan kawan, dan bila aku member0ntak dia tahu pulak kata “kalau abang lepak ngan kawan kan awak bising. Baik main game kat rumah atleast nampak awak depan mata”. Sekali lagi aku tarik nafas dalam-dalam. Geram dan sakit hati.
Kadang-kadang aku tak tahu bila masa aku boleh bercakap dengan dia or having time together. Kadang-kadang tu adalah teringin nak macam bini-bini orang lain time pregnant suami bawak jalan-jalan makan angin, tapi kita terpaksa faham yang suami tengah nak saving and kena berjimat all the time. So batalkan jer niat tu.
Bila kandungan dah sarat dalam 7 bulan cam tu, aku ada lah tanya semua about preparation aku dengan anak but sekali lagi soalan aku ibarat angin yang berlalu. Tak dijawab sebab dia tengah fokus game. Bila aku repeat balik soalan, dia kata aku ni panick kenapa. Anak belum nak lahir pun. Sabar jer lah.
Benda ni jadi sampai aku bersalinkan anak aku. Anak aku lahir awal dari tarikh bukan sebab ketuban dah pecah tapi sebab alami komplikasi. Mak dia depr3si kot, makan minum tak terjaga, kesihatan merundum seminggu sebelum di tahan wad dan dipasa bersalin. Tapi tu pun suami tak tahu.
Yang dia nampak bila balik kerja, kalau aku dah siap kemas rumah dia tak ada lah bising. Kalau aku buat kerja rumah mana yang aku mampu dan nampak sekerat-kerat macam tu, memang dia membebel kalah perempuan. Kalau aku tak buat apa langgsung, dia kata aku malas.
Bab masak pun macam tu. Kalau aku craving, mood dia baik dia layankan. Kalau aku craving, mood dia tak okay memang aku terpaksa masaklah even time tu dah sarat hamil dan kaki dah bengkak. Tah lah aku tak tahu laki aku ni t0xic ke apa.
Depan orang lain macam family dia ke dia selalu cakap macam dia ni suami terpaling ambik tahu bab aku and emosi aku. Kadang-kadang tu dia memang berul-betul caring, tapi kadang-kadang tu tak. Masa pregnant, birthday aku dia tak wish or celebrate pun.
Benda tu memang nampak kecik tapi aku terasa lagi time pregnant, rasa tak dihargai. Bila anak lahir baru lah time tu nak cari barang-barang aku dan anak. Tahu pun cuak. Suruh prepare awal tak nak layan kan? Aku bersalinkan anak secara pembedahan.
No skin to skin sesi ye sebab lepas bersalin tu anak aku ada masalah untuk bernafas yang memaksa dia terus dikejarkan ke wad NICU. Seminggu jugaklah aku warded. Masa tu diuji pulak dengan susu badan yang langsung tak nak keluar.
Bila ada masa ibu-ibu dari wad sama dengan aku dibenarkan untuk tengok anak dab bagi anak breastfeeding, aku antara ibu-ibu yang terasa b0doh dan tak berguna di situ. Anak nangis nak susu, aku hanya mampu gendong dia sebab dah try bagi breastfeed tapi susu tak ada pun.
Ada satu misi datang lepas tu and bagi tahu masa melawat dah habis, dia tengok aku macam dia faham masalah aku and dia cakap “tak pe puan nanti kami bagi dia susu hospitaI”. Sedih. Seminggu tu aku hadap macam tu lah.
Datang cuma melawat anak pastu balik ke wad aku. Lepas seminggu aku boleh discharge tapi anak tak ada dengan aku sebab dia ada demam kuning yang memaksa dia ditahan diwad. Masa tu suami ambik cuti 2 minggu dari tarikh aku bersalin.
Dan seminggu lepas bersalin tu aku pujuk suami untuk kerap-kerap lawat anak sebab aku rindu. Masa tu susu badan dah anak cuma tak banyak dan as ibu baru yang anak terpisah dari lahir, memang susah untuk aku breastfeed.
