Makan udang biasa kena bayar sampai RM3,500! Pelanggan terkedu bila tahu berat udang

Oleh ISMAIL YAHYA

Bila cakap pasal makan seafood, sudah pasti perkara yang bermain di fikiran adalah harganya yang tinggi.

Ada juga sesetengah orang mengatakan makan menu seafood di restoran adalah menu orang ‘kayangan’.

Mana tidaknya, bila tengok harga asas sahaja sudah mencecah puluhan malahan ratusan ringgit sekilogram.

Makan udang biasa kena bayar sampai RM3,500! Pelanggan terkedu bila tahu berat udang

Kebiasaannya harga sebegitu sering dikaitkan dengan kedai mamak berikutan banyak kes tular dilaporkan mengenai kedai tersebut, namun kali ini ianya berlaku di sebuah restoran makanan laut yang terletak di Karak Pahang.

Ada seorang netizen yang menganggap ianya adalah satu penipuan . Jika dilihat pada resit yang telah ditularkan itu, keseluruhan harga yang dinyatakan adalah RM3,200 yang dipercayai melibatkan tiga set hidangan.

Menurut sumber, harga yang terlampau tinggi itu disebabkan oleh king prawn noodle atau mee udang yang berharga RM2430 bagi jumlah 16.2 kilogram (Kg)

Apabila dilihat dengan lebih teliti, harga untuk medua kangkung goreng belacan sahaja sudah mencecah RM18 setiap pinggan.

Maka tidak pelik, apabila hidangan lain turut berharga mahal seperti ikan patin yang berharga RM546 bagi 4.2 kg. Harganya seolah-olah langsung tidak masuk akal.

Namun warganet menyelar tindakan individu yang menularkan resit berkenaan kerana tidak bertanyakan harga terlebih dahulu sebelum membuat pesanan.

Pemilik akaun tersebut berkata, dia mengkategorikan kejadian itu sebagai satu penipuan kerana premis itu dibuka disebuah bandar kecil seperti Karak.

Perkongsian tersebut menyebabkan para netizen telah memberikan respon yang hangat dengan pelbagai komen dan pandangan masing-masing. Ada yang menunjukkan kehairanan dengan makanan seberat 16.2kg yang hanya dimakan enam orang. Namun harga seperti makan berpuluh orang malah ratusan.

Tetapi ada juga seorang netizen yang menjelaskan bahawa, ini mungkin kerana udang yang dimasak tersebut adalah peliharaan restoran itu dan bersaiz besar. Ia mungkin salah satu faktor ianya dijual dengan harga yang sangat mahal.

Masalah utama dalam isu ini bukanlah sebab kena tipu tapi anda yang malas nak tengok menu dan bertanya harga. Lain kali tanyalah dulu sebelum nak telan apa-apa, bila dah selesai tiada gunanya nak disoal lagi.

“Kalau pergi ke Tanjung Tualang pun, seekor udang besar yang diambil hidup adalah berharga RM180 sekilogram, kalau kita darabkan dengan 16.2 kg? kiralah sendiri. Begitulah cara saya mengandaikan bahawa udang tersebut adalah udang peliharaan dengan saiz XXL. Namun begitu tidak dapat dipastikan dengan terperinci kisah sebenar berikutan tiada gambar yang dikongsikan untuk tujuan perbandingan.

Apapun, rata-rata netizen menyatakan ianya adalah salah individu itu sendiri kerana terus membuat pesanan tanpa bertanyakan harga sebelum membuat pesanan.

‘Masalah utama bukan kena tipu, tapi diri sendiri yang malas nak tengok menu dan bertanya harga. Alahai lain kali belajar tanya dulu sebelum nak menelan, kan dah lepas , banyak pula soalnya”

Kos perubatan mungkin lebih mahal

“Betul-betul tak faham orang yang terkejut sebab kena bayar mahal, sebelum makan tu tengok menu sahaja ke? kat menu memang tkde harga ke?

Namun begitu, ada juga pihak restoran lain yang cuba menarik pelanggan ke kedai mereka pada ruangan komen tersebut.

“Bila tiba di Kota Kinabalu, jangan lupa singgah ke Welcome Seafood Bundusan berhampiran Asia City. 10 orang pertama dengan semua hidangan makanan laut berharga kurang dari RM1,000 , makanlah sampai muntah”.

Daripada kejadian ini, dapat kita ambik iktibar bahawa, paling penting sebagai pengguna yang bijak, apa-apa yang kita perlu bayar, selidiklah dahulu, kadangkala pihak restoran sudah mengira mengikut sistem harga mereka namun kita sebagai pelanggan pula yang alpa dan hanya seronok memesan sahaja.

BACA:‘Saya ketawa melihat percikan api keluar dari enjin’, Penumpang kongsi detik nahas kebakaran pesawat Japan Airlines