Manfaat makan telur ayam kampung, no.7 perempuan mesti suka!

Oleh ISMAIL YAHYA

Manfaat ayam kampung yang kaya dengan pelbagai kebaikan sudah tentu dapat membantu memenuhi keperluan

khasiat harian seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin, dan mineral.

Malah, kandungan khasiat dalam telur ayam kampung juga memberikan manfaat penting untuk kesihatan.

Selain menjadi sumber protein berkualiti, telur ayam kampung mengandungi vitamin B1, omega-3, dan antioksidan.

Oleh itu, mari kita lihat manfaat ayam kampung kepada kesihatan seperti yang disiarkan oleh Hello Sehat.

Manfaat makan telur ayam kampung, no.7 perempuan mesti suka!

MANFAAT AYAM KAMPUNG

Telur ayam kampung dipercayai lebih sihat dan berkhasiat berbanding telur ayam domestik kerana cara pemeliharaan ayam yang lebih semula jadi. Ayam kampung hidup bebas tanpa dikurung dalam kandang dan memakan makanan semula jadi seperti cacing dan bijirin.

Disebabkan itu, anda boleh mendapatkan pelbagai manfaat kesihatan dengan memakan telur ayam kampung. Berikut adalah 7 manfaat ayam kampung yang boleh anda perolehi dari telur ayam kampung:

1. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Makan telur ayam kampung membantu meningkatkan kadar HDL (high-density lipoprotein) hingga 10 peratus. HDL adalah jenis kolesterol baik bagi tubuh.

Peningkatan HDL yang lebih tinggi dalam tubuh dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), seterusnya mengurangkan risiko serangan jantung, strok, dan penyakit jantung lain.

Telur juga mengandungi kolin yang memainkan peranan penting dalam proses pemecahan asid amino homosistein, yang boleh menyebabkan gangguan pada jantung.

2. Mencegah Katarak Mata

Kuning telur ayam kampung kaya dengan vitamin A, lutein, dan zeaxanthin, yang memberikan pelbagai manfaat. Vitamin A diketahui dapat mengoptimumkan penglihatan.

Sementara itu, lutein dan zeaxanthin adalah antioksidan yang aktif di retina mata. Kekurangan lutein dan zeaxanthin boleh meningkatkan risiko penyakit katarak, degenerasi makula, dan mempercepatkan penuaan mata.

3. Mengoptimumkan Fungsi Otak

Kolin dalam telur ayam kampung membantu menjaga kesihatan otak. Ia berfungsi untuk mengoptimumkan penghasilan sel-sel otak serta membina membran sel yang berfungsi menghantar isyarat ke otak.

Dalam sebiji telur ayam kampung, terdapat lebih kurang 100 miligram kolin. Beberapa vitamin dan mineral lain dalam telur juga menyokong otak dan sistem saraf untuk berfungsi dengan lebih efektif.

4. Menyokong Perkembangan Sel

Telur adalah salah satu sumber protein berkualiti tinggi. Protein adalah zat penting dalam pembentukan sel tubuh dan membantu memastikan organ berfungsi dengan baik.

Di dalam protein terdapat asid amino yang berperanan penting dalam mengoptimumkan perkembangan struktur sel, serta membantu sel-sel menjalankan fungsinya dengan baik.

BACA: Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas disoal siasat, SKMM sita telefon admin FB Haji Razman Zakaria