Kadang-kadang tak tahu anak dapat ke tak susu. Jadinya before lawat anak, aku akan pump susu dan simpan elok-elok untuk aku bawak masa sesi melawat. Dua minggu selepas tu, anak aku dah boleh discharge sebab bacaan kuning dah turun but masih kena refer kIinik biasa tu.
Masa ni husband dah kerja dan aku berpantang di rumah mak aku. Jadinya aku akan pergi kIinik naik grab sebab aku tak ada transport. Anak aku masa tu meragam yang aku pun tak tahu macam mana nak stop nangis dia. Dia akan nangis dari magrib sampai ke subuh.
Adalah jiran-jiran kat kampung kata anak aku kena sawan baby tu. Aku rasa benda tu tahyul jer. Then bila aku buat bacaan melalui internet yang ada kenyataan dari pakar baru aku tahu untuk amalkan konsep yang kalau anak menangis malam-malam maybe sebab pampers penuh, sekeliling tak selesa, dan susu.
Lepas pantang sebulan kat rumah mak aku tu, aku pantang sendiri kat rumah aku sebabkan masa aku pantang kat rumah mak tu banyak sangat jiran-jiran a.k.a mak cik bawang yang sibuk aturkan itu ini bagi tips yang pelik-pelik lah sampai kadang-kadang tu aku rasa tak ada privacy.
Nak susukan anak pun diorang kondem cara salah lepas tu pandai-pandai paksa anak aku itu ini. Jadi sebab nak jaga hati mak sama, aku tipulah dia yang aku nak pantang kat rumah tu ada orang tengokkan aku. Padahal aku sorang ngan anak jer, suami kerja balik macam biasa malam.
Masa pantang kat rumah tu pun aku bukan jenis duduk diam. Lvka jahitan yang rasa sakit tu aku abaikan dan mulakan rutin isteri seperti biasa. Anak tido aku buatlah kerja aku basuh kain, cuci pinggan, masak and so on. Bagi aku tu lah happy pill aku.
Jujur aku cakap. Bila aku duduk tak buat apa and hadap anak, aku tak tahulah, aku rasa macam ada benda tak kena. Aku rasa ada suara-suara halus yang seakan melaga-lagakan aku dengan anak, dan buat aku rasa down and rasa tak nak anak aku ni ada. Aku kuatkan hati untuk berpesan yang anak ni tanggungjawab.
Aku ada cerita benda ni dekat doktor yang rawat aku and aku disahkan mengalami postpartum depr3ssion tapi tak lah sampai nak menyakiti anak. Fikir ke arah tu ada cuma tindakkan tak ada, kira akal waras masih mampu menentang bisikkan syaitan.
Dan sekali lagi ujian datang which call ujian berkaitan parentinghood. Suami balik kerja penat, itu aku faham. Cuma aku tak faham bila dia ada masa untuk game tapi tak ada masa untuk tolong aku uruskan anak. Dia bukan tak ada masa, tipu kalau kata tak ada masa langsung, dia ada masa cuma most of the time bila anak nangis dua tiga pagi sedangkan benda tu basic macam anak nak susu, itu pun dia serahkan kat aku atas alasan “mak kan patutnya lebih memahami anak dari bapak”.
Kadang-kadang tu adalah dia bancuh kan susu 2-3 pagi, tapi dia akan mengeluh macam benda tu tanggungjawab aku sorang sebab dia dah lunaskan tanggungjawab untuk cari nafkah and dia nak masa untuk berehat. Sakit mat.
Sampai masa aku burn out baru dia tahu nak nangis. Aku bukan nak ungkit, tapi dah dia macam tak belajar dari kesilapan, aku tanya dia balik apa dia buat sepanjang aku pregnant? Dia tahu tak isteri di ada postpartum depr3ssion? Apa tindakkan dia?
And so much more yang berjaya buat air mata jantan dia mengalir. Ketika tu dia promise akan jaga anak dan aku sebaik mungkin. Tapi… Sekali lagi dibuat kesilapan yang sama yang buatkan aku langsung tak percaya aku mampu jaga anak aku dan buat aku terasa bertubi-tubi sampaikan setiap hari aku nangis sebab aku rasa aku ni ibu yang gagal.
