Pasti ramai yang pernah merasai pengalaman berkawan dengan rakan yang aneh iaitu seorang yang panjang tangan.
Anehnya orang seperti ini pasti tidak ramai yang berani untuk menegur kelakuannya kerana terlalu malu atau malas mahu mengambil tahu.
Namun kisah benar ini menceritakan bagaimana lelaki ini menghadapi kelakuan manusia aneh ini dan cuba membetulkannya walaupun berdepan kesusahan.
Salam buat pembaca semua. Terima kasih sudi baca cerita ni. Cerita ni harap – harapnya bolehlah jadi pedoman dan pengajaran buat anak cucu cicit kita masa akan datang nanti.
Bila diorang kecik lagi, didik diorang ni yang hak orang lain terutama makanan, jangan ambil pakai niat “diorang tak kisah pun”.
Cerita ni berlaku masa zaman aku student universiti. Kami ni pelajar universiti tanahair, dalam batch aku ada 80 orang, lelaki dalam 26 orang, kaum hawa yang selebihnya lah. Universiti kami ni menyediakan kemudahan hostel berupakan kondo dari tahun 1 sampai tahun 6. Jadi untuk lelaki, kami dapat 2 rumah, 1 rumah ada 13 orang. 1 rumah 4 bilik.
Kami semua (26 lelaki) ni bonding agak kuat. Apa – apa event fakulti melibatkan batch, kita akan tolong sehabis baik. Makan minum kebanyakan keluar sekali, tak semua sekali la bila keluar tu, tapi brotherhood makan sekali tu macam dah jadi kebiasaan.
Cuma dalam brotherhood ni pun, ada jugak per4ngai – per4ngai yang kita tak sedap nak memandangnya. Ada lah kawan kami yang seorang ni, per4ngai dia ni memang hampeh jugaklah. Suka makan makanan atau minum air orang lain tanpa minta kebenaran sampaikan satu tahap kitorang panggil dia ‘toyol’.
Bagi aku agak kasar la, tapi itu jadi ‘kod’ kitorang bila dia sampai atau balik rumah. “Weh toyol dah sampai?” “toyol dah balik?”. Haha. Adoila. Aku tak panggil la gelaran tu sebab aku budak baik. Adalah beberapa kisah yang aku ingat sepanjang kami berkenal.
Antaranya, dia ni cukup pantang kalau orang pelawa makan walaupun pelawaan tu tak tuju pun dekat dia. Dan sekali kau pelawa dia, selama – lamanya dia akan gunakan pelawaan kau tu sampai bila – bila. Contohnya, kalau hari ni kau kata, “minum la air teh o ais tu”.
Esok lusa tulat kalau kau beli makanan ke air ke, hilanglah air tu. Haha. Kejadian ni biasa berlaku bila kitorang baru habis riadah. Biasa la lepas main, beli air bungkus, sangkut belakang pintu. Kadang-kadang ada orang dah beli, orang lain akan perhatikan si toyol ni sambil cakap, “ha kau tengok kau tengok tu” sambil kitorang ni gelak – gelak. Yang m4ngsa kena pau air tu sengih je la.
Tak manis kan bila air kita orang lain minum tanpa kita pelawa walaupun kita tak kisah. Adab tu kena ada. Okay yang ni aku kena. Masa tu kitorang makan dekat KFC. Kebanyakan orang suka makan kulit ayam termasuklah aku.
Aku suka makan kulit ayam ni laaassst sekali sebab simpan la yang sedap – sedap ni last. Kalau fries McD aku suka makan awal – awal. Dah macam iklan promote fast food pulak. Haha. Jangan makan selalu ye, nanti gemuk. Done dakwah.
Okay sambung, nak dijadikan cerita. Masa aku tengah makan ayam, aku letak la kulit ayam dekat tepi atas pinggan KFC tu, nampak seakan – akan macam aku ni tak nak makan la. Tengah sedap – sedap menjilat jari tu, kulit ayam aku kena sambar bhai dengan si tangan laju ni.
Aku terk3jut, diam tak terkata. Dia macam, speechless. Perasaan kesian bertambah sedih bertambah terk3jut. Aku tengok muka dia sekali imbas je lah, kang tengok lama – lama kata aku ni kempunan. Fuhh berselera betul dia sambil jilat – jilat bibir dia.
Seriously aku jenis tak kisah bila orang nak makan, aku bagi je. Tapi yang ni sebab tu favourite aku dan kena r4mpas macam tu, aku jadi sedih. Ada satu hari tu, sorang member aku ni, dia cerita benda sama dengan kitorang.
Masa tu macam sesi mengumpat “toyol buat apa hari ni?” hahahaha. Siot je rasa. Memang best bila ungkit cerita, sebab macam – macam dia buat. Member aku ni cerita la yang kulit ayam dia kena r4mpas, response dia sama la macam apa yang aku response tu. Haha.
Tu kali pertama dan kali terakhir aku kena, kali kedua ketiga lepas tu memang aku tak letak kulit tu kat tepi pinggan, aku letak tengah sikit macam aku nak makan. Ada lagi beberapa cerita ringkas, ada sekali tu kitorang tengah rehat petang.
