Hi, saya L. Kisah yang saya nak kongsikan ni mungkin kalian boleh jadikan cerita untuk berhati – hati dan percaya benda sebegini wujud dalam kehidupan kita.
Lagi – lagi kepada mak, abang, kakak, ayah atau sesiapa yang mempunyai adik lelaki. Perempuan atau lelaki awasilah mereka.
Saya mempunyai kakak-kakak dan adik – adik. Saya berumur 20an dan tinggal di P***.
Saya mula sedar benda ni pada satu malam ketika sedang tidur.
Saya terjaga apabila merasakan sesuatu sedang menindih saya. Saya terkejut lalu terbangun.
Saya toleh kiri kanan. Tiada siapa yang bangun melainkan adik beradik saya yang lain sedang nyenyak tidur. Kami tidur di ruang tamu rumah keluarga kerana tengok movie malam tu.
Jin ke? Sebab ada dengar kita boleh ditindih.
Saya baring dan pejamkan mata tapi saya tak boleh tidur. Saya fikir siapa atau mainan tidur je?
Selang 5-7 minit saya merasakan ada tangan sedang menjalar di dada saya. Lalu saya terus terbangun dan buka mata. Saya tengok adik saya kelam kabut cuba untuk baring ditempat dia tidur dan berpura pura sedang tidur.
Saya panggil dia. Dia terus menyahut. Seakan akan dia tak tidur pun. Saya kata buat apa? Pastu dia berlakon mamai dan tidur.
Saya agak shock. Saya fikir dia. Terang terang dia. Jadi saya bangun dan tidur dalam bilik. Tapi saya masih in denial. Takkanlah itu. Takkanlah ini.
Selang berapa hari jadi lagi. Saya terbangun bila ada orang sedang menyentuh saya. Saya terus terbangun dan seseorang sedang lari keluar dari bilik. Saya buka lampu. Pintu bilik terbuka.
Tiada lelaki selain adik lelaki saya dalam rumah pada malam tu. Saya menangis. Saya rasa macam kenapa sampai jadi macam ni. Ini waktu saya sedar. Macam mana kalau saya tak sedar? Apa yang jadi dekat diri saya.
Sedangkan dia dan saya sangat rapat.
Sejak tu saya jadi benci dekat dia. Tersangat sangat. Terlampau banyak dia buat dekat saya sampai saya jijik tengok dia dan diri saya.
Saya warning dia if dia buat lagi saya bagitahu mama abah.
Saya tahu kalau bagitahu mama abah dorang tak percaya. Sebab adik saya satu satunya lelaki dalam rumah. Itulah next ketua selain abah. Lagipun kitorang one happy family. Sangat sangat happy.
What if mama abah hancur sehancurnya?
Saya pernah memberi sedikit hint tapi apa yang mama cakap mungkin mainan tidur saya je.
Saya jugak kerap rasa semput secara tiba tiba sedangkan tak pernah sempat pun sebelum ni. Dan sedar dia pernah duduk atas dada saya.
Bila saya cerita dekat yang lain, mereka salahkan saya. Dengan cara saya berpakaian semua dan tidak langsung tegur adik saya.
Saya jadi sakit hati. Kalau cerita pun macam ni, baik tak payah cerita.
Tapi sejak tu saya jadi semakin benci. Nampak dia je boleh bayang apa dia buat dekat saya.
Mama pernah menangis pelik kenapa saya benci dekat adik saya sendiri.
Saya sendiri tiada jawapan. Cukuplah saya jijik dan mama akan tidak percaya saya. Mereka juga cakap kalau bagitahu mama abah, mama abah kecewa.
Sampai nak tidur pun saya takut. Saya akan pakai baju t-shirt berlapis lapis sampai 7-8 lapis, masukkan dalam seluar dan pin.
Saya akan balut dada saya dengan kain balutkan untuk kempiskan dada saya dan ketatkan balutan incase benda tu jadi dia tak boleh bukak.
Saya kecewa. Adik sendiri.
Banyak nak cerita lagi tapi cukuplah yang ini. Kalau awak tengok ni, awak percaya saya kan? Cukuplah kalian yang baca ni percaya. Sekurangnya ada yang percaya.
Terima kasih ya sudi baca sampai habis. Semoga awak yang baca ni takkan kena macam segiturupa. Semoga Allah lindung kalian dari benda jahat ya.
– L (Bukan nama sebenar)
BACA: Gelagat bibik terkejut tengok bil elektrik macam dia pula yang bayar bikin netizen geli hati