Aku tak tahu lah kenapa tapi sepanjang anak aku nangis mesti suami akan sibuk nak video call mak mertua aku tanya itu ini pasal anak, padahal yang hadap anak hari-hari tu aku. Yang pelik dia buat masa anak tengah nangis padahal boleh jer tanya nanti.
Yang aku ni dok cakap “abang tolong buatkan dia susu, dia nak susu”. Dia boleh deny jer. Dia kata dah bancuh susu tadi takkan nak susu lagi. Padahal “tadi” yang dia maksudkan 5 jam lepas. Gerammm… Sekarang pulak. Dia atau mak mertua, dua-dua sama. Terasa terpaling arif bab anak.
Yang sorang claim sebab ada pengalaman dan makan asam garam dulu dari aku. Yang suami pulak claim dia terpaling tahu sebab anak makin besar makin rapat dengan dia. Yang aku pulak dibuat macam mak serba tak tahu pasal anak sedangkan 2a jam masa aku untuk anak.
Ditambah pulak sekarang kan anak dah besarlah jugak tapi aku masih tak kerja-kerja. Aku tahu perempuan zaman sekarang memang dituntut untuk berdikari and serba boleh, tapi itu semua ada proses. Kenapa nak mendesak pulak?
Al kisah mak mertua aku dulu bekerja. Dia kira multitasking, jaga anak, kerja lagi, dan tugas rumah semua dia buat sendiri. Dia harap aku boleh jadi macam tu. Bukan setakat harap tapi memaksa. Atas alasan apa? Atas alasan anak.
Nak anak selesa zaman sekarang ni mak bapak kena kerja. Harga barang dah mahal. Jangan harapkan satu pihak jer, memang tak cukup. Suami aku bukan jenis meluah kalau dia ada masalah bab duit, dengan aku lagi lah dia tak nak cerita.
Lepas tu tahu-tahu mak mertua masuk campur urusan kami sekeluarga atas sebab dia banyak bantu suami. Suami aku ni rasa memang perlu pun mak mertua aku ambik beras pasal dia yelah dia kan anak mak mertua aku.
Tapi dengan suami mak mertua tak adalah nak ungkit itu, sebab dia ibu lah kot kan. Dengan aku dia cakap lah yang suami ada masalah duit apa semua jadi aku kenalah ada sikap memahami, kenalah kerja. paksaan tu selalu berulang sampai aku rasa dalam dilema nak kerja atau jadi suri rumah.
Anak aku ni special need, aku takut letak kat pengasuh tapi pengasuh tak tahan jaga anak aku. Aku yang ibu dia ni pun selalu burn out apa tah lagi orang luarkan. Tapi tu lah, bila tak kerja, nama aku juga yang selalu jadi topik konon aku ni bagi alasan anak asbab aku tak kerja sedangkan zaman sekarang ramai jer ibu bekerja. Hmm… Tahu.
Dan sebab aku tak bekerja tu lah mak mertua aku selalu rendah-rendahkan aku dan selalu cari silap aku dalam membesarkan anak like bila anak aku ni kurus “kau tak bagi anak makan ke”, bila anak aku tak sihat “macam mana lah kau jaga anak”, bila anak aku nangis non stop “tak kan tu pun tak tahu nak redakan”, bila anak aku main kotor “jangan bagi dia mai kotor, dia kan premature, kulit sensitif”.
Bila aku luah kat suami pasal mak dia dan aku terasa. Suami aku akan cakap “macam mana nak buat, kena hadap lah. Dia mak saya. Dia memang macam tu dari dulu. Awak kena sayang mak abang macam mak awak. Abang pun hormat mak bapak awak macam mak bapak sendiri”.
Cakap pasal mak bapak aku tu pun, laki aku kalau mak bapak aku pandai pulak dia kondem depan aku. Depan mak bapak aku tak ada lah dia berani, pijak semut pun tak mati. Rumah mak bapak aku tu pun yang dekat jarang balik, alasan nak berjimat padahal rumah tu dalam negeri yang sama.
