Beli tuala wanita akan dibungkus dengan suratkhabar. Dan pekedai ini berbangsa Cina. Kenapa bungkus?
Sebab pekedai malu orang nampak dan pembeli pun malu kalau orang tahu.
Sidai pakaian dalam di bawah kain lain atau dalam bilik air. Sebab apa? Sebab malu. Tak nak orang tahu
Jika pakai blouse dan tali bra terkeluar, akan malu besar beberapa hari. Akan sentiasa rasa macam satu dunia tahu tentang tali bra ternampak.
Bila period dan tak boleh solat, akan berbisik jika orang tanya. Tak mahu lelaki dengar. Kenapa? Sebab malu.
Mak akan cubit anak perempuan yang tetiba hilang kawalan diri bila ada orang lain. Sebab apa? Sebab mak malu anaknya berperangai macam tu dan mahu anak pun tahu juga rasa malu.
Namun rasa malu ini sudah semakin hilang dalam DNA perempuan. Bapa ayam ini dengan bangganya dijulang dengan sokongan padu dari perempuan.
Baca komen perempuan menyokong penyundalan sangat memualkan. Tiada lagi rasa malu atau segan.
Perempuan yang rosak bakal merosakkan generasi akan datang.
Moga Allah pelihara rasa malu semua perempuan yang beriman. Aameen
kredit facebook Normaliza Mahadi