Salam semua, aku perkenalkan diri sebagai A, sebelum tu aku nak mintak maaf dulu kepada semua pembaca kerana luahan aku ni sedikit panjang.
Aku dilahirkan dari keluarga yang biasa – biasa sahaja, yang hanya akan makan apa sahaja yang arw4h mak aku masak, aku terdiri daripada 5 orang adik beradik dan aku yang bongsu.
Aku tinggal di sebuah rumah kampung biasa, 2 tingkat yang mana di bahagian bawahnya batu dan atasnya papan.
Rumah itu rumah peninggalan arw4h tokwan aku. Dalam rumah tu terdiri daripada ayah, mak,
tok perempuan beIah mak aku (tok yang sangat aku rapat berbanding dengan yang sebeIah ayah), 3 orang kakak dan aku.
Bagi pandangan aku, keluarga aku ni tersangatlah banyak kekurangan. Ayah aku bekerja sebagai security guard yang aku rasa gaji ayah aku
pun tak banyak mana pun untuk era tahun 2000 – 2010, arw4h mak aku seorang suri rumah yang tidak pernah sekali pun diberi duit nafkah sepanjang perkahwinannya.
Tapi ayah aku beruntung dapat kahwin dengan mak sebab mak aku ada tanah sendiri hasil peninggalan arw4h tokwan (datuk lelaki sebeIah mak) dahulu, jadi tanah itu lah ayah aku sambung buat sawah padi. Dan mak aku kadang – kadang bantu ayah aku untuk tanam padi (tanam padi secara manual ya tengah panas).
Untuk pengetahuan semua ayah aku memang dapat subsidi bagi pesawah petani yang telah kerajaan berikan. Subsidi yang diberikan tu aku sendiri tak pasti berapa jumlahnya. Tapi kalau ayah aku dah dapat keuntungan dari sawah padi dan duit subsidi tu, ayah hanya beri duit upah pada mak hanya RM10 sahaja (aku tahu sebab mak pernah bagitau aku) memandangkan aku anak bongsu.
Hanya aku tempat mak luahkan semua kerana waktu itu abang dengan kakak no 2 dah bekerja manakala kakak no 3 telah berjaya melanjutkan pelajaran di universiti di penang (ni kakak yang paling aku rapat), kakak aku yang no 4 ni pulak 2 tahun tua dari aku, dia jenis banyak senyap dan akan banyak cakap dengan orang yang dia rapat sahaja.
Berbalik kepada hasil jualan padi dan subsidi tadi tu, sungguh aku terkilan bila tahu jumlah duit yang diberikan ayah kepada mak. Dari riak wajah mak pun aku nampak kesedihan yang terpamer kat situ tapi aku diam, aku tak mampu memberi apa – apa reaksi kerana waktu itu aku masih di menengah rendah.
Ayah seorang yang sangat kedekut dan berkira dengan kami, sem4kin aku besar sem4kin aku kenal siapa ayah aku ni. Sampaikan duit tok aku (tok beIah mak aku) yang kerajaan bagi untuk w4rga emas pun dia cekau katanya nak buat salur air sawah padi nanti ada duit nak bayar katanya).
Tapi sampai meninggaInya tok aku pun tak pasti sudah dibayar atau belum. Keluarga aku jugak jenis makan tak mewah, sangat jarang dapat makan kat luar. Sate pun dapat makan bila ayah aku dah dapat duit hasil jual padi.
Dapat la kami merasa sate seorang 10 cucuk. Kalau nak dapat makan ayam tu setahun sekali la itu pun masa hari raya sebab mak aku akan masak kari ayam untuk makan bersama nasi impit di pagi raya. Hari lain tak dapat la kami sekeluarga makan macam itu.
Kalau sebut pasal fast food KFC adalah makanan yang aku sangat idamkan semasa kecik. Ayah aku pernah beli KFC (2 tahun sekali macam tu baru dapat merasa) tapi mak aku akan bahagikan semua orang dapat 1 ketul ayam sahaja tak lebih tak kurang. Mak aku seorang isteri dan ibu yang sangat baik di mata aku.
Semua benda yang sedikit akan dibahagikan sama rata. Kalau mak dapat rambutan dari jiran – jiran, mak akan bahagikan semua dapat sama rata asing letak dalam 1 plastik contoh 1 orang dapat 10 biji rambutan. Kami adik beradik alhamdulillah sangat baik.
