“Manager aku ni kalau dengan lelaki lembut je dia bercakap, kalau dengan perempuan, singa betina pun angkat bendera putih”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Hai semua… Aku nak cerita sikit pasal bekas manager tempat aku kerja dulu. Aku kerja sebagai cashier di sebuah kedai buku.

Bertahun jugaklah kerja di situ. Sampai aku naik pangkat jadi assistant supervisor..

Bekas manager aku nie perempuan Melayu. Umur dalam 30an macam itulah. Dia ni agak kerek sikit, tak bercampur atau bersembang sangat dengan staff.

"Manager aku ni kalau dengan lelaki lembut je dia bercakap, kalau dengan perempuan, singa betina pun angkat bendera putih"

Bila nak menyuruh pekerja jer dia bercakap. Takpelah, mungkin karakter dia pendiam.

Tapi yang aku pelik, cuma dengan staff perempuan jer yang dia sebegitu. Kalau staff lelaki, lembut suara.. Dengan perempuan, start lah suara kuasa vet0 dia sebab dia manager. Lagi pelik, kemas stor, angkat kotak berat semua dia bagi perempuan.

Staff lelaki dia bagi menyapu, mengemop. Check barang atau stok semua perempuan. Kotak – kotak itu semua berat berisi buku – buku, alat tulis, tahan dia suruh perempuan angkat. Ada juga staff lelaki nak tolong tapi dia larang.

Ingat ayat dia, “Saya takde panggil nama awak kan? Jadi jangan sibuk tolong. itu bukan kerja awak..” Staff lelaki itu pun diam tak kata apa. Depan boss biasalah, pijat semut tak m4ti punya. Kalau dia tak suka seseorang staff perempuan itu, lagiIah.

Dikerah buat OT seminggu straight… Padahal pekerja ramai. Patut bergilir lah kan. Sebab aku pernah kena. So faham dia tak suka kat aku. Kalau aku ada salah, patut face to face ke, tegur ke apa. Ini tidak… Kalau aku tengah susun barang, nanti dia datang pastu cakap, “Yang kat depan tu bila nak letak tag harga? Buat kerja tu cepat sikit. Badan gemuk padanlah bergerak lembab..”

Aku dalam hati, “Ewah, kau… Mentang – mentang manager, kutuk pulak..” Aku cuma diam jerlah. Pastu dia pun blah masuk dalam bilik manager. Tak lama itu, ada seorang budak perempuan masuk jadi staff baru. Cantik orangnya.

Dia baru lepasan diploma. Katanya dari duduk rumah tak buat apa, baik kerja sementara tunggu peluang kerja yang berkenaan dengan course yang dia ambil kat U dulu. Si manager ni tunjuk ajar lah dia. Tapi aku dengar ayat dia, “Jangan ingat muka itu cantik macam artis aku tak boleh suruh kau. Aku manager, aku yang bagi arahan.”

Staff lain pun dengar jugak tapi buat – buat tak dengar jer lah. Dah biasa… Yang staff baru ni aku gelarkan dia Ana. Orangnya lembut jer. Kena marah ke, kena kutuk ke dengan si manager itu, dia steady jer. Tapi dalam hati dia, Tuhan jerlah tahu kan macamana.

Satu hari, Ana ni datang dengan kereta Honda CRV. Biasalah, si manager itu panas tengok. Dia cuma bawa Proton Saga FLX jer. Dia macam tak puas hati. Dia rasa kalah sebab staff biasa bawak kereta Honda CRV. Ana kata itu kereta Mak dia. Maknya pencen, jarang bawa kereta, itu yang dia bawak.

Start dari situ, si manager panggil dia CRV. Pastu tanya, “Bangga ke panggil CRV itu?” Sambil dia menjeling kat Ana. Beberapa bulan itu, Ana kena straight buat OT. Tak faham aku. Takkan semua staff perempuan dia tak suka. Staff lelaki, nampak sangat dia punya gatal, cakap lembut, suara pun kepit.

