Mak Zarina Zainuddin meninggal dunia lepas beberapa jam bertanya khabar

Oleh ISMAIL YAHYA

Ibu kepada pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin, Zahura Abdul Mutalib, telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Zarina atau nama penuhnya Nur Zarina Mohd Zainuddin melalui hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Zarina memohon doa orang ramai agar Allahyarhamah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

“Mak saya, Zahura binti Abdul Mutalib, baru sahaja meninggal dunia selepas Subuh pagi ini.

Tolong doakan mak saya agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh dan beriman,” tulis Zarina.

Mak Zarina Zainuddin meninggal dunia lepas beberapa jam bertanya khabar

Kenangan Terakhir Bersama Arwah

Zarina turut berkongsi bahawa perbualan terakhirnya dengan ibunya berlaku pada malam Selasa, beberapa jam sebelum pemergian Allahyarhamah.

“Kali terakhir saya bermesej dengan mak saya adalah malam tadi, waktu saya pulang dari penggambaran sekitar jam 2.30 pagi,” katanya.

Pengebumian di Ipoh

Menurut Zarina, jenazah Allahyarhamah ibunya akan dikebumikan di Ipoh, Perak.

Salam takziah kepada keluarga Zarina Zainuddin atas kehilangan ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

BACA: ‘Kami terus setuju bagi mak kahwin bila mak cakap ayah tiri orang kaya, lain pula jadi bila kami tahu rahsia sebenar ayah tiri’