Masih ada ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak demi pasangan baru hingga menambah beban kepada orang lain.
Seorang wanita sanggup membiarkan ibu bapanya yang juga tidak berkemampuan untuk menanggung lima anaknya.
Ibu berusia 30-an itu dikatakan tinggalkan zuriat sendiri selepas suami barunya enggan menerima kelima anaknya.
Kisah tersebut didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Marina Ibrahim,
malah salah seorang anak wanita itu adalah orang kurang upaya (OKU).
Dalam pada itu, bu bapa wanita itu adalah golongan berpendapatan rendah dan sumber pendapatan mereka hanya dengan menjual tisu serta pen di jalanan.
“Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan masalah kepada anak apabila hidup serba kekurangan, tambah pula bapa mereka juga difahamkan tidak bekerja dan tidak menyalurkan bantuan kewangan.
“Kesemua anak-anak ini berusia tiga hingga 10 tahun manakala anak OKU itu berusia enam tahun. Kebetulan ketika saya mengunjungi kediaman keluarga itu, ibu berkenaan pulang dari Perak.
“Saya bertanya kepadanya sejak bila suami baharunya tidak mahu menjaga anak, dia menyatakan sebelum berkahwin,” katanya.
Pada masa sama, Marina memaklumkan akan berbincang dengan jabatan berkaitan untuk membantu kelima anak tersbeut.
“Saya sudah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Exco Pendidikan untuk bantu.
“Malah, saya juga akan berbincang dengan Exco Kesihatan dalam usaha membantu anak OKU yang terkena simbahan minyak panas,” katanya.
Nenek kepada kanak-kanak berkenaan berkongsi dia mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga cucunya selepas anak perempuannya bercerai.
Wanita berusia 44 tahun itu berkata dia hanya bergantung kepada pendapatan hasil menjual tisu dan pen di jalanan bagi menampung keluarga selepas suaminya menjalani pembedahan jantung.
“Pendapatan kami hanya RM500 sebulan selain bergantung kepada bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meneruskan kehidupan,” katanya.