Tak pernah berebut makan sebab dah diajar untuk berbagi sama rata tapi benarlah kata orang tua 1 tandan buah pisang tak semua buahnya elok. Kisahnya, kakak aku no 2 ni dulu dia bersekolah di sekolah agama memang berpenampilan tudung labuh la tapi masa dia nak ambil spm dia dah tersilap langkah.
Dia bermain cinta dengan lelaki kampung seberang dan dari situ berlakunya pertambahan konflik dari kakak aku no 2 di mana lelaki tersebut pandai bermain sih1r dan telah menghantar benda yang tidak baik kepada kakak no 2.
Bersusah payah mak dan abang aku cari ubat untuk peny4kit sih1r yang dihantar lelaki tersebut tanpa pertolongan ayah kerana ayah aku tidak percaya perkara sedemikian. Kakak selalu meracau dan menjerit apabila tibanya waktu senja seperti orang hilang akal menangis menggelupur di lantai.
Ya. Aku sendiri pernah menyaksikan sendiri bagaimana perkara tersebut berlaku. Sangat gerun dan menakutkan (banyak sebenarnya episod sih1r yang berlaku pada kakak no 2 aku dan berlaku jugak pada kakak no 4 akibat tersilap langkah kakak no 2 ni).
Kiranya macam silapnya dari kakak no 2 tapi dah terpalit sekali dengan kakak no 4 akibat d3ndamnya lelaki tersebut. Keputusan spm kakak aku masa itu sangat teruk tapi walaupun begitu kakak aku masih ada peluang bekerja di sebuah kilang sebagai operator.
Abang aku antara orang yang paling banyak berjasa untuk mengubati sih1r kakak aku tu kerana apabila mengubati sih1r kadang – kadang jumlah wang yang diminta sebagai cengkeram agak tinggi pada masa itu. Apabila kakak aku telah sihat sepenuhnya, mak aku pernah pesan padanya jangan lupa hutang berubat yang abang aku pernahkan gunakan untuk dia dulu.
Tapi kata kakak no 2 aku kata “Adik tau la” dengan nada mendengus. Kami adik beradik sudah terbiasa bahasakan diri sendiri sebagai adik tak kira la dari kakak no 2-no 4 hanya abang aku sahaja bahasakan diri dia sebagai abang apabila bercakap dengan mak dan ayah.
Abang aku ni pun baik sangat tak pernah la mintak hanya diam sahaja. Sekarang setelah sihat kakak aku telah berkenan pada seorang lelaki. Lelaki ini la yang selalu kakak aku bawak datang rumah dan lepak di luar rumah tanpa pengetahuan ayah aku sebab ayah aku jarang balik ke rumah kerana bekerja security di 1 negeri ni.
Dia hanya balik hujung minggu untuk berehat dan buat kerja sawah padi sahaja. Ayah aku hanya tido di rumah yang bos ayah telah sediakan. Saban malam macam itu la rutin harian kakak aku dengan lelaki tu. Arw4h mak dan tok aku tegur langsung tidak dihiraukan malah sem4kin galak meIawan marah herdik mak aku.
Mak aku tegur sebab perkara ni tak baik dan jiran semua dah mula mengadu pada mak dan tok aku supaya tegur perbuatan kakak aku tu. Sampaikan ada jiran yang pernah ugvt untuk pancitkan tayar kereta lelaki tu sebab dorang dah tak tahan tengok kakak aku bawak balik laki tu tiap hari.
Sampai la 1 hari kakak aku yang no 3 yang belajar di universiti tu balik cuti semester, kebetulan masa tu hari raya. Berlaku pertengkaran yang sangat besar antara kakak aku no 2 dan kakak no 3 disebabkan lelaki tersebut.
Kakak no 3 tegur dia jangan bawak lelaki itu dan kakak no 3 ada msg lelaki tersebut tapi kakak no3 aku tidak tahu rupanya lelaki tersebut buta huruf, memang tak pandai membaca, jadinya apabila dia dapat msg tersebut dia bagitau kakak aku no 2 untuk bacakan.
