Mana Emma Maembong tak mengamuk TV 86 inci retak seribu ini sebabnya

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Emma Maembong merasa marah apabila merasa ditipu oleh sebuah syarikat yang menjual peralatan rumah terkenal

selepas melakukan urusan pembelian sebuah televisyen (TV) baru daripada syarikat tersebut.

Melalui hantaran yang dikongsikan di Instagramnya, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismai

Mana Emma Maembong tak mengamuk TV 86 inci retak seribu ini sebabnya

l mengungkapkan kekecewaannya apabila skrin TV berukuran 86 inci yang baru saja dibeli itu pecah semasa dihantar ke rumahnya.

Kesalannya bertambah apabila syarikat tersebut, setelah berjanji untuk menggantikan TV yang baru, tidak memberikan respons walaupun panggilan telefon telah dibuat.

Mana Emma Maembong tak mengamuk TV 86 inci retak seribu

“Servis teruk! Masa nak ambil duit orang bukan main lagi cakap boleh. Dah ambil duit, hilang! Hantar TV hancur. TV yang dibeli bukannya murah. Tapi layanan macam kita pula berhutang dengan dia,” luahnya.

Walau bagaimanapun, Emma tidak mendedahkan harga TV tersebut, yang kemungkinan besar bernilai ribuan ringgit.

Pelakon berusia 32 tahun itu menceritakan bahawa urusan pembelian TV tersebut dilakukan pada Disember tahun lalu dan dia meminta penghantaran secepat mungkin.

Walau dijanjikan untuk menerima TV pada akhir Disember, Emma hanya menerima TV tersebut pada awal Januari.

Namun, kekecewaan melanda apabila skrin TV yang dihantar itu retak dan pecah. Emma menceritakan pengalamannya, “Saya beli TV 86 inci pada Disember lalu. Saya cakap nak ‘urgent’ sebelum dijanjikan TV tersebut akan dihantar pada penghujung Disember. Tapi akhirnya awal Januari baru dapat. Tapi tidak mengapa, saya tetap teruja.”

“Tapi bila TV sampai, skrin pecah dan rosak. Bila saya tanya nak buat macam mana? Mereka kata akan periksa dahulu dengan pihak atasan dan akan menggantikan saya dengan TV yang baharu. Tapi sampai sekarang TV tak dapat. Panggilan telefon tidak dijawab. Servis sangat teruk! Duit dah ambil. Tapi TV tak dapat lagi. Lain kali kalau dah tahu servis teruk, tak payahlah ambil duit orang,” ungkapnya.

Dalam hantaran terpisah, pelakon yang pernah membintangi drama One Million Dollar itu berkongsi video yang menunjukkan keadaan TV yang dihantar ke rumahnya dalam keadaan rosak dengan bahagian skrinnya retak dan pecah.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati agar Emma segera mengambil tindakan dan menuntut haknya sebagai pengguna.

“Buat laporan dengan pihak atasan. Minta ganti rugi atau pulangkan semula duit,” cadang seorang pengguna Instagram.

“Minta balik duit. Beli dekat tempat lain,” usul seorang pengikutnya.

“Buat aduan pada pengurus besar. Minta ganti TV baharu,” nasihat seorang lagi pengikutnya.

BACA: ‘Saya jatuh cinta kat sir! Tolonglah ajar kelas saya semula’, Cikgu pindah sekolah terima mesej cinta murid sekolah