Malaysia bakal jadi Bangladesh jika pelampau kaum dan agama dibiarkan

Malaysia bakal jadi Bangladesh jika pelampau kaum dan agama dibiarkan

Satu lagi tulisan yang sangat penting untuk dibaca oleh semua orang Melayu. Sahabat saya Manan Razali ini baru lagi aktif menulis di FB. Sila baca tulisan beliau yang tajam dan tuntas mengajak kita fikir masa depan negara kita.

BOLEHKAH PH BAWA PERUBAHAN BAIK KEPADA NEGARA INI?

Ada masalah besar dengan negara kita kerana orang baik susah nak menang. Sebaliknya, orang jahat dan samseng jugak yang akan menang akhirnya. Penyudahnya, negara kita akan hancur dan jadi macam Bangladesh pada suatu hari nanti. Rujuk kepada rencana ini :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222981920433781&id=1152227773

Cuba kita imbas balik apa berlaku waktu PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini..

Hiruk pikuk seluruh negara dengan berbagai-bagai isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno, Pas dan cybertroopers mereka untuk buat rakyat marah dan benci kepada PH. Isu paling utama yang menjadi mainan mereka ialah isu perkauman dan agama. Untuk tumbangkan PH, pagi petang siang malam mereka cari pasal supaya orang Melayu akan benci kepada DAP. Mereka tidak henti2 berkata dan meratib bahawa bangsa Melayu dan Islam tidak selamat di bawah PH selagi DAP menganggotai kerajaan, hinggakan ada seorang Mufti pun tumpang semangkuk bantai PH sekali dalam isu ini. Orang Melayu pun telan semua ini semua bulat2 dan hidup2 lebih2 lagi bila Mufti pun turut serta buat kecaman.

Tapi sejak Muhyiddin dan PN rampas kuasa kerajaan ikut laluan pintu belakang, mana ada dengar suara2 lantang ini lagi? Padahal segala yang mereka kritik dan kecam dulu masih tidak berubah, bahkan masih kekal seperti biasa. Malah segala tindakan mereka memfaraidkan ghanimah (harta rampasan perang) dengan gelojoh dan rakus berlaku tanpa menjadi isu besar yg disensasikan.

Kalau benar DAP ada cybertrooper Red Bean Army (RBA) yang handal seperti yang dikatakan sebelum ini, sepatutnya arena media sosial akan berperang besar sekarang dengan berbagai-bagai isu yang ditimbulkan untuk mengkritik dan mengecam kerajaan PN dengan lantang dan lancang. Tapi ini tidak berlaku sedikit pun. Jelas ini menunjukkan bahawa hantu sebenar yang buat kecoh di negara kita adalah sebenarnya cybertroopers dari Umno dan Pas yang bekerja siang malam sebelum ini untuk menyebar fitnah dan pembohongan supaya orang Melayu betul2 benci kepada DAP dan PH.

Point saya ialah jika ditakdirkan PH menang sekali lagi pada PRU-15 nanti, masalah ini akan berulang kembali. Segala hantu dan jembalang akan keluar semula dari sarang mereka untuk mengganggu ketenteraman masyarakat hingga negara akan jadi kucar kacir sekali lagi. PH akan jadi “punching bag” untuk diterajang serta diasak bertubi-tubi.

Masalah PH bukan untuk memenangi PRU kerana sudah terbukti ini boleh dilakukan. Sebaliknya, masalah sebenar PH ialah bagaimana utk kekal berkuasa setelah menang dan dapat memerintah dengan berkesan tanpa gangguan yg boleh merosakkan kestabilan pemerintahannya.

Saya lihat punca utama masalah negara ini terletak dalam diri orang2 Melayu sendiri yang gagal menilai dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Disebabkan ini, Umno dan Pas jadi berani kerana mereka yakin boleh terus menghasut dan memperbodohkan orang Melayu sesuka hati mereka dengan segala fitnah yg ditimbulkan terhadap DAP dan PH.

Ini kerana mereka sangat yakin bahawa walau apa pun yang berlaku, mereka tetap akan berkuasa di negara ini kerana mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Tempoh singkat PH memerintah selama 22 bulan dan kesunyian dari timbulnya isu2 panas dan provokatif mengenai bangsa dan agama sejak PN memerintah adalah bukti kebenaran ini.

Jika PH ingin memerintah dan buat perubahan2 positif pada negara ini dengan pentadibiran yang cekap, efisien dan berhemah yang bebas dari rasuah dan salah guna kuasa, tidak boleh tidak bahawa orang2 Melayu mesti berpaling dari Umno dan Pas. Selagi ini tidak berlaku, jangan haraplah PH akan dapat memerintah negara ini dengan berkesan.

Seperti yang saya kata tadi, kalau PH menang pun pilihanraya sekali lagi selepas ini, ia akan kecundang lagi dipertengahan jalan kerana gagal membendung rasa benci orang Melayu yg kuat terhadapnya akibat fitnah dan pembohongan yang akan ditimbulkan sepanjang masa.

Siapa saja yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya PH menang mesti berani dan tegas untuk menangkap dan memenjara tanpa memilih bulu, sesiapa yang menimbulkan kenyataan2 hasutan dan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Jika ini tidak boleh dilakukan, kirim salam sajalah pada PH dan kirim salam jugalah pada Malaysia. Nantikanlah saja tiba masanya negara ini akan lingkup dan ranap seperti Bangladesh kerana pencuri dan samseng akan terus berkuasa memerintah Malaysia sehinggalah saat apabila majoriti orang2 Melayu berhenti menyokong Umno dan Pas. Malang sekali bagi kita jika kesedaran ini terlambat di mana negara sudah pun hancur pada waktu itu

Sumber: