Mak mertua nak menantu kerja kerajaan, tapi sekarang kerja di syarikat swasta, ini hakikat sebenar yang ramai tak tahu

Oleh GEMILANGDAILY

Mak mertua nak menantu kerja kerajaan, tapi sekarang kerja di syarikat swasta, ini hakikat sebenar yang ramai tak tahu.

Topik berkenaan kelebihan bekerja di sektor kerajaan dan swasta sudah lama dibahaskan oleh orang ramai, sama ada di media sosial mahupun di warung kopi.

Sesetengah orang lebih memilih untuk bekerja di sektor kerajaan untuk kebaikan jangka masa panjang, dan juga sebab alasan ‘senang buat loan’.

Mak mertua nak menantu kerja kerajaan, tapi sekarang kerja di syarikat swasta, ini hakikat sebenar yang ramai tak tahu

Manakala sesetengah golongan lebih memilih untuk bekerja di sektor swasta kerana menurut mereka, sektor swasta mempunyai suasana kerja yang lebih kompetitif, di samping gaji yang ditawarkan kebiasaannya melebihi daripada apa yang ditawarkan di sektor kerajaan.

Persoalannya di sini, mana satu yang bagus?

Ibu bapa desak suruh kerja kerajaan

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang individu yang tidak didedahkan nama ada berkongsikan dilema yang dihadapinya berkenaan desakan ibu bapa yang mahukan anaknya bekerja di sektor kerajaan.

Menurut individu ini, dia baru sahaja tamat belajar dan bekerja di sektor swasta dengan gaji RM4,000. Sambung individu ini, dia memilih untuk bekerja di sektor swasta kerana banyak peluang dan ilmu yang boleh dipelajari berkenaan bidangnya di sini berbanding sektor kerajaan.

Individu ini turut berkata gaji yang ditawarkan di sektor kerajaan tidaklah sebanyak seperti yang ditawarkan di sektor swasta.

Bagaimanapun, individu ini berada dalam dilema apabila ibu bapanya sering mendesak agar dia memohon kerja di sektor kerajaan atas alasan lebih stabil dan kelebihan pencen yang ditawarkan.

Individu ini turut berkata ibu bapanya mendesak berkali-kali sehinggakan dia mula terfikir untuk bekerja di sektor kerajaan meskipun selesa bekerja di sektor swasta.

Perkongsian warganet tentang kerja kerajaan vs swasta
Perkongsian ini ternyata mendapat perhatian warganet yang turut mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.

Menurut seorang individu, meskipun sektor kerajaan tidak menawarkan gaji permulaan yang lumayan seperti sektor swasta, namun kelebihan yang ditawarkan adalah menarik untuk jangka masa panjang.

Seorang warganet memberi contoh mereka yang bekerja di sektor kerajaan akan mempunyai kelebihan ketika membuat permohonan membeli rumah dan hutang.

Selain itu, individu ini turut berkata kelebihan bayaran pencen adalah satu faktor menarik yang membuatkan ramai mahu bekerja di sektor kerajaan.

Bagaimanapun, mereka yang bekerja di sektor swasta memberikan pendapat yang bertentangan pula.

Menurut seorang individu, bekerja di sektor swasta adalah lebih seronok kerana banyak perkara yang boleh dipelajari, selain kenaikan gaji adalah banyak dan cepat.

Sebenarnya dalam isu ini, tiada yang betul dan salah. Hanya kita sendiri dapat menilai pekerjaan manakah yang sesuai untuk perkembangan dan keselesaan diri sendiri.

Seorang warganet turut menasihati individu tersebut agar membuat keputusan tanpa faktor rasa bersalah terhadap ibu bapanya.

“Kepada anon, ada bezanya antara taat dan akur pada ibubapa. Ikut kata hati kerana anda sahaja yang tahu sebetul-betulnya yang terbaik untuk diri sendiri. Dalam hal ini, tidak mengikut kata tidak bermaksud menderhaka kepada ibubapa”, tulis seorang individu.

BACA:

Jadi kegemaran di Pahang tapi lain pula cerita di Sarawak, dilarang makan ikan patin rupanya ini kisahnya

Ceroboh masuk kawasan perkarangan Masjid, Menteri buat hal lagi!