Man Raja Lawak dedah identiti penyanyi yang liat bayar hutang RM10,000

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pelawak terkenal, Man Raja Lawak kembali menyita perhatian baru-baru ini selepas membuat pendedahan yang mengejutkan di akaun media sosial miliknya.

Menerusi laman Instagram dan TikToknya, Man memuat naik hantaran mengenai seorang rakan artis yang berperwatakan baik namun liat untuk membayar hutang.

Pemilik nama sebenar Abdul Rahman Kasim itu mendedahkan,

Man Raja Lawak dedah identiti penyanyi yang liat bayar hutang RM10,000

penyanyi yang boleh dikatakan popular itu mula dikenalinya ketika sama-sama membuat persembahan.

Tidak dikenali dengan rapat, penyanyi itu kemudian meminjam duit bernilai RM10,000 daripada Man dan berjanji untuk membuat bayaran penuh pada 22 Oktober lalu.

Namun malangnya, janji yang dibuat oleh penyanyi berkenaan malah dimungkiri dan Man dikatakan masih belum menerima sebarang bayaran sehingga semalam (Isnin).

Penyanyi Glamor Hutang RM10,000, Man Raja Lawak Minta Lunaskan Sebelum Dedah  Identiti – “Korang Nak Tahu Siapa? - XTRA

Meluahkan rasa tidak puas hati, pelawak yang berusia 46 tahun itu tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama jika penyanyi terbabit enggan membuat bayaran.

“Abang cuma nak beritahu pada artis yang janji nak bayar hutang pada 22 haribulan itu. Jangan sampai abang hilang sabar, itu sahaja. Abang dah mudahkan urusan jadi kau patut bersyukur.

“Hari ni (Isnin) kalau tak ada pemindahan duit RM10,000 itu, dia sendiri suruh dedahkan nama dia. Kamu semua nak tahu siapa? Tunggu. Abang pun bukan rapat sangat.

“Kami jumpa waktu ada show di sebuah IPT. Tak sangka (diperlakukan sebegitu) sebab perwatakannya baik dan mesra. Pergh lu memang padulah,” katanya.

Susulan tularnya perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial mula meneka identiti penyanyi tersebut berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Man.

Difahamkan, Man Raja Lawak dan penyanyi terkenal tersebut baru-baru ini tampil membuat persembahan dalam acara yang diadakan di Universiti Selangor (UNISEL).

Individu berkenaan juga belum bersara di dalam industri hiburan dan masih aktif menerima tawaran untuk membuat persembahan di luar kaca televisyen atau off-air.

Menerusi hantaran yang sama, clue atau petunjuk terakhir diberikan oleh Man adalah perwatakan penyanyi itu yang katanya baik hati serta mesra dengan orang ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, Man memaklumkan bahawa hutang tersebut telah dibayar pada tengah malam semalam susulan isu itu tular di media sosial.

BACA: “Aku simpan bukti hasutan dari mertua, bukti skandal suami, bil, nafkah tertunggak, aku bagi semua pada peguam”