Kalau majlis belah family aku, memang teramat jarang lah dia nak join. Tapi kalau rumah mak bapak mertua aku, walaupun jauh tu pun nak kena balik. Kalau events beIah family dia nak kena datang. Bila aku cakap aku tak nak pergi sebab aku tahu aku akan jadi mangsa topik bualan sebab tak kerja mesti suami akan bad mood.
Aku pernah ungkit bab ni, tapi mesti aku jer yang kalah dalam perbahasan dan akhirnya aku yang terasa hati. Sampai sekarang jadi macam tu. Urusan anak, rumah semua aku handle. Suami fokus cari nafkah jer. Bukan aku tak faham dia, tapi dia selalu cakap aku tak faham dia lagi-lagi bila aku cakap dia tak faham aku.
Kadang-kadang aku terfikir, lelaki ni selalu nak kita layan macam raja padahal dia layan kita pun bukan macam seorang pemaisuri. Lebih kepada maid. Makan nak kena hidang, baju semua kita yang basuh, sidai, lipat, anak kita jaga, makan kita masak, rumah kita kemas.
Yang dia tahu siap. Semua siap. Kalau tak kena kat mata, kondem memanjang. Bila aku cakap aku burn out, dia kata aku tak reti jaga emosi. Bila aku sakit, dia tak nak pulak hantar ke kIinik. Katanya aku sakit pun sebab aku tak nak jaga kesihatan.
Tell me how to jaga kesihatan if em0si pun penat sama. Aku rasa aku terlampau bertolak ansur, bila aku meluah dikatanya ajak gaduh, bila aku berubah jadi keras kepala dia kata aku degil. Bila aku cuai about anak, dikatanya aku tak peka dan salahkan parentinghood aku tak betul.
Bila aku kena pergi psikiatari, dia kata benda tu benda remeh tak pergi pun tak apa sebab dia sibuk kerja. So mana dia prihatin pasal aku? Bab duit sumpah aku tak boleh tolong sebab aku tak kerja, tapi tu pun aku buat dropship itu ini.
Duit untung tu aku buat duit em3rgency cuma tak banyak mana pun. Bab dia nak berjimat, aku rajinkan diri hari-hari masak bekal dia and aku kurang makan kat luar, baju pun aku tak mintak, make up aku apa semua yang dulu mesti wajib ada tu pun aku tak mintak, cuma barang dapur jer aku mintak. Tu pun selalu cakap aku boros.
Barang dapur selalu aku beli bahagi kepada dua kategori, untuk anak and kami berdua. Aku masak untuk anak makanan lain dari makanan kami berdua. Tu pun kata aku tak reti jimat. Penat tau, tapi aku tak tahu mana dah aku nak dapat kekuatan.
Jadi isteri sering dipersalahkan. Jadi ibu, kata aku ni tak banyak ilmu. Kadang-kadang tu aku cakap bab anak yang ada fakta dari pakar tu pun dia tolak mentah-mentah. Apa perlu aku buat? Dah semua benda tak kena?
Kadang-kadang sebab ni lah aku asyik nak marah anak, emosi aku terganggu, hidup jadi macam tak ada function? Aku tak tahu mana nak luah, jadi aku luah kat sini. – Natrah (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Nur Hajarul Musa : Baca pun dah penat. Ni jenis lelaki yang belajar jadi raja dan yang mengajarnya tu mak dia. Didoakan moga Allah beri jalan keluar untuk awak dik. Jaga diri dan emosi.
Awak tak salah pun. So jangan blame diri sendiri okay. Sesekali ambik penutup periuk dan hempuk dekat kepala suami tu. Mungkin ada wayar dalam otaknya yang akan bersambung lepas tu.
Nur Arbaaiah Arbain : Maaflah kak, nak cakap sikit. akak kerja la balik. Lepas tu balik kerja, sama-sama main game macam dia. Win-win situation. Sebab dia rasa suri rumah ni bukan kerja.
Dah main game, kalau lapar, buat jadual siapa masak, siapa kemas rumah. Dia kerja, akak kerja. Dia main game, akak main game. So kerja-kerja lain kena la sama rata. Baru adil.