Assalamualaikum admin. Nama saya Puan Huda. Bukan tujuan saya mengh1na, marah atau benci keluarga mertua saya,
Tetapi perbuatan dan sikap mereka membuat saya sentiasa menyimpan perasaan marah yang sentiasa membara di dalam hati.
Saya tak pernah sekat apa lagi marah jika suami saya, Bad hendak beri emak dia duit setiap bulan, kerana itu sudah sewajarnya dia bantu keluarganya.
Tetapi apabla sudah keterluan, benda yang baik ini boleh bertukar menyulitkan kehidupan kami sekeluarga.
Untuk memudahkan biar saya cerita dari awal, saya sudah berkahwin dengan Bad lebih 7 tahun,.
Kami ada 2 orang anak. Masalahnya dari mula kahwin hingga sekarang Bad tak habis – habis kena bayar hutang bank.
Bermula dengan perkahwinan kami, tetapi duit hantaran saya tak banyak, tetapi apabila emaknya suruh buat kenduri
sambut menantu di kampung, p0tong lembu sekor sebab nak buat sekali majlis kahwin adik perempuannya, tentulah majlis jadi lebih besar sebab nak panggil satu kampung dan jemput semua sed4ra mara.
Emak Bad lebih awal minta Bad sediakan semuanya. Adik perempuannya baru bekerja, jadi Bad lah harapan mereka buat kenduri kend4ra. Kakak dan abang tak boleh bantu, sebab gaji mereka kecil dan anak ramai. Kerana masalah itulah Bad terp4ksa buat pinjaman bank.
Awalnya kami dah pakat kerana masalah kewangan, keluarga Bad tidak perlu buat majlis sambut menantu, buat majlis doa selamat cukup.
Tetapi bila adiknya pun nak kahwin, masalah kewangan jadi masalah utama. Kenapa tak buat kenduri kecil sahaja, tak perlu panggil satu kampung, tapi kata emaknya, ini adat orang kampung dia tak mahu diumpat.
Masalahnya lepas kahwin hutang kena bayar, tak sampai setahun adik bongsu pulak nak sambung belajar, minta bantuan Bad.
Mana nak cekau duit? Bad minta tolong saya. Dengan terp4ksa RM2K saya h4ngus. Mak Bad bersungut tak cukup. Maka di situ bermula segala masalah.
Sindiran paling meny4kitkan telinga, bila emakya kata dia tak minta duit saya, dia minta duit anaknya, anaknya pun gaji besar ada ijazah.
Kalau kenduri kahwin pun Bad boleh tanggung takkan adik sendiri tak mampu bantu. Berdesing juga telinga, tapi kerana mertua, kita tutup mulut.
Dalam pada itu setiap bulan seperti biasa sejak mula kerja Bad sentiasa hantar duit pada emaknya. Tapi kata emaknya tak cukup.
Itu belum masuk belanja sambut raya, lagi teruk Bad kena tanggung. Masa belum kahwin Bad kena bagi duit lebih untuk ganti langsir, cat rumah dan sebagainya, sebab itu Bad sering tak berduit. Duduk KL bukan murah, kerana itu Bad ada motor sahaja.
Setiap kali balik kampung tak kira hari raya atau tidak, kereta saya jadi m4ngsa. Bukan mengumpat, tetapi saya kena keluar duit petrol, tol. Lagi parah kalau hari raya Bad minta bantu beli daging dan ayam selain bawa kuih muih. Tiga empat ratus h4ngus.
Kata Bad dia terp4ksa siapkan duit sampul raya untuk emak dan anak – anak sed4ra, tak boleh kurang dari RM10 seorang. Kalau baru kahwin, anak – anak baru seorang bolehlah tahan, tapi bila anak bertambah kita pun kena balik beraya rumah emak kita tentulah keadaan menjadi lebih teruk.
Hidup kami tertekan sebab Bad terp4ksa bayar hutang bank. Saya merayu Bad jangan buat hutang lagi, siksa hidup. Kita hiduplah secara sederhana, sebab perbelanjaan keluarga kita pun banyak juga.
Kerana kehidupan pun terhimpit, kami masih duduk rumah sewa, harga tak sampai seribu sebulan.
Biarlah rumah kecil asalkan hutang tak bertambah. Tetapi yang meny4kitkan telinga saya bila emaknya datang sering bersungut rumah kami kecil, sedangka anak – anak sed4ranya duduk KL juga tapi duduk rumah teres dan boleh beli rumah serta kereta. Saya diam malas nak jawab.
Emak saya pernah cadang beli rumah sendiri. Ada banyak taw4ran rumah murah. Dan emak boleh bantu sikit bayar duit muka. Tapi saya suruh emak fikir berapa ribu kami kena bayar ansuran sebulan? Paling kurang dekat RM2K.
Jadi lebih baik kami duduk rumah sewa tak pening kepala. Tapi kata emak, kami tak dapat rumah sendiri. Biarlah, asalkan tak berhutang.
Dalam pada itu, kereta yang saya beli sebelum kahwin dah berusia lebih 12 tahun, selalu sangat meragam, semua perIukan duit bila meragam.
Bila nak balik kampung lagi banyak keluar duit sebab takut kereta ‘s4kit’ tengah jalan. Saya tak kisah pakai kereta buruk, tapi yang meny4kitkan hati,
mertua sering tanya bila nak beli kereta baru dan besar sikit macam kereta anak sed4ranya. Mendidih d4rah saya dengar. Tapi terp4ksa diam. Kalau jawab nanti boleh meIetup.
Pernah saya terfikir nak ceritakan pada mertua berapa ribu Bad kena bayar hutang bank dalam sebulan.
Berapa bayaran 2 anak kami yang dihantar ke pengasuh, belum masuk duit lampin dan susu, kereta yang sering rosak, sewa rumah, makan minum kami dan duit ‘pasar’
sayur ikan daging yang kami terp4ksa sediakan setiap kali keluarga Bad datang beberapa hari makan tidur ke rumah kami. Bukan mengumpat tapi itu kenyataan.
Mungkin pasangan lain tak hidup sesusah kami, tetapi inilah yang kami lalui bila hidup di kelilingi hutang selain pelbagai benda lain yang kami terp4ksa tanggung. Bad pernah cadang beli kereta baru, saya tanya apakah dia mampu bayar ansuran bulanan?
Nasib Bad tak ikut cakap emaknya yang suruh beli kereta baru. Jadi kalau ada orang kata isteri selalu desak suami berhutang itu tidak benar, bukan semua isteri tak pakai otak, malah ada isteri lebih bijak daripada suami.
BACA: Amelia Henderson tampil berpakaian menunjuk dada undang reaksi netizen hidung belang