Abang ipar beria cakap dia nak jaga kakak aku dalam pantang, dengan anak kembar dorang.
Seminggu lepas pantang tiba-tiba kakak mesej suruh datang .Masa kami sampai, jiran sebeIah rumah kakak datang dan bagitahu yang anak-anak kakak tak henti menangis. Rumah masa tu gelap.
Assalamualaikum warga FB. Aku nak share satu cerita yang dah bagi kesedaaran dekat diri aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah kepada 5 orang anak.
Mungkin apa yang aku sampaikan ni ada yang tak boleh terima, baik lelaki mahupun perempuan.
Cerita aku agak kejaam dan jijik kalau kamu semua baca sebab ini berkaitan dengan arwah kakak aku yang dah setahun lebih meninggalkan kami sekeluarga. Ceritanya bermula bila arwah kakak aku berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan sempurna di mata dia dari segi kerjaya, harta dan paras rupa.
Setahun lepas mereka berkahwin, arwah kakak aku disahkan mengandung anak kembar. Nak jadikan cerita, doktor sahkan arwah kakak aku ni kategori “high-risk pregnancy” sebab dua kali dia tumpah darah yang berpunca dari suami dia sendiri.
Doktor dah nasihatkan suaminya masa tumpah darah kali pertama jangan “sentuh” kakak dan diminta berpuasa menahan keinginan suaminya itu tapi suaminya tak pedulikan arahan doktor. Pada dia, doktor hanya sembang kosong dan kakak pula hanya mendiamkan diri sebab kakak memang jenis tak melawan sejak dia berkahwin dengan lelaki tu.
Arwah kakak memang jenis yang kuat berahsia dari semua orang termasuklah aku, adiknya yang paling rapat ni. Sampailah hari dia melahirkan anak kembarnya, terjadi satu insiden di mana seminggu ketika arwah kakak sedang berpantang, suaminya pulang dalam keadaan marah dan telah melakukan perbuatan yang tak boleh kami sekeluarga maafkan sampai sekarang.
Arwah kakak berpantang di rumahnya sendiri atas permintaan suaminya. Mulanya kami sekeluarga tak bersetuju dengan cadangan suaminya sebab itu kali pertama arwah kakak bersalin dan berpantang sebab arwah kakak tiada pengalaman tapi suaminya berkeras dan mengatakan bahawa dia dah bayar Confinement Lady (CL) untuk jaga arwah kakak.
Suatu malam ketika suaminya pulang ke rumah dalam keadaan marah, arwah kakak tengah tidurkan anak kembarnya masa tu. Suaminya memaksa arwah kakak “melayan” dia ketika kakak dalam keadaan tak sihat sebab hari arwah kakak bersalinkan kembarnya, doktor bagitahu yang arwah kakak banyak kehilangan darah dan banyak koyakkan “di kawasan” bersalin.
Arwah kakak menolak permintaan suaminya dengan baik tapi suaminya tak pedulikan apa yang arwah kakak katakan. Dia tetap dengan keinginannya memaksa arwah kakak melayani nafsu binatangnya. Siapa yang tengok cerita lakonan Emma Maembong tu pasti dapat bayangkan apa yang arwah kakak aku rasakan.
Ya Allah, ampunilah segala dosaku ini. Niat aku bercerita ni hanya nak sedarkan masyarakat, terutamanya kaum aku sendiri supaya sentiasa berfikiran waras ketika isteri sedang mengandung ataupun berpantang. Malam sebelum arwah kakak pergi meninggalkan kami, arwah kakak sempat hantar mesej meminta aku dan sekeluarga datang ke rumahnya.
Masa tu kami memang tak fikir apa-apa sebab kami semua fikir yang kakak rindu kat keluarga. Malam ketika kami sampai, jiran sebeIah rumah arwah kakak datang berjumpa dan bagitahu yang anak-anak arwah kakak tak henti-henti menangis.
Kami tak fikir panjang terus masuk rumah mencari arwah kakak dan anak-anaknya. Rumah masa tu gelap. Hanya lampu dapur dan lampu ruang tingkat atas je yang menyala. Suami kakak masa tu tiada di rumah. Bila mak kami terjah bilik kakak, mak kami meraung menangis memanggil arwah kakak.
Rupanya bila kami masuk bilik arwah kakak, kami sekeluarga terkejut melihat keadaan arwah kakak yang dah tak sedarkan diri dalam keadaan katil yang penuh darah. Aku tak banyak cakap aku terus call ambulans dan polis untuk meminta bantuan mereka.
