Mana datang angka RM43 trilion yang MB Kedah umum? – Saifuddin Nasution

Mana datang angka RM43 trilion yang MB Kedah umum? – Saifuddin Nasution

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ada simpan data kewujudan di perut bumi Malaysia segala mineral dan galian berharga. Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilai dan lain-lain.

Semalam saya menonton video hebahan oleh Menteri Besar kedah Sanusi Mohd Nor yg menyebut nilai Rare Earth Element (REE)di Sik bernilai RM43trillion!( kemudian dibetulkan mjadi RM62bilion).

Komen saya

1. Angka RM43trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu( rujuk info dalam web kementerian dan terus ke jabatan mineral dan geosains.. baca)

2. Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan bukit enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dengan anggaran 250ribu tan bernilai USD3bilion( lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24bilion!). Mana datang RM62bilion?

3. Menteri Besar umum lesen teroka telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur. Ini proses pertama. Hanya syarikat ini dibenar masuk dan ambil sample tanah untuk dianalisis dan sebagainya. Akan ada proses selanjutnya sebelum REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih-lebih lagi bukit enggang ini statusnya hutan simpan.

Saya akan ikuti dari dekat setiap tindakan kerajaan kedah dan berkongsi info dengan rakyat kedah khususnya rakyat kulim bandar baharu. Lebih-lebih lagi sebab di Hutan Simpan Gunung Bongsu , Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dgn anggaran 312,500 tan bernilai USD3.75bilion.

Kot-kot laa lepas Sik depa mai kot Kulim pulak

Sumber :