Mangsa mengadu ustaz budak paksa buka seluar

Mangsa mengadu ustaz budak paksa buka seluar

Selepas didakwa atas kesalahan mencabul seorang ahli perniagaan Isnin lalu, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Ustaz Budak kini terpalit dengan dua lagi kes sama melibatkan dua orang bekas pelajar di madrasahnya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, dua orang bekas pelajar kepada Syamsul Zaman Sukri, 32, telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurutnya, berdasarkan keterangan mangsa pertama, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ada bulan Mei dua tahun lalu selepas menghadiri ceramah di Terengganu.

Katanya, mangsa bersama enam orang rakan telah diarah mengikut balik ke rumahnya sebelum mengarahkan anak muridnya itu tidur bersama di dalam bilik kerana mahu menjalankan rawatan islam terhadap dirinya yang mengalami gangguan.

“Semasa di dalam bilik, suspek telah meminta mangsa membuka seluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, berdasarkan keterangan daripada mangsa yang kedua pula, kejadian sama berlaku kira-kira pukul 11 malam pada bulan November dua tahun lalu di bilik asrama sekolah agama yang dikendalikan oleh suspek.

Katanya, selepas mengajak pelajarnya itu tidur bersama, Syamsul Zaman bertindak memeluk mangsa.

“Kejadian sama juga telah berulang sebanyak dua kali di rumah suspek sebulan selepas kejadian pertama itu.

“Hasil siasatan mendapati, kedua-dua mangsa merupakan bekas pelajar pondok di yang dikendalikan oleh mangsa di Machang,” katanya.

Menurut Shafien, susulan daripada dua laporan itu, polis Kelantan telah menahan suspek untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ustaz Budak kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Kuala Krai hari ini untuk menjalankan siasatan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2020/12/24/ustaz-budak-terpalit-dua-kes-cabul-pelajar-lelaki/