Bila MA datang check keadaan arwah kakak, MA bagitahu yang arwah kakak dah meninggal 2 jam yang lepas akibat pendarahan yang terlalu banyak. Aku cuba call suami arwah kakak berkali-kali tapi tak dapat.
Dekat situ aku mula syak sesuatu dan tak sedap hati sebab polis kata rumah kakak aku tiada kesan pecah masuk tapi polis jumpa 1 buku catatan atas nama arwah kakak dan polis ambil buku serta handphone arwah kakak untuk dijadikan bahan bukti.
Polis terus minta maklumat suaminya dari kami dan kami beritahu semuanya tanpa sorok segala jenis maklumat. Doktor yang merawat arwah kakak juga dipanggil untuk bantu siasatan. Selepas 2 minggu Polis uruskan kes arwah kakak, akhirnya pihak mereka berjaya memberkas dalang segala punca kematian arwah kakak..
Rupanya orang tu suami kakak sendiri. Dia diberkas ketika cuba melarikan diri dari “road-block” di kawasan utara tanah air. Orang tua kami tak sangka yang menantunya sendiri tergamak buat arwah kakak sebegitu rupa.
Hasil siasatan terhadap suaminya, pihak polis terangkan kepada kami punca suaminya bertindak begitu gara-gara angkara video tips layanan batin yang dia dapat dari socmed dan polis juga ada tunjuk mesej terakhir yang arwah kakak dapat dari suaminya.
Yang aku ingat mesejnya seperti ni, “Kau mengandung ke berpantang ke, sakit atau tak, kau tetap kena layan nafsu batin aku. Kalau tak, aku tak redha dan kau akan berdosa seumur hidup kau. Kau akan jadi isteri ahli neraka”.
Rupanya selama ni arwah kakak dilayan seperti binatang oleh suaminya. Kalaulah dari awal aku tahu suami dia macam tu, aku dah tibaai suami dia cukup-cukup. Ya Allah, sampai sekarang aku rasa diri aku seorang lelaki yang tak berguna sebab tak mampu lindungi kakak sendiri.
Remuk hati aku bila tengok keadaan arwah kakak. Arwah kakak satu-satunya anak perempuan dari kami 6 beradik. Setahun lepas kejadian tu, mak aku jatuh sakit sebab tak boleh terima apa yang jadi pada arwah kakak. Ayah aku pula meninggaI akibat ser4ngan jantung 2 bulan lepas kakak meninggaI.
Kalau korang dekat tempat kami sekeluarga, tak tahulah macam mana korang nak hadap situasi ni. Anak kembar arw4h kakak dijaga oleh kami sekeluarga sepenuhnya dan ayah kepada si kembar ni telah dijatuhkan hukuuman gantung sampai mati akibat perbuatannya terhadap arwah kakak.
Rumah yang menjadi tempat tinggal arw4h kakak juga telah kami jual sebab tak nak ingatkan kejadian tu. Terlalu perit untuk kami terima. Sampai sekarang kejadian tu masih terbayang-bayang di mata kami sekeluarga.
Di sini aku cuma nak sampaikan sesuatu. Tak salah nak share apa sekali tips ilmu rumah tangga, lagi-lagi perihal layanan batin. Tapi yang salahnya korang share tips tu tak sepenuhnya. Ilmu tu tergantung dekat situ je.
Tak semua orang faham apa yang korang cuba sampaikan, lagi-lagi kaum tu kaum aku sendiri. Dalam hal ni, bekas abang ipar aku ni “mengaji” tak habis sebabkan tengok video-video yang orang share kat socmed tu.
Dalam masa yang sama, kita sebagai lelaki tolonglah ada “common sense” dalam hidup kita ni. Aku sendiri pun 5 kali isteri aku bersalinkan anak-anak aku, 5 kali tu juga aku tak pernah tergamak nak “sentuh” isteri aku selama dia berpantang. Aku bagi dia rehat 100 hari.
Kalau isteri aku “minta” pun aku akan tolak baik-baik dan terangkan sebab apa aku tolak. Aku tolak bukan sebab tak nak tapi sebab aku sayang isteri aku. Kesihatan dan nyawa dia lagi penting dari nafsu batin. Dia satu-satunya wanita yang dah hidup dengan aku hampir 20 tahun dari aku kosong sampai aku dah ada semuanya.
Kalau dia tak ada, aku tak tahu apa jadi pada aku anak beranak. Kau tak tahan nafsu, kau boleh je puasa. Kalau kau boleh puasa bulan Ramadhan tu cukup sebulan, takkan puasa isteri berpantang tu tak boleh? Islam ni mudah bro. Kita je yang banyak susahkan.
