Seorang anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu” yang ditulis di sebiji botol sebelum dikhabarkan meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya.
Menerusi perkongsian kakak kepada anggota tentera tersebut yang dikenali sebagai Naa Zamm, dia menyatakan allahyarham adiknya,
Muhammad Kamaruzzaman Bin Zamahari telah meninggal dunia beberapa hari lepas bersama dua lagi rakannya.
Anggota tentera tinggal nota
Pengguna Facebook itu memaklumkan yang adiknya seakan memberi petanda bahawa bakal ‘pergi’
apabila meninggalkan nota di atas botol kaca yang tertulis “malaikat memanggilmu”.
Botol tersebut dijumpai di bilik adiknya dipercayai ditulis beberapa hari sebelum melapor cuti hujung minggu selama tiga hari.
Wanita tersebut juga memuat naik gambar terakhir adiknya sewaktu menjalankan latihan dengan memuji penampilan yang kacak.
Difahamkan, gambar tersebut diambil beberapa hari sebelum allahyarham dilaporkan meninggal dunia.
Susulan daripada itu, Naa Zmm menyatakan urusan pengebumian adiknya telah berjalan dengan lancar dan disemadikan di kampung halaman di Kuching Sarawak.
Jelasnya, allahyarham memang merancang untuk pulang ke kediaman keluarga pada bulan Oktober, dan hasrat tersebut akhirnya tercapai namun dia kembali untuk selamanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan salah takziah kepada keluarga Pbt Mohd Kamaruzzaman Bin Zamahari diatas pemergian yang tidak dijangka itu.
Rata-rata mereka mendoakan agar allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta ahli keluarga yang ditinggalkan kuat menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Terdahulu, laman Facebook rasmi, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja memaklumkan tiga anggota mereka meninggal dunia pada 12 Oktober 2024.
Susulan daripada itu, Pegawai Memerintah serta seluruh warga 1 RAMD mengucapkan Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Pbt Muhammad Faizal Bin Firdaus dan Pbt Mohd Kamaruzzaman Bin Zamahari yang telah kembali ke rahmatullah.