‘Mandi sungai pun tak selamat!’, Lelaki diserang jerung ketika mandi sungai

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri walaupun sebahagian kakinya dibaham seekor jerung ketika dia berenang di sebuah sungai.

Hitesh Govari, 34 tahun, mengalami cedera pada satu kaki selepas diserang oleh jerung sepanjang 1.2 meter di Sungai Vaitarna, India pada Selasa lepas.

Dia berjuang dengan jerung tersebut sebelum akhirnya pengsan di sungai cetek tersebut.

'Mandi sungai pun tak selamat!', Lelaki diserang jerung ketika mandi sungai

Walaupun dia kemudian dibawa ke hospital dan nyawanya diselamatkan, namun kakinya perlu dipotong.

Ikan jerung itu diyakini telah berenang ke bahagian cetek sungai tersebut semasa air pasang.

Saudara lelaki itu, Umesh, menceritakan bahawa Govari biasanya pergi berenang di sungai tersebut setiap petang.

“Sungai itu bersambung dengan laut. Air laut bertemu dengan sungai dua kali sehari semasa air pasang,” katanya.

Semasa kejadian, dia segera berlari ke tempat kejadian dan melihat Govari berdarah di dalam sungai.

“Selepas dia rebah di sungai, jerung itu cuba menyerangnya sekali lagi, tetapi ada nelayan yang datang untuk membantunya. Mereka berjaya menangkap jerung itu tetapi kemudian ikan tersebut mati,” katanya.

BACA: “Aku tak berkira jaga kebersihan anak-anak asuhan, contoh nak korek telinga, potong kuku tapi kau sebagai ibubapa, tolong la fikir sikit”