Hi, salam semua. Sebelum aku cerita pengalaman aku. Aku harap semua dilindunginya dari segala kejahatan.
Aku gelarkan diri aku Mawar. Cerita ni real tanpa tokok tambah sedikit pun.
Sangat sangat penting ye parents semua ajar anak anak dari kecil bahagian sensitif.
Kenapa aku cakap penting? Meh kita berbalik pada cerita aku.
Time tu aku darjah 5. Aku belajar mengaji dengan orang satu kg aku dan rumah dia pun tak jauh dari rumah aku.
Aku mengaji berdua dengan adik aku time tu dia darjah 2.
Kalau diikut aku kami berdua mengaji pada waktu siang tetapi disebabkan jadual padat dengan persekolahan, kami kena mengaji pada waktu malam.
Aku gelarkan cikgu mengaji aku ‘Pak M’. Murid mengaji Pak M tak ramai. Ada la dalam 7 orang termasuk aku dan adik aku.
Pada permulaan mengaji siapa datang dulu dia mengaji dulu, tapi lama kelamaan Pak M suruh murid lain mengaji dulu. Jadi bila semua dah balik tinggal kami dua beradik.
Pak M mengajar adik aku terlebih dahulu supaya adik aku boleh tertidur lepas mengaji.
Biasa selepas mengaji adik aku confirm akan terus tidur sementara tunggu aku mengaji. Bila aku dah siap Pak M sendiri akan kejut adik aku.
Bila aku mengaji, Pak M akan mengajar aku atas riba dia. Bila dekat senang masuk bila mengajar katanya padahal dia ada agenda lain.
Benda yang paling aku tak boleh lupa sampai sekarang. Yang buat aku terngiang ngiang, teringat ingat, terbayang bayang, segala terrr la. Pak M akan isap lidah aku.
Kononnya dia kata dengan cara macam tu aku lebih mudah meresap bacaan sepertinya. Baca al-quran lancar tanpa tergagap.
Kalau la time tu aku ada akal fikiran yang baik, dah lama aku ludah muka dia tau.
Time tu aku tak fikir benda tu salah. Aku rasa kononnya kata kata Pak M tu betul. Tapi aku tak selesa dengan cara macam tu.
Aku rasa diri ni bodoh sebab kenapa dari awal aku tak mengadu dengan parents. Aku mula ponteng mengaji sebab aku tak suka dia.
Oh untuk pengetahuan semua, Pak M akan buat macamtu kalau adik aku tidur je. Kalau adik aku tak tidur dia tak akan buat. Pandai eh dia.
Satu hari aku beranikan diri cerita dekat parents tentang hal ni. Betapa terkejutnya parents aku time tu. Tapi apakan daya, tak boleh nak buat apa apa tindakan sebab tak ada bukti.
Sekarang Pak M pun dah meninggal. Biarla urusan dia dengan Allah.
Aku pun sekarang dah ada anak perempuan. Moga aku dapat didik dirinya. Selalu la tanya anak anak anda semua okay tak harini.Rajin bertanya pada anak anak keadaan mereka.
Moga kita semua dapat menjaga amanah Allah beri dengan sebaiknya.
Tak lupa juga pada TTC, moga anda ditiupkan malaikat kecil satu hari nanti.
Sekian cerita dari aku Mawar.
– Mawar (Bukan nama sebenar)