Makin terdesak, kini isi minyak berulang kali merupakan satu kesalahan, betul ke?

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah telah mengesan 580 kenderaan yang membuat pengisian minyak secara berulang

Dalam sehari di beberapa stesen berbeza berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin, berkata pihaknya telah mengesan kegiatan ini sejak 25 September lepas.

“Sebanyak 19,705 kenderaan telah direkodkan (mengisi minyak), dengan 19,001 adalah kenderaan tempatan dan 704 adalah kenderaan pendaftaran asing.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 580 kenderaan dikesan melakukan pengisian minyak lebih dari sekali dalam hari yang sama,

Makin terdesak, kini isi minyak berulang kali merupakan satu kesalahan, betul ke?

” katanya kepada pemberita selepas membuat pemantauan di beberapa stesen minyak di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa pihaknya sedang memperkemas kawalan untuk mengekang aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi.

Muhammad Nizam juga berkata pihaknya telah menugaskan pegawai secara statik dan melakukan pengauditan di enam stesen minyak di daerah Kubang Pasu dan Baling; menggerakkan unit rondaan penguat kuasa; melakukan risikan, serta mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Beliau menjelaskan bahawa pendekatan ini dapat mengenal pasti keperluan kuota sebenar stesen minyak dan maklumat kenderaan yang membuat pengisian petrol atau diesel.

Siasatan juga mendapati penyelewengan bahan bersubsidi ini turut dilakukan secara individu atau kumpulan kecil yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

Modus operandi mereka melibatkan pembelian menggunakan tong kecil, dan ada kenderaan yang dilengkapi tangki tambahan, dipercayai menjadikan kampung terpencil sebagai tempat pengumpulan bahan api tersebut.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa menerusi Op Tiris 3.0 yang dijalankan sepanjang tahun ini, sebanyak 1,982 pemeriksaan telah direkodkan dan 158 kes telah diambil tindakan dengan melibatkan rampasan

BACA: Selain ajaran sesat, ini jenayah terancang GISBH jadi punca 20 ahli ditangkap