‘Mak mertua merayu suruh aku tolong bayar hutang anak dia, patutlah dia merayu jangan bercerai’

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Assalamualaikum semua pembaca.. Nama aku Teha. Dari kecil, aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.

Hidup aku agak susah semasa zaman belajar dulu tapi aku ok sebab kesusahan itu yang membawa aku menjadi wanita bekerja yang berjaya.

Aku tanamkan cita – cita untuk ada sebuah rumah dan sebiji kereta sebelum usia aku mencapai umur 30 tahun.

Alhamdulillah semua itu tercapai pada usia aku lewat 20-an. Sekarang, aku telah punya 5 orang anak dengan sepasang kembar.

Nampak macam cerita novel happy ending kan. Tak! 8 tahun lalu, aku diuji. Rupanya suami aku penipu!

'Mak mertua merayu suruh aku tolong bayar hutang anak dia, patutlah dia merayu jangan bercerai'

Dia ambik duit aku tanpa pengetahuan, dia jual barang kemas aku sampai aku togel. Dia penjawat awam dengan gred tinggi. Namun slip gaji dia tak pernah ditunjuk pada aku.

Sewa rumah, pengasuh anak dia tak bayar. Pada masa tu aku ada minta tolong pada Ibu mertuaku untuk slow talk, tanyakan apa masalah dia. Korang tau apa nasihat mak mertua aku? Mak mertua aku suruh bercerai, siap ugvt..”anak – anak jangan ambik”.

Ok baik! Masa tu aku dah buat keputusan untuk bercerai tapi disebabkan kesian pada suami penipu aku tu, aku bagi peluang. Sebab apa? Sebab dia baik sebenarnya. Anak dan menantu yang baik, bapak yang baik cuma dia penipu!!

Selepas insiden aku keluar dari rumah dan ingin bercerai, dia berubah sepenuhnya. Kami bahagia seketika. Dapat mengerjakan Umrah sama – sama, bercuti satu family sama – sama. Semua nampak bahagia sampailah satu hari dia langsung tak bagi aku sentuh telefon dia.

Korang tau apa yang berlaku? Ahl0ng cari dia. H4ncur luluh hati aku. Minggu tu aku terus ke pejabat agama. Kami melalui sesi kaunseling. Plot twist, Mak mertua aku telefon merayu jangan bercerai. Mak mertua aku merayu suruh aku tolong anak dia.

Aku ni memang sejenis manusia baik (huh!) dan lembut hati. Boleh pulak satu hari lepas sesi kaunseling pejabat agama, kami singgah ke kedai makan untuk bincang plan selepas bercerai, tengah duduk sambil masing – masing layan perasaan tulah tiba – tiba kedai tu main lagu P.Ramlee “Jangan tinggal daku”!

Apakah? Berjurai air mata aku kat kedai makan tu, nak – nak pulak suami aku tu dengan muka terpaling kesiannya. Aduh. Kadang – kadang aku taktau apa aturan Allah untuk aku. Kalau korang nak cakap aku b0doh pun, aku terima.

Aku tolong dia, aku buat pinjaman untuk dia bayar semua hutang Ahl0ng. Dia kata dia terjebak dalam pelaburan sampai h4ngus semua simpanan. Dia harta sebijik pun takde. Padahal gaji dia besar dari aku. Aku taktau sampai bila aku akan bertahan.

Mak ayah aku memang sayang dia sebab dia baik. Orang sekeliling semua cakap dia baik. Sumpah. Kalau aku bercerai, memang semua akan terk3jut sebab dia baik. Keputusan peperiksaan anak – anak aku pun tak memberangsangkan.

Aku kaitkan dengan duit h4ram Ahl0ng dengan pelaburan ntah apa – apa yang dia bagi kami makan. Aku betul – betul dah taw4r hati. Tapi bila terkenangkan aku akan isi borang cerai tu, air mata aku tak berhenti – henti keluar.

Aku takut masa depan anak – anak aku yang dalam fasa kritikal ni akan terjejas. Aku fikir, biar aku berk0rban kena tipu seumur hidup demi anak – anak aku tapi dalam masa sama selagi aku jadi Isteri dia, aku berd0sa kalau aku tak layan dia sebagai suami. Kadang – kadang aku berleter, kadang – kadang aku pendam.

Aku buntu. Aku penat jadi baik. Aku penat dengan hidup. Aku solat hajat, tahajjud, taubat, tapi aku masih penat. Kadang – kadang aku rasa nak je jadi jahat. Tinggalkan suami penipu, pergi kat lelaki yang nakkan aku. Takkan dia boleh buat jahat, aku yang cuba jadi baik sampai m4ti ni yang kena tanggung semua masalah dia. Hidup kat dunia ni sangat memenatkan.

Hidup aku juga diuji dengan gangguan jiin. Sih1r pemisah mungkin. Terus terang aku cakap, aku tak cantik tapi aku beberapa kali diuji dengan ‘gangguan’ lelaki dari sebelum kahwin sampai last masa tu aku dah anak 3. Hampir aku buat report polis.

Pakaian, percakapan aku pun macam makcik – makcik je. Cuma orang selalu cakap aku ni lemah lembut. Tapi itu ujian aku dulu. Alhamdulillah walaupun aku penat dan terfikir nak jadi jahat (jahat punya sy4itan!), hati aku sikit pun tak teringin benda – benda macam ni.

Aku tengok simbol love, video sweet – sweet orang dalam medsos pun aku meluat. Agaknya sebab tu Allah uji aku dengan suami penipu pulak. Gangguan Jiin ni pun aku dah malas nak berubat. Penat!! Suami aku yang selalu bawak aku berubat sana sini.

Sorry korang kalau penulisan aku ni kucar kacir. Hujung – hujung penceritaan ni anak kecik aku tengah menangis. Korang jangan kecam. Aku ni jiwa lemah. Moga korang bagi nasihat yang baik – baik. – Fateha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Rizal Rodzuan : Takpe kak, teruskan berk0rban demi anak – anak, demi suami, demi mertua yang mula – mula suruh cerai tapi lepas tengok anak dia tunggang langgang terus pujuk ko jangan bercerai, nampak ikhlas di situ.

Teruskan buat loan untuk dia, dan jangan lupa tambah lagi anak supaya lagi banyak alasan taknak cerai ya.

Jambu Si Makcik : Letak tepi gangguan jiin dan sih1r pemisah, kalau saya di tempat awak, dengan berfikir secara rasional pun saya dah mohon cerai. Tapi itu saya, yang dah nikah 4 kali cerai 4 kali. Apedehal. Dah biasa. Ya. Itu yang ada orang cakap termasuk bekas suami ke-4.

Perit bercerai tetap ada walau 1000 kali sekalipun. Tapi dengan patuh syariah dan untuk tenang diri sendiri, ini jalan yang saya pilih. Jalan awak tt, nampaknya awak dah pilih. Wallahua’lam.

BACA: ‘Bekas suami dapat hak jagaan anak, aku hasut anak-anak kurang ajar dengan mak tiri, biar dia rasa’