Malaysia pernah raya awal sehari, ini kisah yang terjadi pada tahun 1983 ramai tak tahu

Oleh ISMAIL YAHYA

Pada tahun 1983, Malaysia mengalami satu kejadian unik yang menjadi sejarah di mana dua negeri,

iaitu Perak dan Johor, telah menyambut Hari Raya Aidilfitri lebih awal daripada negeri-negeri lain.

Kisah menarik ini dipercayai berlaku semasa pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhum Sultan Iskandar pada masa itu.

Malaysia pernah raya awal sehari, ini kisah yang terjadi pada tahun 1983 ramai tak tahu

Pada zaman dahulu, penentuan awal Ramadan dan Syawal dilakukan melalui hisab dan rukyah. Orang ramai akan menanti pengumuman dari Penyimpan Mohor melalui televisyen atau radio.

Namun, seiring berlalunya masa, penentuan tarikh bulan puasa dan Hari Raya sudah menjadi lebih mudah dengan kaedah kalendar yang tepat.

Penentuan Bulan Hijrah bergantung kepada peredaran bulan mengelilingi bumi. Sejak itu, sambutan Hari Raya tidak pernah lewat atau awal.

Menurut sejarah, pada tahun 1983, sekelompok nelayan telah melihat anak bulan ketika mereka sedang menangkap ikan di laut. Berita ini tersebar dan dikenali oleh pihak marin yang bertugas di laut.

Meskipun tiada rekod khusus untuk mengesahkan peristiwa ini, berita tersebar sehingga sampai kepada pengetahuan mufti. Mufti kemudiannya memberitahu Tuanku Sultan tentang penemuan ini.

Setelah Tuanku Sultan yakin dengan berita tersebut, beliau mengarahkan semua agensi kerajaan untuk mengumumkan kepada rakyat bahawa Perak dan Johor akan menyambut Hari Raya sehari lebih awal.

Pada hari raya tersebut, Jabatan Penerangan dan polis menggunakan pengeras suara untuk mengumumkan kepada seluruh bandar dan kampung.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai orang, terutamanya golongan orang tua. Kebanyakan mereka tidak bersedia dengan juadah raya kerana menganggap masih ada satu hari lagi untuk berpuasa.

Disebabkan keputusan yang tiba-tiba ini, ada yang hampir bergaduh terutama di kawasan sempadan Perak dan Selangor. Mujur, keadaan dapat dielakkan.

Insiden ini hanya berlaku sekali dan tidak akan berulang kerana Malaysia kini mempunyai kaedah pengiraan yang lebih sistematik untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

BACA: “Saya sayang anak saya, dah lama saya pertahan hak dia tapi bila saya dah kahwin baru dan ada anak, saya rasa macam nak tinggalkan je dia”