Kau yang jahanamkan badan isteri kau sampai putus 20/30 urat, kau lah yang sepatutnya bertanggungjawab pulihkan balik keadaan isteri kau. Bukannya bila isteri tengah pantang, kau sedap “makan luar” /ceraikan isteri kau.
Bro, cuba kau tengok orang tua kau. Tanya orang tua kau kenapa perkahwinan mereka bertahan sampai ke cucu cicit? Satu lagi, kau kena ingat. Bayangkan menantu kau buat balik benda yang kau pernah buat dekat isteri kau tu pada anak perempuan kau balik? Apa perasaan kau sebagai seorang ayah?
Hidup kita ni ibarat roda. Fikir-fikirkan apa aku cuba sampaikan. Hormatilah kaum ibu / isteri kita ni. Buat kaum wanita pula, andai kata korang tak mampu nak layan batin seorang suami, terus terang dengan suami. Jangan sorok apa-apa sebab kami orang lelaki ni lambat tangkap.
Andai suami kamu seperti bekas abang ipar saya, tolong cerita pada keluarga. Minta perlindungan dari mereka. sebab biasa masa mula-mula bercinta dan awal-awal berkahwin ni memang tak nampak per4ngai sebenar. Bila dah setahun dua kahwin baru timbul “belang”.
Tak semua orang bernasib baik dan rezeki setiap orang lain-; lain. Lagi-lagi bab jodoh. Aku faham tu. Aku sekeluarga pun tak sangka bekas abang ipar aku boleh jadi macam tu. yang aku tahu dia berubah bila dapat tahu arw4h kakak mengandung.
Jadi jangan sesekali cakap “Jodoh tu pilihan kita sendiri”. Aku pantang dengar ayat tu. Apa yang jadi dekat arwah kakak aku tu dah buka mata kami 5 beradik lelaki ni selua-luasnya dan aku harap cerita ni akan buka mata korang juga.
Yang mana nak kahwin tu, tolong betulkan niat korang nak kahwin tu untuk apa. Janganlah kahwin sebabkan “nafsu” yang satu tu je. Maaf kalau cerita ni buat korang bosan nak baca. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya ni. -Abang Lori (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Anne Is : Memang ada lelaki macam ni. Masa saya warded, ada one patient tu, aduhai.. dia pun warded sebab bleeding, dia cakap rambut tak sempat kering dah kena layan. Kadang-kadang tengah mandi wajib ni, laki dia masuk bilik mandi.
Dia suka dok hospitaI, kalau boleh biar lama-lama kena tahan. Tak tau la apa kesudahan dia. Kat rmh mak saya pun ada satu wedding, mlm tu ambulan datang angkut pengantin perempuan ke hospitaI. Kisah macam ni la, lelaki tu duda. Saya kalau nampak dia jalan, saya lari masuk rumah. Masa wife dia baru bersalin tengah pantanhng pun sekali lagi ambulance datang. Patutlah ko duda.
Heloisa TwiSt : Tu pun ada sorang dua kata benda mcm ni fiction sebab tak viral???!!! Tak tau la jenis otak apa apa, ingat benda viral je semua dan kalau viral tu 100% betul ke?? Then ada la sorang ni cakap kes macam ni takkan ke tali gantung sebab dia orang yang bidang perundangan.
Banyak je cases keganasan rumahtangga yang jatuh hukuman tali gantung, nilah jenis-jenis manusia yang takde empathy dan anggap benda semua nak viral je.
Mentality kelas ke tiga sangat. Buat tt, moga arwah kakak awak dikurniakan syurga tertinggi, meninggal ketika dalam pantang di tangan suami sendiri. Buat family awak, semoga kuat sentiasa.
Siti Khadijah D-Jah : Memang betul ada lelaki camni. Tak reti bahasa atau tak faham bab menjaga tubuh isteri tu untuk bagi sihat nak pakai lama. Mengganas camtu memang rosaklah badan isteri tu. Jadi kes macam tt cerita ni memang maaut la.
Kenapa ada kata tu cerita tt tak benar? Buktinya jiran tempat tinggal lama saya dulu, suatu hari isterinya panggil saya dalam keadaan dia baring, dia nak pinjam duit untuk gugurkan kandungan yang baru jadi. Anaknya berderet kecil-kecil lagi, saya pegang kakinya sejuk berselimut.
Kkatanya dia tiap hari dikerjakan suaminya yang bernafsu kuda tu. Tak taulah ilmu apa suami tu atau dah memang kejadiannya begitu tak fahamlah saya. Terpaksa la bantu juga sebab kesian