Seorang kawan aku ni duk cari – cari barang. Aku tanya dia, kau cari apa? Dia kata kek apollo dia hilang, tinggal 1, kira last la. Dia ada letak atas katil dia. Cari – cari tak jumpa. Tiba – tiba kitorang nampak si toyol tu tengah makan apollo. Aku gelak weh.
Memang beng4ng gila member time tu. Tapi tak cukup beng4ng sebab tak mampu nak confront si toyol. Dia kata dah la tengah lapar time tu. Menyirap lagi bila tengok makanan dia kena curi. Ada lagi seorang member aku ni, dia cerita kat aku yang air coca cola atau pepsi dia tinggal sikit, padahal dia dah sorok dah benda tu dalam loker kat ceruk dalam.
Dia nampak la si toyol ni bukak loker, ambik air tu sambil gulp gulp – gulp. Member jeling jela sambil main fon buat tak tahu. Okay, itu cerita yang kebanyakannya kena dekat member aku. Aku? Waktu student tu aku selalu dengar je, kena tu yang sekali tu je. So aku buat tak tahu je la.
Korang mesti tertanya – tanya kan, takde ke orang yang nak tegur dia? Kan kan? Ada. Cerita dia macam ni. Macam aku cakap, sebelum ni kebanyakannya member aku je kena. Sampailah satu masa ni, kitorang masuk alam pekerjaan.
Aku asalnya kerja area Sungai Buloh, KL. Nak dijadikan cerita, aku ditugaskan untuk cover kerja ke dekat area Serdang. Dipendekkan cerita, si toyol ni dengan housemate aku yang dulu, aku bagi nama Rawang la sebab dia budak Rawang, diorang duduk serumah dekat Kajang.
Aku pun roger la si Rawang ni, aku nak duduk sementara ada bilik lagi ke? Alhamdulillah dipermudahkan, ada 1 bilik kosong. Bilik tu macam stor la, letak barang-barang tak terpakai. Okay je buat tidur semua. Aku dari student, aku suka memasak, tapi jarang – jarang la.
Memasak kalau seorang ni, baik kau beli je sebab barang dapur mahal, dan tak berbaloi untuk makan seorang. Baik beli luar je. Tapi, bila dah duduk bertiga, aku suka masak. Masak lebih sikit untuk aku jamu la kawan aku yang lain.
Si toyol ni aku pelawa la makan. Dia malu – malu tikus pulak. Bila ajak, dia kata nanti. Bila aku pergi kerja, balik – balik tu lauk semua habis. Tak tinggal pun sikit untuk orang lain makan. Lagi menyirap, tinggal macam tu je bekas makanan / pinggan mangkuk / cutleries semua.
Disebabkan aku ni memang ada komen sense daripada diajar kena membasuh lepas makan atau lepas memasak. Aku pun basuh. Tapi panas jugak la kan. Siapa tak panas. Sampai satu tahap, aku bawak balik jajan + aku beli 3 coklat Crisps yang nipis rangup tu. Tau kan?
Aku beli kat 7E, masa tu promo 1 keping kecik tu seringgit. Aku biar atas meja. Esok pagi tu, aku bangun tidur aku nak makan la. D4rah aku naik mat bila aku cari coklat tu 1 pun takde. Hilang semua. Pehh panasssss. Aku check tong sampah, ada 3 plastik coklat tu.
Aku memang tak fikir siapa dah. Budak Rawang tu memang member rapat aku dari zaman student. Aku tau per4ngai dia. Aku menyirap gila sampai kat tempat kerja aku duk fikir ayat terbaik paling sopan paling nice untuk aku bagi dekat dia.
Balik kerja je, aku jumpa dia. Oh lupa, kitorang bukan tempat satu kerja. Aku kerja dekat serdang, dia kerja dekat kajang sama dengan budak rawang tu. Aku jumpa si toyol ni, aku bagitau dia satu satu apa dia dah buat. “Kau tak boleh amek barang suka hati, kalau nak, cakap.
Aku tak kisah pun orang nak ambik nak guna barang aku. Aku bagi, yang tak bolehnya bila kau ambil tak bagitahu. Dari zaman student lagi budak – budak ni selalu cerita belakang kau. Aku diam je sebab aku tak kena. Aku baru tahu sekarang.”
Dan panjang lagi la ayat aku. Tak ingat dah. Lepas habis aku sekolahkan dia, dia cakap sorry. Dan dia cakap jugak terima kasih. Aku tak tahu la terima kasih untuk apa tapi aku anggap terima kasih tu sebab tegur dia. Haa itu je lah cerita seorang yang dipanggil toyol.
Lepas kejadian tu, kitorang kawan je la macam biasa. Aku tanya budak rawang, barang kau ada hilang lagi ke? Makanan ke minuman ke. Dia sengih je, ada la jugak
. Aku senyum je la, aku tak tahu la harap dia sedar la yang nasihat aku tu terpakai untuk semua orang. Bukan untuk barang – barang aku je. Okay. Ingat ye pembaca semua. Ajarlah anak – anak kita ni supaya beradab bila meminta. Ajar halal h4ram. Wallahua’lam. Salam.. – Goku (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Dengan hanya tayang ‘ini’, wanita ini berjaya raih pendapatan RM47000 sebulan