Kakak no 2 apa lagi ser4ng la kakak no 3 pagi raya. Memang dorang terjerit – jerit m4ki marah sampai kakak no 2 t4mpar muka kakak no 3. Mak aku la yang cuba meleraikan perg4duhan mereka tetapi tidak berjaya. Masa ni aku sendiri tengok dari awal sampai akhir.
Sungguh aku sedih dengan apa yang berlaku. Sejak dari itu kakak no 2 dan no 3 sudah tidak bertegur sapa. Mak dengan tok aku sangat sedih hanya diam terkilan dan lelaki itu sem4kin hari sem4kin rapat dengan kakak aku ke hulur ke hilir dibawanya.
Diberinya kakak aku makan sedap – sedap seafood buah – buahan mahal yang tak pernah ayah aku belikan untuk kami sekeluarga. Kan ayah aku jarang balik rumah dan ayah ada tinggalkan duit untuk mak aku beli barang basah, korang tau tak berapa yang ayah aku bagi? Hanya RM20 sahaja untuk 1 minggu.
Aku hanya dapat makan sedap kalau mak aku pergi beli kepak ayam sepinggan di pasar pagi dan selalunya mak aku pandai bajet untuk kami adik beradik makan cukup untuk seminggu hanya guna duit rm20 yang ayah aku bagi tu.
Serious aku salute sangat mak aku ni, aku tak tau macam mana mak aku uruskan duit sebanyak tu, kadang – kadang nak merasa sayur mak aku kutip la kangkung, pucuk paku, pucuk ubi kat batas dan parit, ambik keladi buat sayur.
Untung kan duduk kampung yang ada tanah sendiri ni alhamdulillah. Kebetulan di kampung aku setiap pagi khamis akan ada pasar pagi yang aku panggil pekan pagi. Di situ la mak aku beli barang basah untuk kami semua.
Pada hari tu mak aku beli ikan keli yang jenis lambak dapat la banyak ekor jugak jadinya mak aku masak la sambal ikan keli yang sememangnya aku sangat menyukainya kerana jarang dapat makan ikan keli. Malam itu kakak no 2 balik dari kerja dia tanya mak aku masak apa?
Mak aku cakap la ikan keli sambal, tergamaknya kakak aku cakap ee hanyir tak nak la makan, lebih kurang macam tu la ayatnya pada mak aku. Aku perasan masa tu mak aku kesat air matanya mungkin terguris dengan kata – kata kakak no 2.
Aku mula perasan kakak aku sem4kin berubah kerap balik lewat malam sampaikan pernah satu malam kakak no 2 balik lewat sampai rumah pukuI 3 pagi. Pada masa itu ayah aku ada di rumah dan mak aku dah ingatkan pada kakak aku untuk balik awal, ayah ada di rumah hari ni jangan buat per4ngai.
Ayah aku tersangat marah sebab per4ngai kakak no 2 tu sem4kin menjadi – jadi. Malam tu jugak kakak no 2 kena penampar kat muka dengan tangan besar ayah aku tu. Sejak dari tu kakak tak pernah bertegur sapa dengan ayah dan mulai hari tu jugak kakak no 2 tak pernah lagi bagi duit bulanan pada ayah aku dek kerana celuparnya mulut ayah aku kerana menuduhnya kerja di kelab malam.
Kakak no 2 dengan egonya dia bercakap, “Kan ayah kata adik kerja kelab malam, jadinya duit tu kan h4ram tak payah la bagi dah”. Sebenarnya malam itu kilang kakak aku ada dinner lepas tu dorang sambung keluar lagi ramai – ramai dengan kawan – kawan lepak kat kedai makan.
Bertahun – tahun lamanya kakak no 2 tak bertegur sapa dengan kakak no 3 dan ayah. Hingga la pada tahun 2008 masa kakak aku nak kahwin baru la dia mula bercakap dengan ayah dan kakak no 3 kerana ingin bantuan dalam urusan perkahwinannya.
Ayah dan kakak aku la yang uruskan segalanya dari a-z. Alhamdulillah jadinya kakak aku telah berkahwin jugak dengan lelaki yang selalu kakak aku bawak lepak kat rumah tu. Dipendekkan cerita tahun aku telah meningkat dewasa dan telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di ibu kota, boleh dik4takan setiap minggu aku ulang alik dari sana ke kampung sebab rindukan mak dan keluarga. Sehingga tahun 2014.
