Malas jawab 11 call dari Kembara Studio, Adi Putra jauhkan diri

Malas jawab 11 call dari Kembara Studio, Adi Putra jauhkan diri. Pihak Kembara Studio telah membuat panggilan balas sebanyak 11 kali kepada pelakon Adi Puta namun, pelakon yang membawa watak utama dalam filem Mat Kilau itu tidak menjawab. Eh, dah kenapa pula ni?

Menurut laporan mStar, Adi Putra memberitahu yang dia berbuat demikian kerana masih berasa terkilan apabila pihak produksi itu tidak menjawab panggilannya seperti yang kami laporkan sebelum ini.

Saya terima 11 panggilan daripada mereka namun saya tidak jawab kerana terkilan.

Sebelum itu saya ada cuba menghubungi mereka tetapi tiada jawapan. Bagaimanapun sya berlapang dada dan memaafkan mereka tetapi sehingga kini belum berhubung lagi.

Kita manusia tidak sempurna, sebagai pelakon saya telah menialankan tanggungjawab seperti mana dalam kontrak. Namun dalam rasa gembira ada juga timbul perasaan lain seperti rasa terkilan.

Malas jawab 11 call dari Kembara Studio, Adi Putra jauhkan diri

Bukan tu jer, Adi Putra juga masih berpegang kepada prinsip tidak akan hadir ke Indonesia melainkan ada permintaan daripada penganjur di sana.

Itulah orang kata, perasaan orang jangan dibuat main. Apa-apapun, Mat Kilau memang mantap!

BACA:

Aliff Syukri akui tak boleh berpisah dengan Instagram

Jutawan Hartanah terkenal tak jadi saman pemfitnahnya RM7 juta

Jangan bagi alasan parlimen tergantung halang PRU, kata Zahid kepada PM