Mampu pakai kenderaan mewah, anak Che Ta beli ‘Honda City’ raih perhatian netizen

Oleh ISMAIL YAHYA

Siapa yang tidak mengenali Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pasangan selebriti Malaysia,

Zain Saidin dan Rozita Abu Bakar, yang lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta?

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara, dan penerbit di Malaysia.

Beliau terkenal menerusi drama bersiri komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Kini, Che Ta aktif di media sosialnya, sering berkongsi mengenai perniagaan serta gelagat lucu anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Mampu pakai kenderaan mewah, anak Che Ta beli 'Honda City' raih perhatian netizen

Aaisyah sering mendapat perhatian ramai bukan sahaja kerana beliau anak selebriti, tetapi juga kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang lucu.

“Kereta Honda Ni Hanya Untuk Kegunaan Harian, Diorang Ada Banyak Kereta” – Netizen

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @darwishonda yang mendapat perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 283 ribu, tanda suka sebanyak 3,923, dan 161 komen.

@darwishonda Terima Kasih Ammar & Che Ta @ROZITA CHE WAN Sekeluarga Support Salesman Maneh 🙏🏼🙏🏼🙏🏼 City Sedan S #salesmanmaneh #hondasalesmanmaneh #salesadvisorhondamalaysia #hondasalesadvisor #fyp #fypシ #tiktokguru_malaysia #tiktokguru #hondacitysedan2024 ♬ original sound – Salesman Maneh

Video tersebut memaparkan anak Che Ta, Ammar, yang membeli kereta Honda City Sedan. Menurut penjual kereta, Ammar membeli kereta tersebut hanya untuk kegunaan harian.

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Namun, ada juga komen yang mencemuh kerana anak orang kaya hanya membeli kereta Honda sahaja.

Sebaliknya, terdapat komen positif yang menegaskan bahawa tidak kisahlah anak orang kaya atau tidak, cita rasa manusia berbeza-beza.

BACA: Baru tahu rupanya tak sama acara pecut dan keirin berbasikal