Keluarga aku diselubungi dengan kegelapan dan kesedihan yang melampau dek kerana pada tahun itu aku kehilangan orang yang paling aku sayang serentak. Tok perempuan dan mak aku telah meninggaI dunia dan diikuti oleh pemergian opah sebeIah ayah aku berturut-turut hanya selang beberapa bulan sahaja.
Tapi yang paling aku terkilan dengan pemergian arw4h mak aku sebab mak aku terkena sih1r buatan keluarga terdekat kerana keengganan mak aku untuk jual tanah yang kami duduk sekarang ni kepada mereka. Katanya mak aku tak mau jual tanah ni takut anak – anaknya tiada tempat untuk berteduh, oleh kerana itu dorang telah buat mak aku dapat peny4kit seperti ‘busung’ perut mak aku memboyot.
Merata ayah kakak abang ikhtiar untuk berubat. Dan akhirnya dorang pergi ke darul syifa, ustaz tu cakap mak aku terkena busung ni yang dibuat oleh b0moh siam. Dorang mengik4t perut katak tersebut yang diibaratkan seperti mak aku la katak tersebut.
Aku sangat sedih kerana aku fikir mak aku telah sembuh. Yelahapabila aku balik tiap minggu mak aku masih boleh bangun dan lincah membuat kerja rumah. Mak aku selalu pakai baju yang besar dan labuh untuk menutup perut yang sem4kin membesar.
Badan mak aku sem4kin susut pipi dah cengkung hanya perut sahaja besar, sekali imbas macam m4yat hidup. Yang paling aku sedih sangat abang kakak ayah aku sekeluarga dorang rahsiakan yang mak aku sudah sem4kin tenat.
Bila aku tak dapat balik minggu tu aku akan call mak aku tapi yang jawab kakak no 4 katanya mak aku ke rumah jiran berborak – borak tapi rupanya mak aku dah terlantar tenat, makan pun tak mampu, hanya minum sikit – sikit.
Bernafas pun terasa berat sebab perut sem4kin membesar. Jiran – jiran banyak kutuk mak aku kenapa sekarang dah jarang pergi majlis kenduri tolong orang kampung, dorang tak tau mak aku dah sem4kin tenat. Oh ya aku lupa nak bagitau korang, mak aku ada mengasuh anak cikgu 1 orang dan mak aku dapat upah RM350 pada masa tu.
Dan mak aku rahsiakan jumlah yang mak aku dapat dari ayah aku sebab ayah aku akan mintak duit asuhan mak aku tu katanya bil air elektrik ayah bayar jugak guna untuk budak yang mak aku mengasuh tu. Mak aku terp4ksa tipu ayah aku kata hanya dapat RM200 sahaja.
Jadinya ayah aku mintak RM150 pada mak aku dan RM50 untuk habuan mak aku. Berkira dan kedekutnya ayah aku. Tapi masa ni aku dah mula bersuara member0ntak kenapa mak ikut sangat cakap ayah, bagi ja apa ayah mintak.
Padahal mak yang jaga budak tu bukan ayah! Aku lepas geram pada mak. Aku geram. Mak aku hanya redha ikhlas walaupun dilayan sebegitu oleh ayah aku, dahla nafkah tak pernah bagi, dan dapat duit mengasuh duit mengasuh tu jugak la dia nakk.
Sungguh tergamaknya ayah aku tapi mak aku tersangat baik redha ja. Mak cakap biarla, nanti ayah hang beli barang dapur untuk kita jugak. Sejak mak aku s4kit tenat ni kakak no 4 ni la yang ambik alih tolong jaga budak yang mak aku mengasuh ni, kakak no 4 ni sampai berhenti kerja kilang.
Kakak no 4 akademik dia biasa saja tapi dia dapat kerja kilang dan terp4ksa berhenti sebab mak aku dah tak larat. Saban hari cikgu tu hantar anak dia kakak aku yang jemput anak dia masuk rumah. Cikgu tu ada tanya “mana acik”?
Dorang panggil mak aku acik. Kakak aku tipu cakap mak aku ada dalam rumah buat kerja sibuk sikit. Dan nak dijadikan cerita budak yang mak aku mengasuh ni sangat manja dengan mak aku, mak aku memang tak larat dah nak jaga dia.