Cuba hat kami yang staff perempuan nie, Mak singa pun surrender angkat bend3ra putih gamaknya. Nak mengadu dengan boss? Dia lebih dulu kasi warning. Kalau tidak, katanya dia boleh buat apa jer. Dasar psych0..

Banyaknya memang tak berani nak report. Si Ana pernah cakap macam ni, “Takpe, orang macam dia tak akan kekal lama. Cuma cepat dengan lambat jer. Allah kalau nak tunjuk, sekejap jer..” Aku dan yang lain mengangguk.

Manager ni, g4duh dengan BF pun dibawa – bawa sampai ke tempat kerja. Lepas kat staff. Apa bendalah dia ni. Orang kutuk pasukan bola sepak favourite dia pun em0si sampai ke tempat kerja. Konon – konon bad mood.

Marah semua hambur kat orang yang takde kena – mengena. Tak tahulah aku.. Ada salah satu staff mohon cuti sebab nak berkahwin. Minta cuti seminggu. Si manager kata, “Lamanya… Sini banyak kerja, kau sedap nak honeymoon bagai.”

Tapi tak lama lepas itu, staff itu lulus cuti seminggu. Tapi boss yang bagi. Si manager marah – marah tanya dia apasal bagitahu kat boss. Staff itu cakap dia takde pun called boss ke apa. Tahu – tahu je boss yang called dia bagi cuti seminggu.

Kemudian si manager cakap, “Korang cakap apa – apa kat boss, tunggulah korang semua! Jangan ingat korang boleh lepas ye!” Terfikir jugak kalau staff itu tak bagitahu, siapa pulak kan. Tapi abaikan sebab dah settled, staff pun dapat cuti.

Cuma si manager jer still tak puas hati, bising – bising. Satu hari, boss datang kedai. Adalah meeting sekejap. Boss ada bagi nasihat sikit. Katanya,”Besar mana pun pangkat kita ni, janganlah layan pekerja ke sesiapa ke berbeza – beza.

Kita sesama manusia. M4ti karang masuk dalam kubvr jugak. Kita ni asal dari tanah, akan kembali ke dalam tanah jugak. Satu lagi hal peribadi ke, g4duh dengan family ke apa jangan bawa – bawa ke tempat kerja. Kat tempat kerja kita kena profesional. Yang penting jangan sombong dengan pangkat, darjat harta itu semua. Dah meninggaI nanti, hanya amal dan iman kita jer dibawa ke kubvr…”

Boss bagi sikit tazkirah pada kami. Tetapi kami rasa lebih tertuju pada manager. Dia dah merah padam muka. Diam terkulat – kulat dia. Kali ni boss balik lambat sikit. Manager dah gelisah. Kebetulan ada stok barang sampai, boss suruh staff lelaki angkat dan susun kat stor.

Kami para staff perempuan ni lega sikit sebab selalu kami ler kena buat kan.. Memang nampak sangat muka tak puas hati si manager hari tu. Tak dapat kerah staff perempuan.. Huhuhuhu… Sebulan berlalu… Manager kelihatan muram, muka takde senyum (selalunya pun jarang senyum jugak kecuali pada staff lelaki). Dengan staff lelaki pun tak berapa layan.

Kami pelik jugak dah kenapa. Tak seperti selalunya cengei memanjang. Tapi kami biarkan jerlah. Mungkin dia tak berapa sihat ke apa. Tapi dia pandang kami tak puas hati lagi – lagi dengan Ana. Apa yang dia buat? Si Ana selamba jerlah buat kerja dia.

Petang itu, boss datang. Manager dengan Ana dipanggil. Apa keheinyer… Nak kata dorang g4duh bertumbvk, sep4k ter4jang takde. Bertengkar mulut pun jauh sekali. Ana itu pun jenis lembut, tak g4duh dengan orang. Tak lama lepas itu, manager keluar dari premis dan terus balik. Entah apa kena.

