“Masa dekat universiti, aku minta kawan ajar tentang agama, aku belajar pakai tudung, tak sangka mak mengamuk bila aku cari agama”

Oleh NADIA HARON

Salam semua, saya Ida. Haritu dekat Tiktok ada lalu satu video anak Melayu yang lahir dan membesar di luar negara yang dah join g3ng pelangi.

Bila tengok video tu, saya terus teringin nak share tentang keluarga saya.

Ibubapa saya kahwin di luar negara ketika di tahun 2 universiti. Saya lahir di sana, IC tengah saya bernombor 91.

Haaa boleh teka tak negara apa? Lepas habis belajar parents kerja di sana sampai saya berumur 15 tahun.

Kami balik ke Malaysia pun sebab nenek kena k4nser, bapa kata dia nak t3bus salah dia sebab lama tinggalkan nenek.

"Masa dekat universiti, aku minta kawan ajar tentang agama, aku belajar pakai tudung, tak sangka mak mengamuk bila aku cari agama"

Memang parents berg4duh besar masa tu, sebab Ibu tak nak balik (saya pun tak nak) tapi akhirnya ibu mengalah. Saya dan adik memang tidak pernah ada didikan agama secara rasmi. Kami cuma tahu kami adalah Muslim, but not practicing.

Jadi kami tidak ada restriction dari segi makanan, pergaulan dan sebagainya. Bila balik Malaysia saya culture sh0ck sebab perlu ambil subjek Pendidikam Islam waktu SPM. Result yang saya dapat memang sekadar lulus. Lepas tamat SPM saya sambung belajar di uni awam di Sarawak.

Pada minggu orientasi tu ada program minggu kesed4ran islam. Pertama kali ada orang terangkan pasal agama pada saya secara detail. Kakak abang fasi pulak jenis suka psych0 buatkan saya auto rasa berd0sa, jadi saya tergerak hati untuk bertudung, dan minta roommate ajarkan cara solat.

Bila cuti raya, saya balik ke KL. Konon nak surpr1se keluarga dengan imej baru tapi Ibu saya meng4muk dan buang tudung yang ada. Parents tukarkan saya ke uni swasta, dan hidup kembali free macam dulu. Di uni swasta saya lihat ramai kawan Melayu yang buka tudung dan mula pakai s3ksi, tapi balik kampung elok bertudung.

Housemates saya semua tak solat. Mereka semua pegang tangan, bercivm, ada yang siap bercuti bersama boyfriend. So pada fikiran saya masa tu oh takdelah serius mana perintah solat dan menjaga aur4t / pergaulan ni. Titik perubahan saya adalah bila saya buat masters di UK.

Oleh sebab uni saya ramai Malaysian, jadi diorang semua rajin berkumpul dan rajin usrah. Yang bagusnya g3ng usrah ni diorang tidak judgemental. Saya pergi bila ada mood pun diorang okay je. Masa join usrah baru saya diajar tentang perintah solat, perintah menutup aur4t, perintah jaga ikhtilat.

Bab bersuci pun diajar jugak. Baru saya sedar selama ni bukan perintah tu tak serius, tapi manusia tu sendiri tak ambil serius. Roomate saya orang Syria, jadi dia pun ada ajarkan saya tentang Islam. Saya diberi tafsir Al-Quran oleh senior, dan dari situ saya belajar tentang ayat – ayat Al-Quran.

Saya upah kawan untuk ajar saya mengaji. Saya berjaya khatam sebulan sebelum graduation. Alhamdulillah. Tapi yang menyedihkan adalah parents dan adik saya masih sama. Saya cuba bagi buku – buku agama, tapi tak dibaca.

Bapa masih “casual drinker”. Ibu masih tak bertudung. Setiap minggu akan host parti, atau hadiri parti. Adik dah berkahwin dan menetap di Australia, jadi memang susah untuk saya nasihatkan. Setiap kali saya tegur jawapan standard yang saya dapat adalah “maybe one day, who knows?” ataupun “you do you, darling”

Hingga ke saat ini, dikala usia parents dah 60an, masih tiada tanda akan berubah. Kawasan rumah kami yang di kelilingi expats pun buatkan parents tiada g3ng untuk ajak ke arah kebaikan. Kawan – kawan parents yang Melayu pun sama je hanyutnya.

Saya sedih sangat bila fikirkan parents. Mereka ibubapa yang sangat baik, saya tak pernah hidup susah kerana mereka sentiasa sediakan yang terbaik untuk saya. Saya tidak perlu buat pinjaman untuk belajar. Rumah juga dibelikan.

Saya dan suami tiada hutang walaupun kini saya surirumah. Jadi bagi saya orang sebaik ibubapa saya seharusnya di tempatkan di syurga. Tetapi macam mana nak masuk syurga kalau tidak solat dan berbuat d0sa? Saya sangat takut sekiranya ibubapa saya m4ti sebelum sempat bertaubat.

Suami selalu pesan kita sebagai anak perlu doakan mereka. Itulah pegangan saya. Saya berharap satu hari nanti doa saya dimakbulkan. Semoga satu hari nanti ibubapa saya akan kembali menjadi muslim sebenar. Aamiin. – Ida (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Siti Norbaya KakBam : Beruntungnya awak Ida, Allah kurniakan hidayah. Sujud syukur lah kerana tak semua dapat hidayah seindah hidup awak. Kalau saya sebagai Ibu, sangat risau anak – anak buat d0sa, tak solat, tapi ni terbalik pula, awak sebagai anak yang tanggung kerisauan hal parents yang macam tu. Moga ada doa awak yang akan Allah angkat kelak, insyaAllah.

Hafriz Abd Hamid : Doakan je semoga diberi hidayah. Itu je yang boleh. Selebihnya Allah SWT yang tentukan.

Bayangkan Rasullullah bertahun minta Allah beri hidayah kepada Bapa Saud4ra beliau yang Rasullullah anggap macam ayah sendiri, merayu – rayu minta

sampailah turun ayat Alquran yg membawa maksud, kita takleh pilih siapa kita nak terima hidayah. Yang tu Allah yang pilih. Jadi untuk TT, teruskan je berdoa dan semoga Allah kurniakan hidayah pada keluarga TT. Aamin

BACA: “Kali pertama tengok abah menangis, masa atok nenek meninggal, abah tenang je, tak keluar air mata tapi bila abang buat hal, abah auto menangis”