Kakak aku la yang bagi mandi, makan, basuh ber4k k3ncing dia (duit upah mengasuh mak aku bagi pada kakak aku no 4 sebab dia yang jaga). Dia selalu masuk bilik mak aku tengok ja mak aku baring, main pun dia main tepi katil mak aku (kakak aku cerita) kadang – kadang kakak aku suap mak aku makan minum dia mengintip ja tepi pintu.
Kesian tengok mak aku tu tapi lagi kesian tengok budak tu sebab dia rindu mak aku, budak tu dengan abang kakak dia selalu datang rumah kalau sabtu ahad katanya nak duduk rumah acik, rindu acik. Nak acik suap makan, sebab mak aku jenis suka suap budak makan bagi kenyang.
Mak aku tak suka tengok dorang makan sendiri mesti tak kenyang sebab tumpah sana sini. Sampai la 1 hari ni budak kecik tu balik rumah cerita kat mak dia yang cikgu tu. Asalnya mak dia tanya dia macam mana duk dengan acik best tak?
Tapi mak dia terk3jut sebab anak dia cakap acik baring ja. Tido kot dia cakap. Malam tu jugak cikgu dengan suami dia datang rumah aku, dorang teriak menangis tengok mak aku sebab dah macam m4yat hidup kurus kering perut membusung.
Cikgu tu cakap, “Kenapa acik tak bagitau awal. Kalau bagitau saya boleh bawak acik pi berubat.” Teriak cikgu tu tak berhenti. Dorang pun malam tu bincang dengan ayah aku macam mana nak buat, jiran – jiran aku pun dorang pun terk3jut bila tau mak aku dah tenat.
Dorang datang ziarah katanya sebab dah lama tak nampak mak aku keluar rumah, selalu mesti nampak mak aku menanam la, cabut rumput depan rumah, sapu sampah depan laman rumah. Dorang datang menangis minta maaf sebab dah kutuk mak aku macam – macam.
Dorang tak tau mak aku s4kit. Bermacam – macam cara ikhtiar tapi dah terlambat ustaz darul syifa tu pun cakap dorang buat dah lama bagi melalui makanan, benda tu macam dah meredap dalam badan mak aku, dan orang yang buat ni memang nak tengok mak aku m4ti mend3rita perlahan – lahan.
Beralih cerita pada aku, penghujung bulan kemerdekaan tu aku dapat cuti sebelum aku diterima masuk bekerja selepas tamat pengajian tapi aku belum lagi konvo la. Aku balik dengan hati girang la naik bas di pudu ke utara (masa tu pudu ada lagi) sampai kat stesen bas yang aku turun tu biasanya memang mak ayah aku akan tunggu ambik aku selalunya tapi malam tu sangat berbeza ya.
Aku tunggu dekat 15 minit tinjau sana sini mana ayah ni tak sampai lagi ka? Dari kejauhan aku nampak kereta ayah aku mendekat. Tapi kali ni bukan mak ayah aku datang jemput aku tapi abang dan kakak no 3 yang datang, tak pernah abang aku datang mai jemput aku. Aku macam biasa masih tak tau apa – apa.
Sapa riang selamber la kakak dengan abang aku, tapi aku pelik suasana dalam kereta tu senyap sunyi, muka kakak abang aku sangat sugul masa tu aku terperasan mata abang aku merah. Sampai ja rumah aku bagi salam terus bukak pintu.
Semerbak bau limau kasturi!! Aku pelik aku tanya kakak aku, “Mana mak?” ni ayat pertama kami adik beradik kalau balik rumah, tak cari ayah tapi cari mak dulu. Kakak no 3 jawab, “h4ng pi la tengok kat bilik mak”. Kaki aku terus laju meniti ke bilik mak aku, alangkah terk3jutnya aku tengok keadaan mak aku masa tu.
Aku meraung teriak tepi mak aku. Aku tanya mak aku kenapa mak tak bagitau adik mak s4kit. Mak aku jawab mak tak mau bagi h4ng susah hati. Laju air mata mak aku jatuh kat pipi dia. Malam tu aku menangis tak berhenti sebeIah mak aku, sampai la kakak aku datang pujuk suruh solat doa banyak – banyak mak dapat sembuh.
