Masa baru diselamatkan Bella kurus sangat, keadaan terkini Bella undang reaksi netizen

Oleh GEMILANGDAILY

Masa baru diselamatkan Bella kurus sangat, keadaan terkini Bella undang reaksi netizen.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom

Down dikenali Bella, oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Rabu lalu.

Masa baru diselamatkan Bella kurus sangat, keadaan terkini Bella undang reaksi netizen

Susulan itu, banyak pihak termasuk orang awam meluahkan rasa syukur apabila nasib kanak-kanak berusia 13 tahun itu akhirnya mendapat pembelaan.

Bella semakin ceria

Terbaharu, tular sepotong video di TikTok yang menyaksikan keaadan terkini Bella ketika dia menghadiri sebuah acara baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, Bella dilihat begitu ceria selain wajahnya yang tidak henti mengukir senyuman dibibir.

Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji kecomelan Bella selain bersyukur melihat keadaan terkini anak kecil itu yang semakin sihat dan dijaga rapi oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, ada juga yang gembira melihat tubuh badan Bella yang semakin berisi berbanding ketika dia berada di Rumah Bonda.

Terdahulu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun kepada Siti Bainun atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, dua tahun lalu.

BACA:

SPRM bawa balik orang kanan Jho Low sekali lain pula yang jadi di Airport

Selalu pengantin je yang buat hal masa nak akad nikah, sekali lain pula yang jadi Tok Kadi lupa datang pula dah