“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik”

Oleh GEMILANGDAILY

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik”

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa dan bengang apabila mendapat tahu punca anak lelakinya berasa trauma setiap kali ke sekolah gara-gara sering digigit oleh gurunya.

Menerusi sebuah hantaran seorang wanita yang menggunakan akaun Eyma Zaideen, dia mendedahkan anaknya sering muram apabila pulang dari sekolah dan tidak seceria dahulu apabila tiba hari persekolahan.

"Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik"

Sebagai seorang ibu, pastinya peka dengan perubahan tingkah laku anaknya dan boleh merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.

“Saya sebagai ibu boleh rasa macam ada sesuatu tak kena sebab Abang Cik (anak jenis tak beritahu apa-apa terjadi dekat sekolah dia jenis pendam orang kacau dia ke apa.

“Pertanyaan Abang Cik ini berlarutan setiap kali nak mula sekolah jadi lama-lama saya macam pelik ada masalah apa anak aku ini setiap kali nak pergi sekolah macam monyok.

“Jadi balik Abang Cik dari sekolah dengan muka sedih baru lepas menangis, saya tanya kenapa balik menangis ada kawan-kawan buli ke nak tahu apa jawapan dia?” soalnya.

Cikgu popular sering gigit anak murid

Ggiy

Dia terkejut apabila mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada anaknya dengan mendakwa seorang guru sering menggigit beberapa anggota badan anaknya.

“Mama Abang Cik tak tahan dah nak pergi sekolah, nak tukar sekolah. Cikgu selalu gigit bibir Abang Cik. Dah lah gigi cikgu kuning dan mulut hitam Abang Cik geli, kadang cikgu gigit telinga dan hidung juga dan hari ini dia gigit bibir dan hidung,” luahnya anaknya.

Wanita itu juga mendedahkan cikgu tersebut popular di sekolah kerana suka gigit anak murid dan ramai yang akan lari ketakutan tidak mahu ‘tertangkap’ oleh cikgu berkenaan.

“Anak-anak cakap ada cikgu yang tahu sebab kadang anak murid kena gigit sampai nangis depan cikgu lain dan cikgu tersebut gelakkan dia,” katanya lagi.

Menerusi hantaran lain, wanita itu mendakwa perbuatan cikgu itu tidak hanya berlaku kepada anaknya, malah beberapa murid lain turut menjadi mangsa termasuk murid perempuan.

Pihak sekolah akan ambil tindakan

Susulan tular hantaran itu, dia memaklumkan sudah pun berbincang dengan pihak sekolah bagi menuntut keadilan buat anak dan nasib para pelajar.

Difahamkan, kes tersebut akan dijalankan secara berperingkat mengikut prosedur yang ditetapkan.

BACA:

“Suami baru je meninggal tak sampai sebulan saya dah berkawan dengan kawan baik suami..Kebetulan dia dah menduda dekat 5 tahun”