Keesokan harinya, hari yang aku tak sangka akan jadi hari terakhir aku bersama mak aku. Tengahari tu aku sempat sembang dengan mak, bagi mak minum, tolong kakak aku mandikan mak aku. Lepas tu mak aku baring kat bilik, kami semua berbincang
“Sekarang macam mana? Nak bagitau saud4ra mara tak? Satgi tak bagitau depa marah pulak?” Kata abang aku. Akhirnya kami buat keputusan untuk call kakak no 2 datang rumah, kakak no 2 pun meraung sambil dukung anak no 2 nya tengok keadaan mak sebab tak sangka mak sem4kin tenat.
Kami semua terus bersetuju untuk call saud4ra terdekat mak iaitu abang tiri mak, mereka sekeluarga datang paling awal dan korang jangan terk3jut ye orang yang buat sih1r pada mak aku tu la yang menangis paling teruk. Kononnya sebak hati tengok mak aku macam tu.
Dia kata kenapa tak bagitau awal kalau tak dia boleh tolong jagakan mak aku. Kakak no 3 dah genggam penumbvk dah kat dapur dia kata, “Tak payah la jaga mak aku satgi h4ng r4cun ja mak aku”, masa tu hanya aku ja yang dengar apa yang kakak aku cakap.
Kakak aku geram tengok dia berpura – pura macam tu, aku tahan kakak aku kata jangan. Tak lama lepas tu datang makcik aku kata “anak – anak mai tengok mak cepat”. Masa tu semua berlari – lari. Mak aku dah nazak hanya menunggu rohnya ditarik keluar dari jasad dan tak lama lepas itu mak aku telah pergi selamanya, tersangatlah mudah, alhamdulillah.
Dan pada hari tu aku telah kehilangan doa mustajab tanpa hijab seorang ibu. Disaat 1 malaysia menyambut hari kemerdekaan tapi aku sekeluarga meratapi pemergian mak aku. Alhamdulillah hari tu ramai sangat yang datang ziarah arw4h mak aku.
Sampaikan orang cakap ingatkan ada kenduri kahwin sebab terlalu ramai. Penuh kereta park di tepi jalan. Dan aku bersyukur sangat sebab diberi peluang untuk memandikan dan solatkan arw4h mak aku. Hari – hari yang sebak berlalu dan kebetulan pulak masa tu mh17 baru jatuh di ukraine, kat tv akan ada slot bacaan al-fatihah untuk m4ngsa dan setiap kali aku dengar ayat suci tersebut tu dari tv hati aku akan terasa sangat sayu dan sunyi.
Hidup terasa kosong dan sangat gelap. Dan yang paling aku terkilan sebab mak aku tak dapat hadir ketika aku konvo kerana aku konvo 1 nov. Masa majlis konvo tu aku termenangis sebab masa tu ada performance dan dorang nyanyi lagu sudirman lagu ayah ibu tu.
Terus air mata mengalir dengan sendirinya. Untuk pembaca semua, begitulah kisah hidup keluarga aku ni. Sebenarnya ada banyak lagi aku nak cerita. Takut nanti korang tak nak baca pulak hehehe terima kasih sangat, harap admin dapat post luahan hati aku ni, aku menaip ni pun sambil sapu air mata laju ja turun macam air terjun. Huhuhu. – Adik Bongsu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Tun Ramos : Dear confessor. Jika rangkum semua masalah adik beradik yang ramai, memang sedih. Tak berkesudahan, berpanjangan. Tambahan pula mak dah tiada. Sekarang ni anda fokus cari bahagia sendiri. Tak perlu kaitkan dengan keluarga.
Terang – terang banyak drama dan konflik. Jaga diri sendiri. Cuti sem boleh buat part time. Cari duit poket, kumpul aset. Cari skil pengurusan duit macam confession tentang Kak Zah; gaji 1.3k tapi boleh travel merata. Ayah dan keluarga jangan dibuang.
Tapi rahsiakan info duit ringgit. Takut diambil kesempatan. Berbaik dengan abang kakak yang boleh bawa bincang. Kakak – kakak yang tagune, jarakkan diri. Semoga membantu.
BACA: Tak sangka! Rupanya asal usul Mydin hanya dari gerai pasar malam di Kota Bharu