Rupanya manager berhenti kerja. Dapat ler manager baru. Perempuan jugak. Kali ni Alhamdulillah, okey orangnya. Lulusan dari UIA. Korang nak tahu? Hampir setahun Ana kerja baru terbongkar. Boss kami adalah bapak dia…

Sump4h terk3jut bila dapat tahu. Ana tak perlu cerita. Aku tahu kenapa manager dulu berhenti kerja. Samada dia berhenti atau dia diberhentikan. Ana dalam kerja, jadi mata – mata untuk bapaknya. Padanlah bawak kereta Honda CRV yer… Hehehehe…

Takpelah, benda berlalu. Sekarang aku dah jadi assistant supervisor. Syukur Alhamdulillah… Ana pun kerja di syarik4t Pak saud4ra dia di bahagian accounting. Pak saud4ra dia pun ada share kat kedai buku boss yakni bapak dia.

Dalam banyak – banyak staff, yang betul – betul kekal aku dengan 4 orang lagi staff lelaki dengan perempuan. Yang lain, tak tahan dek kerana bekas manager itulah. Bukan kerja tak seronok tapi staff atasan yang per4ngai berlagak. Entah mana bekas manager itu sekarang. Semoga dia berubah dan baik – baik saja hendaknya.. Aamiin… – Zulaiha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

NurAz Wan : Orang – orang yang memang sedia senang ni biasanya ok je. Yang baru acah – acah nak senang, baru dapat naik pangkat sikit tu, yang biasanya eksen lebih sebab selama ni, takde peluang pun nak berlagak.

Cik Fatin Rodzalan : As a manager, you’re supposed to manage. Tu je nak cakap. Common sense kut. Staff buat kerja, puji. Buat salah, bagitau je staff tang mana yang salah. Jangan jadi orang otak sempit talam dua muka, kat depan yes yes okay, tapi duk up status whatsapp perli – perli staff.

Aku pernah keje dengan manager gitu. Staff takde kualiti, bagi peluang dia buat kerja, tengok effort dia betul – betul nak kerja atau tak. Bukan guna kuasa vet0 (la sangat) sesuka hati nak extend probation tanpa solid reason.

Surat extension pun tak bagi. Kalau staff tak buat kerja walaupun dah diarahkan, suruh dia resign atau bagi warning letter. T0xic staff, terminate. T0xic manager, switch job. You cannot grow in the same environment you got s1ck.

Cik Puan : Teringat dulu ada ex manager (perempuan tapi macam b0yish sikit), hari pertama dia masuk kerja sebab gantikan ex manager sebelum tu yang kena transfer ke branch lain. Atas bawah dia tengok saya then tiba – tiba tanya “awak dah kerja lama kat sini, takde ke Tan Sri & Dato tackIe awak?”.

Saya macam, speechless jap.. apoooo.. pahal nak tanya soalan macam tu? Dia ingat saya ni murahan sangatt ke sampai dia boleh terfikir hal – hal macam tu? Tak.. masalahnya dia pun perempuan kot. Then ada sekali saya inform nak minta cuti sehari sebab parents datang hantar kereta kat saya.

Boleh plak manager tu kata macam ni..”ye ke parents awak datang dari Johor hantar kereta? Bukan scandal ke? Untung lah kalau betul parents datang hantar kereta, saya dulu takde pun.

Semua settle sendiri”.. Saya just senyum dan cakap.. ”nanti saya bagi copy geran kereta tu, so Miss boleh tengok lah siapa owner kereta tu ya”.

Sesedap rasa je nak fitnah orang. Dengki cakap lah dengki. Kahhh. Tapi tu lah. Orang yang jenis busuk hati ni biasa kerja pun tak kekal. Dia kena transfer ke dept lain tak lama kemudian (coz tak ngam dengan HOD) dan selang beberapa tahun kena vss.

BACA: “Patutlah bila aku ajak isteri keluar makan, dia akan makan macam orang kebulur, rupanya ini perangai sebenar mak kat rumah masa aku kerja”