Mas Idayu sedang cari calon suami, ini ciri-ciri lelaki yang diidamkan…

Mas Idayu sedang cari calon suami, ini ciri-ciri lelaki yang diidamkan…

Mas Idayu sedang cari calon suami, ini ciri-ciri lelaki yang diidamkan… Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut popular negara, Mas Idayu yang sangat terkenal dengan sifat garangnya.

Terdahulu, penampilan penyanyi Mas Idayu dilihat bertudung sejak awal September lalu menarik perhatian ramai peminat dan netizen di laman sosial. Meskipun dia sudah tampil berhijab, namun dirinya akui masih individu yang sama.

Mas Idayu sedang cari calon suami, ini ciri-ciri lelaki yang diidamkan... Siapa yang tak kenal dengan penyanyi dangdut popular negara, Mas Idayu yang sangat terkenal dengan sifat garangnya.

Selepas 15 tahun memegang status ibu tunggal, penyanyi dangdut, Mas Idayu berkata hatinya kini sudah terbuka untuk mencari teman hidup. Meskipun masih belum mempunyai calon suami yang sesuai, Mas Idayu atau nama sebenar Masidayu Mesnun, 49, berkata dia sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri.

“Berbelas tahun hidup solo tanpa teman hidup, tahun lepas hati saya terbuka untuk ada seseorang yang akan menemani hari tua… terdetik di hati saya untuk menerima lelaki dalam hidup.

“Buat masa ini sejujurnya saya memang masih belum jumpa, tak tahulah siapa bakal jodoh itu, mungkin mereka tak berani nak berkawan dengan saya.

“Orang selalu tengok karakter saya di televisyen nampak gar4ng dan bengis tapi kalau orang yang kenal saya secara peribadi mereka tahu saya bukan begitu,” katanya.

Enggan terlalu berharap, Mas Idayu berkata dia menyerahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik dalam hidupnya. Tidak kisah mengenai latar belakang bakal suaminya, namun Mas Idayu menolak lelaki berstatus suami orang.

“Bukan senang nak memilih lelaki menjadi suami, banyak yang kita kena pertimbangkan, cuma ada masa saya jadi takut sampai rasa was-was apabila ada orang nak kenal.

Saya tak kisah mengenai latar belakang suami, asalkan masing-masing ada keserasian, memahami yang paling penting dia bukan suami orang. Kalau lelaki itu orang seberang pun saya okay sahaja,” katanya.

Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka pada 1997 sebelum bercer4i pada tahun 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Dayini Ashiqah.

Jika sebelum ini pan4s di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu bersama bekas suami dan juga pelakon Aman Graseka berbalah di media sosial dengan bapa kandungnya itu.

Perbalahan itu yang secara tidak langsung telah mengaitkan nama Mas Idayu yang didakwa tidak pandai mendidik anak gadisnya itu sehingga bersikap kurang ajar terhadap Aman Graseka dan juga kepada ibu tirinya itu.

Mengimbas kembali, Mas Idayu dan Aman Graseka berkahwin pada tahun 1997 namun berpisah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang model iaitu Reena pada tahun 2018 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah yang kini berusia setahun.

BACA JUGA : Tak sampai sebulan main forex, Zizan Razak umum tarik diri

Anak murid tak mampu beli buku, guru tiba-tiba ungkit dendam lama

Asyik parking kereta depan rumah orang, jiran buat iklan jual kereta

CATEGORIES