Assalamualaikum hai kawan – kawan, nama saya Merah (bukan nama sebenar). Pertama sekali saya mohon maaf jika luahan saya tidak menepati citarasa semua orang,
saya tak tahu kat mana nak meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati saya, saya mohon pendapat dan nasihat dari kawan – kawan.
Selepas kehilangan arw4h ayah yang tercinta pada tahun 2022, lepas satu – satu kejadian menimpa keluarga kami.
Allah tunjuk satu persatu sehingga lah ke hari ini. Bermulalah kisah di mana lepas arw4h ayah tak ada, mak saya tinggal bersama anak dan menantu dia.
Memang mereka duduk bersama dari dulu lagi lah senang cerita. Saya dan adik beradik lain pun sudah berkahwin dan duduk asing – asing.
Si anak pen4gih, si menantu sekejap kerja sekejap tak kerja. Mereka memang dari dulu hingga ke harini mereka tak habis – habis nak menyusahkan Mak saya.
Sampai mak saya sanggup jadi h4mba abdi mereka kerana takut kepada mereka. Saya dan adik beradik yang lain fikir, bila arw4h ayah sudah tak ada, kami mengharapkan si anak dan menantu kesayangan ni boleh tolong jaga, rupanya tolong menghabiskan beras orang tua saja.
Hari – hari akan minta duit, hari – hari ada je minta itu ini. Sudahlah mak saya yang menanggung segala – galanya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, tolong jaga anak – anak dia lagi. Mereka boleh berfoya – foya, tak pernah keluar duit 1 sen pun.
Selepas itu, bila saya dan adik beradik yang lain menegur, mak saya tak boleh terima, kalau orang lain semua tak betul, tapi kalau anak menantu kesayangan dia ni semua bagus, semua baik, semua elok. Siap pesan pada kami jangan pernah sibuk sibuk hal mereka.
Bila si anak dan menantu tahu arw4h ayah ada tinggalkan tanah yang mahu dijual, mereka sudah pergi pinjam ahl0ng sana sini, dengan yakin mereka cakap jika dapat duit tanah tu, mereka akan bayar balik pada ahlong. Tetapi Allah sekat rezeki tu kerana tanah itu tidak terjual.
Selepas itu saya dapat tahu mak saya banyakkkkk simpan rahsia. Rupanya dia ada buat pinjaman bank dalam sepuluh ribu, kononnya untuk diri sendiri, tapi sebenarnya untuk tolong si anak menantu kesayangan bayarkan hutang ahl0ng tiga ribu.
Kemudian saya juga dapat tahu si anak kesayangan kena tangkap sebab kes d4dah, dia juga keluar duit tiga ribu bayar jamin, itu pun bercampur dengan guna duit raya cucu – cucu dia (anak kepada si anak menantu kesayangan tu), sayang betul mak saya dengan anak menantu kesayangan dia.
Saya banyak kali p4ksa mak saya jujur tapi mak saya tutup mulut dan menafikan hal itu. Macam mana lagi saya mahu buat, mak saya sudah tua sampai bila dia nak kena tanggung semua, sudahlah rumah pun tak habis bayar lagi, kereta lagi, ditambah pula bayar pinjaman bank bulan – bulan selama enam tahun,
Umur mak saya tujuh puluh tahun baru habis bayar bank, si anak menantu enjoy saja tak perlu pening – pening fikir mana mahu keluar duit, sebab mak saya lah yang bayar segalanya. Lepas itu mak saya jugalah jadi bibik mereka, keluar duit beli beras hari – hari, beli lauk hari – hari, bila siap masak mereka happy tinggal makan, lepas makan campak dalam singki, mak saya tolong basuh.
Bila ditegur, mak yang tak boleh terima pula. Kemain pertahankan anak menantu kesayangan. Saya kesian dengan mak saya, saya offer dia untuk meniaga, saya tolong mak saya, sambil – sambil tu saya boleh melihat gelagat si anak menantu kesayangan ni.
Wahhh bila mereka dapat tahu mak saya nak meniaga mereka senyum lebar ye, sebab boleh minta duit hari – hari, kadang – kadang tak perlu minta pun mak saya akan bagi diam – diam. Tiba – tibaaaa mak saya beritahu si menantu kesayangan nak berhenti kerja dengan alasan gaji lambat, aikkkkk sudah kerja berapa lama baru sekarang nak cakap gaji lambat.
Mak saya sudah kena b0doh – b0doh sama anak menantu kesayangan dia, tapi mak saya tetap sayang. Ada satu hal, mak suka cakap buruk pasal customer. Badan besar salah kurus salah, beli banyak salah beli sikit salah, mak saya solat lima waktu tak tinggal tetapi mulut dia mashaAllah, saya banyak sabar layan kerenah mak saya.
Saya mengaku saya pun ada salah, termarah customer kerana tukar duit besar, yelah kau beli makanan RM5 bagi RM100, kami buka warung tepi jalan bukan hotel 5 bintang, hari – hari kami akan hadap per4ngai customer macam tu.
Saya sengaja marah customer, mak saya marah saya balik, mak cakap jangan buat macam tu dekat customer, nanti customer lari. Saya cakap balik mak h1na, body sh4ming customer depan – depan sampai muka orang tu berubah mak tak takut pula customer lari.
Mak saya tak boleh terima juga apa saya cakap. Tetap dia nak menang. Tolonglah saya macam mana saya nak bagi mak saya sedar, saya penat, penat sangat nak nasihat mak saya ni, saya tak tahu sampai bila saya boleh hadap per4ngai mak saya ni,
Yang mana nak kecam, kecamlah, yang mana bagi kata – kata positif, terima kasih banyak – banyak, semoga kita semua dirahm4ti Allah SWT Assalamualaikum. – Puan Merah Membara (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Puteri Pelangi : Simple je. Ajak MAK duduk sekali dengan Adik. Kalau MAK tak nak, biarkan jelah MAK urus hal dia dengan anak kesayangan dia dan tak perlu masuk campur. Hormat pilihan MAK sebab MAK adik pasti tahu yang terbaik apa yang dia buat walau kita rasa tak patut. tengok dari jauh je. Tak payah nak serabut. Yang boleh kita bantu, bantu. Moga dipermudahkan semua urusan… aamiin.
Sherry Na : Biarkan ajelah dah mak tu suka macam tu. Maybe dia sedang jalani hidup dalam kifarahnya sendiri. Doakan dia dan jalankan tanggungjawab kita sebagai anak sudahlah. Kita tak mampu nak ubah hidup orang lain even mak ayah dan anak – anak sekalipun.